Rabu, Ogos 10, 2011

Kenali MPP Siswazah kita


Assalamu'alaikum, salam sejahtera dan salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H.

Mungkin terdapat segelintir di kalangan warga kampus UKM yang tidak menyedari kehadiran perwakilan daripada pelajar siswazah di dalam organisasi PMUKM pada sesi kali ini. Justeru di kesempatan ini, pihak Editor ingin memperkenalkan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM khusus di kalangan pelajar siswazah.


Kenali MPP AndaNama Penuh : Mohd Arif bin Misrol
ID Facebook :  Arif Misrol 
Kursus / Fakulti : Kesihatan Sains Nuklear, FST
Jawatan : Speaker PMUKM
No. Telefon : 013-2578617


Nama Penuh : Abdul Musyrif bin Mohamad Khalil
ID Facebook :  Musyrif Mohamad Khalil 
Kursus / Fakulti : Pengajian Islam (Syariah), FPI
Jawatan : Pengerusi Biro Siswazah & Antarabangsa
No. Telefon : 014-5341744


Nama Penuh : Noriah binti Abdul Rahman 
ID Facebook :  Ukhti Wardah Mohammad
Kursus / Fakulti : Sarjana Sains Kimia, FST
Jawatan : Timb. Pengerusi Biro Akademik & Intelektual
No. Telefon : 013-2429532 


Untuk makluman rakan-rakan juga, ahli Majlis Perwakilan Pelajar siswazah pada kali ini juga memiliki blog sendiri untuk memudahkan penyebaran maklumat selain daripada ia membantu rakan-rakan siswazah secara berfokus dalam sesuatu isu. Blog rasmi MPP Siswazah ini boleh dilayari di http://mppsiswazahukm.blogspot.com/ .

Rakan-rakan siswazah juga dapat berhubung melalui emel rasmi mereka di mppsiswazah@gmail.com sekiranya mengalami sebarang masalah tidak kira di kampus Bangi mahupun Cheras. 

Antara isu yang baru-baru ini berjaya dibawa oleh MPP Siswazah ini ke peringkat pentadbiran adalah isu kekaburan format terkini penulisan tesis Gaya UKM. Berita lanjut berkenaan isu terbabit boleh dilayari di http://mppsiswazahukm.blogspot.com/2011/07/respon-timbalan-pengarah-pps-berkaitan.html. Selain daripada itu, isu bersama yang dibawa oleh MPP Siswazah dan wakil MPP umum pra-siswazah adalah isu harga terbaru yuran kolej kediaman di UKM yang boleh didapati di http://mppsiswazahukm.blogspot.com/2011/08/respon-pihak-bendahari-ukm-berkaitan.html

Di peringkat Editor blog PM-UKM ini, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan MPP di barisan perwakilan pelajar Siswazah. Semoga kerjasama yang erat akan membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada warga kampus tanpa kita membeza-bezakan fahaman dan pegangan idealisme masing-masing.

Sebarang aduan, permasalahan atau cadangan boleh dimaklumkan melalui emel dan nombor telefon yang tertera di atas.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti