Rabu, Ogos 17, 2011

Maklum Balas KPM Berkaitan Isu Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT)

Pihak KPM telah memberi respon berhubung dengan tindakan MPP Mohamad Timbalan Presiden PMUKM, MPP Ezzuan Setiausaha Agung PMUKM, MPP Izzuddin Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM dan Afham YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM (PENDIDIK) memohon penjelasan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Ogos 2011 lalu, (rujuk sini).


 Respon surat bernombor rujukan KP(PP)0017/122/34/4 Jilid 2(9) bertarikh 3 Ogos 2011/ 3 Ramadhan 1432H menyatakan bahawa isu permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih yang masih belum dibuka sehingga kini mempunyai perkaitan dengan pembekuan jawatan yang diselaraskan dengan keputusan JPA melalui surat rujukan JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17) bertarikh 20 Mei 2011.

Selain itu, respon mengenai pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih yang ditawarkan mengikuti kursus sebelum diserapkan ke jawatan tetap. Jawapanya ialah tawaran KPM kepada 13000 GSTT untuk mengikuti latihan perguruan adalah merupakan program “On-Off” yang diaksanakan oleh pihak Kerajaan kerana menghargai jasa dan sumbangan GSTT yang telah berkhidmat melebihi 2 tahun di sekolah-sekolah KPM.

Disamping itu, MPP Fakulti Pendidikan UKM merangkap Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan PMUKM telah berhubung dan berjumpa sendiri dengan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat KPM En. Amran bin Abdullah pada 11 Ogos 2011 mengenai perkara tersebut. Beliau menjelaskan dengan lebih terperinci. Respon beliau, perkara ini berkaitan dengan masalah ekonomi dan lambakan guru dan penawaran bidang pendidikan yang banyak  ditawarkan di IPG, Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta dan pengambilan kursus perguruan. Secara lanjutnya, boleh rujuk kepada Rancangan Malaysia Ke -10 dalam bab ke-5. Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru. Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA.

Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.
Hal ini telah berlaku banyak perubahan isu pendidikan disebabkan oleh keadaan zaman yang berbeza. Menurut beliau lagi, Malaysia sedang kearah mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Apabila ditanya mengenai tarikh pembukaan permohonan Guru Sandaran Terlatih, beliau menjawab ianya bergantung kepada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Menurut beliau, sekiranya tidak ada masalah, permohonan tersebut akan dibuka pada pertengahan atau hujung bulan september dan calon-calon akan layak akan ditemuduga pada bulan 11. Ini mungkin merupakan ambilan terakhir sebelum ditukarkan  kepada Sistem Pasaran Terbuka”. 

Kesimpulannya, bakal graduan Fakulti Pendidikan perlulah meluaskan pemikiran minta supaya tidak terikat dengan kerangka sekolah saja. Bakal Graduan perlu mencari peluang dan ruang yang lain seperti skim pensyarah Politeknik DG41, guru di Maktab Rendah Sains Mara dan banyak lagi peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI