Assalamuaalaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam mahasiswa
Objektif yang cukup jelas, pesta konvo merupakan aktiviti mega saban tahun yang dilaksanakan di seluruh Universiti bertujuan untuk meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di perbukitan ilmu ini.
Sebagai satu bentuk penghargaan kepada para graduan, sekretariat pesta akan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menghiburkan pengunjung di tapak pesta. Sekumit kesungguhhan mahasiswa/i di Universiti dapat dijadikan inspirasi bagi mereka-mereka yang bakal graduan tidak lama lagi.
Saya selaku Pengarah Esekutif Pesta Konvokesyen UKM ke-39 ingin membawa kita kepada dimensi baru pesta konvo yang bertitik tolak daripada falsafah UKM iaitu “Paduan antara iman kepada Allah dan ilmu yang bermanafaat, serta gabungan antara teori dan amal merupakan asas kepada pembangunan Universiti, pembudayaan ilmu, dan pembentukan masyarakat terpelajar”.
Dimensi baru pesta pada tahun ini mempunyai identiti yang tersendiri kerana menifestasi pesta adalah integrasi dalam konteks keintelektualan, hiburan, pembangunan kerohanian dan moral.
Justeru, kayu ukur kepada pesta konvo pada tahun ini perlu dilihat daripada budaya keintelektualan yang dilaksanakan secara bersama di tapak pesta konvo. Ia selari dengan Universiti sebagai gedung ilmu yang mana produknya merupakan mahasiswa/i yang bakal mengisi dan memacu masa depan negara kelak.
Dengan anggaran ratusan ribu pengunjung yang bakal datang di tapak pesta konvo pada tahun ini, ia menjadi platfom yang terbaik untuk sekretariat pesta membumikan idea dan gagasan tema pesta pada tahun ini iaitu “Apresiasi Melestari Kecemerlangan”.
Sebagai cerminan universiti, sekretariat pesta pada tahun ini akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan imej UKM selaku Universiti yang terkehadapan negara dalam bidang pembangunan ilmiah dari segi implimentasi pesta konvo sebagai program yang mendatangkan kebaikan di persada nasional.
Sekretariat pesta pada tahun ini akan cuba untuk menjayakan program yang berbentuk hiburan, kesukanan, keintlektualan, dan kebudayaan sebagai penghargaan kepada warga UKM khasnya, yang telah berjaya mendidik mahasiswa/i untuk menjadi agen penggerak kepada pembangunan negara yang lebih mapan.
Akhir kata saya mewakili sekretariat pesta pada tahun ini mengalu-alukan kedatangan semua warga Malaysia untuk memeriahkan lagi tapak pesta konvo UKM di samping melihat sendiri identiti UKM yang unik ini sebagai inspirasi kepada pembangunan modal insan. Jutaan terima kasih kepada seluruh pihak pentadbiran Universiti dan crew pesta konvo yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Pesta Konvo UKM 39.
Sekian, terima kasih.
Mohd Faizal Bin Ahmad
Naib Presiden III PMUKM
Merangkap Pengarah Esekutif Pesta Konvokesyen UKM ke-39
“BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI”