PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Rabu, Februari 29, 2012

IPT digesa lahirkan ramai tokoh, ujar KSU


KUALA TERENGGANU (Bernama) : Setiap universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini disaran membangun dan mewujudkan tokoh-tokoh pelajar yang hebat yang boleh diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Abdul Rahim Md Noor berkata universiti dan institusi pengajian tinggi wajar mempunyai program berimpak tinggi yang boleh memberi kesan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar yang hebat kepimpinan dan petah berbicara.

Selasa, Februari 28, 2012

Hati-hati bayar yuran guna kad debit


Penggunaan teknologi merupakan satu kemudahan yang boleh dimanfaatkan namun, ia tidak terlepas dari risiko yang bakal di hadapi. Sebelum ini pembayaran yuran pengajian di UKM menggunakan wang tunai, tetapi sekarang ia lebih mudah kerana hanya perlu membawa kad ATM (MEPS) sahaja bagi proses pembayaran di kaunter.

Penggunaan kaedah tersebut menjadikan pihak pengurusan bendahari lebih senang kerana tidak memegang wang tunai dalam jumlah yang besar dalam satu-satu masa dan mengurung dari terdedah dari risiko di rompak selain urusan pengurusan lebih mudah.

Adapun, risiko yang perlu kita faham sebalik kebaikan tersebut ialah soal kesilapan teknikal yang tidak dijangka yang boleh menyababkan pelajar kehilangan banyak duit di dalam akaun tanpa disedari.

Isnin, Februari 27, 2012

Jemputan Menyertai Pertandingan Video Pendek UKM 2012


Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia menganjurkan Pertandingan Video Pendek UKM 2012 dengan tema ”Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”.

MAKLUMAN : Larangan membawa kereta kepada pelajar tahun 1


Bahagian Keselamatan UKM telah mengeluarkan notis makluman berkenaan larangan membawa kenderaan kepada pelajar tahun 1 melalui laman blog mereka di http://bahagiankeselamatanukm.blogspot.com/

Operasi penguatkuasaan PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998 dan larangan membawa kenderaan kepada pelajar tahun 1 akan dijalankan bermula pada 1 Mac 2012.

Sehubungan itu Bahagian Keselamatan akan memberi masa kepada pelajar-pelajar yang berkaitan untuk menghantar kenderaan tersebut pulang ke kampung.

Menurut notis tersebut, tindakan saman akan mula dikeluarkan bermula 7 Mac 2012.

Undang-undang tersebut dilaksanakan di bawah perintah PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998 yang boleh diperoleh secara online di capaian berikut.

Harap maklum.

Sabtu, Februari 25, 2012

Makluman pelajar yang tinggal di rumah sewa..

Makluman kepada pelajar – pelajar yang tinggal di rumah – rumah sewa di luar kampus Unit Perumahan Pelajar (UPP), Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) telah membuka pejabat perumahan luar kampus bagi perkidmatan seperti berikut :-

1. Hal ehwal berkaitan dengan penempatan
2. Masalah penyewaan rumah
3. Hal ehwal berkaitan dengan komuniti setempat
4. Maklumat tentang aktiviti universiti dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Mohon kerjasama kepada pelajar – pelajar yang tinggal di rumah–rumah sewa secara bersendiri di luar kampus dapat mendaftarkan diri di tempat berikut :-

Pejabat Perumahan Luar Kampus,
Kolej Idris Al Marbawi
Bandar Baru Bangi.
Tel : 03-89258864

Pendaftaran dibuka pada waktu pejabat sahaja.

PMUKM lakukan ziarah kebajikan ke Hospital Kajang

KAJANG, 25 Feb - Pada petang Jumaat yang lalu saudara Mohamad Ezuan (Setiausaha Agung PMUKM) bersama Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Izzuddin Pisol berkesempatan menziarahi seorang pelajar jurusan Geografi Tahun 3, Hashim Ab Wahab di Hospital Kajang.


Jumaat, Februari 24, 2012

Komited selesai isu KPZ, PMUKM serah memorandum

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Satu memorandum mengenai tuntutan pengurangan harga yuran kolej Pendeta Zaaba (KPZ) telah diserahkan oleh Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Al- Falah Sejati Sdn Bhd, En Muhammad Kamil bin Baharin.


Memorandum yang turut memperincikan mengenai bantahan caj tambahan RM 25 baru-baru ini telah diserahkan sendiri oleh Saudari Muslimah Marsi ( Naib Presiden II ), Saudara Mohamad Ezuan Mohd Saad (Setiausaha Agung PMUKM ), Saudara Fariq Fitri (Ahli Majlis Tertinggi GMUKM) dan Saudari Aqilah Baharin ( Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Siswi Dinamis -AKSIS ).

Khamis, Februari 23, 2012

PMUKM ucap terima kasih, rating blog cecah 200 ribu pengunjung

Hari ini tanggal 23 Februari 2012 bermakna sudah setahun MPP GMUKM berjaya mentadbir Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011.

Ternyata sokongan rakan-rakan terhadap PMUKM dan kepimpinan GMUKM amat kami hargai.

Suara dan harapan mahasiswa 

Selama setahun ini juga kami optimis pelbagai isu berjaya kita lalui bersama; ada yang mendapat pujian, ada yang mendapat sanjungan dan tidak kurang yang mendapat kritikan dari pelbagai pihak.

Suka untuk dinilaikan bahawa setiap satu yang kami bawakan merupakan suara dan harapan rakan-rakan mahasiswa.

Surat dari alumni (MA)

Alhamdulillah. Segala puji dan syukur hanya kepada Dia, Tuhan yang Maha Mencipta setiap satu makhluk di atas dunia ini.

Semalam, 22 Februari 2012 merupakan tanggal setahun Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ditadbir oleh ahli-ahli MPP Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Jika setahun yang lalu, ketika ini seluruh jentera GMUKM sedang bergembira meraikan kemenangan pertama di peringkat GMUKM yang menyambung perjuangan MAMPU (Mahasiswa Membina Peradaban Ummah). 

Namun ketika saat ini, di tahun 2012 saya percaya barisan MPP GMUKM mungkin sedang sibuk menyelesaikan beberapa hal-hal penting sebelum menyerahkan 'kerusi panas' ini kepada barisan kepimpinan seterusnya.

Saya mengikuti perjalanan PMUKM sejak tahun pertama saya di UKM, iaitu sekitar tahun 2004-2005. Dan hari ini saya masih mengikutinya biarpun sudah hampir 5 tahun meninggalkan bangku pengajian saya dahulu.

Rabu, Februari 22, 2012

PMUKM kunjungi Hari Bertemu Pelanggan JPPel



Bangi, 22 Feb - Hari ini telah berlangsung program 'Hari Bertemu Pelanggan' anjuran Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) di aras 3 dan 5 Pusanika.

Aktiviti yang melibatkan pelbagai unit di bawah JPPel seperti Unit Kaunseling, Unit Pembangunan Sahsiah serta Unit Perumahan yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.


Presiden PMUKM turut meluangkan masa

PMUKM prihatin, dapatkan penjelasan isu pendaftaran kursus


BANGI - Setelah genap sebulan kampus UKM bercuti, hujung minggu lalu seluruh mahasiswa-mahasiswi telah kembali mendaftarkan diri ke kolej kediaman masing-masing pada 19 Februari yang lalu.

Usai mendaftarkan diri di kolej-kolej kediaman masing-masing, aktiviti mendaftar kursus masing-masing secara dalam talian (on-line) bermula keesokan harinya sebagaimana kebiasaan saban semester baru.

Walaubagaimanapun di pihak PMUKM mendapat makluman dan respon daripada rakan-rakan berkenaan masalah pendaftaran pada semester ini.

Caj Tambahan
Pertama, menurut laporan terdapat beberapa kolej kediaman yang didapati mengenakan caj yuran tambahan.

PMUKM difahamkan wakil pihak kolej yang mengutip caj tambahan tersebut memberi alasan caj tersebut adalah ‘Yuran Khas’ dan belum dimasukkan di dalam penyata kewangan di SisKew (Sistem Kewangan Online) kerana beberapa masalah teknikal.

PMUKM masih mengumpul maklumat-maklumat berkenaan kolej-kolej yang mengenakan caj tambahan tersebut.

Indeks Kebebasan Akhbar Malaysia semakin merudum

KUALA LUMPUR, 21 FEB : Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.

Dalam indeks 2010, Malaysia menduduki tempat ke-141.

Indeks terbaru ini menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara serantau yang lain seperti Singapura yang menduduki tempat ke-135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Finland dan Norway bersama-sama menduduki tempat teratas dalam kajian kebebasan akhbar yang melibatkan 179 negara, diikuti Estonia dan Belanda yang terikat di tempat ketiga, manakala Austria di tempat kelima.

Selasa, Februari 21, 2012

Kaunter bayaran Jabatan Bendahari sesak


Bangi, 21 Feb - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ingin merespon beberapa aduan oleh rakan-rakan mahasiswa berkaitan kaedah pembayaran hutang di kaunter Jabatan Bendahari.

Tinjauan Skuad Prihatin PMUKM semalam dan hari ini sehingga pukul 10.30 pagi tadi mendapati kaunter pembayaran di bangunan Canselori berhampiran Fakulti Pengajian Islam (FPI) mendapati keadaan yang agak sesak dan tidak menyelesakan.

Mahasiswa yang ditemui memaklumkan bahawa mereka sudah menunggu giliran hampir satu jam setengah ekoran bilangan pelanggan terutama di kalangan mahasiswa yang ramai.

Ada di kalangan mereka yang terpaksa datang dua kali selepas terpaksa menunggu lama. Malah ada yang terpaksa mengambil nombor di sebelah pagi dan kemudian datang kemudian selepas makan tengahari ekoran senarai menunggu terlalu panjang.

Hasil temubual, ramai yang memaklumkan mereka gagal mendaftar kursus selepas polisi terbaru Jabatan Bendahari yang dilaporkan bermula tahun lalu yang memerlukan mahasiswa menyelesaikan semua hutang terlebih dahulu sebelum boleh membuat pendaftaran kursus awal dan mendaftar kursus bagi semester ini.

PMUKM akan cuba mendapatkan maklumbalas daripada pihak Jabatan Bendahari berkenaan perkara ini untuk memudahkan kedua-dua pihak.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Isnin, Februari 20, 2012

Isu Za'ba: Penghuni marah, kecewa tindakan syarikat Kausar

Isnin, 20 Feb - Beberapa SMS dan emel telah diterima oleh PMUKM daripada beberapa orang yang didakwa penghuni Kolej Pendeta Za'ba sejak hari pendaftaran kolej kediaman semalam, 19 Februari 2012.

Ada di kalangan mereka melahirkan kekecewaan ekoran tindakan pihak pentadbiran Kausar Corporation Sdn Bhd yang mengenakan yuran tambahan RM 30.00 ketika para penghuni hendak mendaftar masuk dan mengambil kunci bilik di pejabat pentadbiran.

Malah ada di kalangan mereka yang menghantar SMS meminta PMUKM segera mendesak pihak UKM bertindak berunding dengan pihak Kausar untuk tidak 'mencekik darah' mahasiswa.


Ahad, Februari 19, 2012

PMUKM cakna kemelut Kolej Pendeta Za'ba

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) cakna dengan isu yuran tambahan RM 30.00 yang dikenakan kepada penghuni Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) semasa mendaftar masuk kolej hari ini.

Dalam itu PMUKM memuji inisiatif Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA) KPZ mengumpul sokongan penghuni KPZ membantah yuran tambahan tersebut.

Yuran tambahan tersebut, didakwa merupakan caj elektrik semester lepas yang belum dimasukkan dalam rekod pelajar.

Pengumuman kepada pelajar tahun 1


Semua pelajar tahun 1 diminta mendaftar kursus CMIE 1012 bermula 20 Februari sehingga 4 Mac 2012 melalui http://www.ukm.my/smpweb.

Sehubungan itu semua pelajar tahun 1 diminta menghadiri kuliah pertama kursus CMIE 1012 pada 27 Februari 2012 pukul 5.00 petang di DECTAR bagi pelajar kampus Bangi dan DK1 bagi pelajar kampus Kuala Lumpur (KKL).

Sabtu, Februari 18, 2012

Loji diselenggara, bekalan air di Hulu Langat terputus - SYABAS

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air yang mungkin dialami di beberapa kawasan di Hulu Langat sekarang disebabkan kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata kerja penyelenggaraan tidak berjadual itu susulan kerosakan pada satu daripada 13 pam di loji tersebut.

"Bagi mengelakkan kerosakan lebih serius, maka kerja penyelenggaraan kecemasan terpaksa dilakukan. Berikutan itu pihak pengendali loji terpaksa mengurangkan kadar pengeluaran air terawat sebanyak 13 peratus iaitu pengurangan 60 juta liter sehari," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Jumaat, Februari 17, 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar UKM (Siri 3)

Dimaklumkan bahawa terdapat Kursus Kepimpinan Pelajar UKM (Siri 3). Semua pelajar prasiswazah dan siswazah adalah dijemput untuk mengikuti salah satu siri Kursus Kepimpinan Pelajar UKM.

Penyertaan salah satu siri kursus ini juga adalah prasyarat kepada pelajar prasiswazah dan siswazah yang berminat untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM.

Notis Pemberitahuan Kursus Kepimpinan Pelajar UKM (Siri 3), Borang Penyertaan (Siri 3), dan Borang Akuan Pengesahan Kehadiran dan Perlakuan (Siri 3) boleh dirujuk di capaian laman e-Pelajar berikut

Tarikh tutup penyertaan untuk Kursus Kepimpinan Pelajar UKM (Siri 3) ialah pada 5 Mac 2012.

Pertanyaan lanjut sila hubungi En. Azizi/ En. Zairil di talian 03-89215347 atau melalui e-mel: azbar@ukm.my (En. Azizi)/ zairil@ukm.my (En. Zairil).

Sumber : epelajar/bul/bil.17022012-15

Rabu, Februari 15, 2012

Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2011-2012

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2011-2012 sudah boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb mulai 15 Februari 2012.

Semakan juga boleh dibuat menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT < No Matrik < No MyKad/Passport > dan hantar ke 15888

Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Februari 2012. 

Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar melalui pos ke alamat tetap pelajar mulai 20 Februari 2012.

Tahniah kepada yang berjaya !

Sabtu, Februari 11, 2012

[e-Pelajar] Makluman PTPTN & Yuran Penginapan Kolej


1. Makluman pembayaran pinjaman PTPTN bagi Sem 2 2011/2012 yang dijangka akan diterima lewat sedikit oleh para mahasiswa/i iaitu pada 2/3/2012 disebabkan keperluan pihak PTPTN bagi mendapatkan status aktif mahasiswa/i beserta keputusan peperiksaan Sem 1 2011/2012 yang dijangka hanya dapat dikeluarkan pada 15/2/2012. Jadual pembayaran PTPTN Sem 2 2011/2012 bagi pelajar kampus induk (Bangi), Fakulti Sains Kesihatan dan pelajar tahun 1 Fakulti Perubatan adalah seperti Lampiran A.

Jumaat, Februari 10, 2012

MPP Siswazah bincang hidupkan semula Persatuan Siswazah UKM

10 Feb – Menyedari kepentingan dan peranan yang ada, MPP Siswazah UKM telah bersepakat untuk menghidupkan semula persatuan siswazah UKM.

Saudari Noriah Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Biro akademik dan Intelektual PMUKM merangkap MPP Siswazah PMUKM berkata, “Kami (MPP Siswazah) telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil-wakil persatuan siswazah fakulti dan PPS untuk mendapatkan pandangan dan mencari kaedah terbaik dalam menjayakan agenda ini.”

“Secara umum cadangan ini disambut baik oleh wakil-wakil persatuan siswazah fakulti dan turut disokong oleh Timbalan Dekan (Hal ehwal Pelajar dan Alumni) PPS. Pada waktu ini, kami telah menyiapkan draf akhir kertas kerja tersebut untuk diserahkan kepada pihak PPS  sebelum diserahkan kepada pentadbiran universiti”



Saudara Arif Misrol berkata, “Kami difahamkan entiti Persatuan Siswazah UKM telah wujud sebelum ini, tetapi mungkin atas beberap faktor tertentu ia menjadi tidak aktif. 

"Kewujudan dan peranan entiti ini amat penting dalam memenuhi keperluan semasa. 

"Lagipun, orientasi dan kerangka aktiviti warga siswazah berbeza dengan warga pra siswazah. Oleh sebab itu, kertas kerja yang diserahkan telah menghuraikan secara terperinci keperluan tersebut, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, bermula semester yang lepas,” tambah beliau lagi.