PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, Mac 30, 2013

SEKITAR ROAD TOUR PMUKM MINGGU INI

26 MAC - FAKULTI PENDIDIKAN (FPEND), UKM KAMPUS BANGI
PMUKM bersama wakil PENDIDIK UKM.

MPP Azrai memeriksa salur paip 'water cooler' yg terbiar.
PMUKM cakna dengan aduan pelajar FPEND
yang mengatakan ruang keluar daripada kawasan
letak kenderaan motosikal terlalu sempit.
Presiden PMUKM melihat kawasan pembinaan
laluan jalan kaki.

























































28 MAC - FAKULTI SAINS KESIHATAN (FSK), UKM KAMPUS KUALA LUMPUR 
MPP Kampus Bangi bersama MPP Kampus KL
mengedarkan risalah PMUKM.
MPP Mufaddal (Bangi) mengedarkan risalah di dalam bas.





























AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

FORUM APA KATA WAKIL MAHASISWA MENGUPAS ISU SEMASA MAHASISWA

Panelis Forum Apa Kata Wakil Mahasiswa bersama Pengetua Kolej Mohamad Rashid
30 MAC - Presiden PMUKM, Saudara Shukran Bin Shaharuddin telah dijemput untuk menjadi panelis Forum Apa Kata Wakil Mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama YDP UNITEN dan MPP UPM sendiri.

Intipati utama perbincangan ialah kelesuan mahasiswa. ketiga-tiga panelis mempunyai tafsiran  tersendiri. Kelesuan mahasiswa terdapat tiga golongan yang berpandangan mahasiswa itu lesu. Golongan pertama ialah kerajaan dan golngan pentadbiran, mahasiswa itu dilabel lesu kerana tidak dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh majikan dalam pasaran kerjaya. Pandangan golongan kedua ialah daripada masyarakat, mahasiswa itu lesu pabila kehadiran mahasiswa itu sendiri tidak dirasai oleh masyarakat, sama ada mahasiswa kurang aktif dalam kancah masyarakat atau mahasiswa tidak diberi peluang untuk sama-sama memajukan masyarakat. Golongan ketiga pula ialah, golongan mahasiswa sendiri yang melabel mahasiswa lesu. Mahasiswa yang melabel kemungkinan kebanyakannya terlibat dalam gerakan aktivisme dan aktif dalam program-program universiti.

Di samping itu, intipati lain yang turut dikupas ialah gerakan mahasiswa. Gerakan mahasiswa muncul daripada kesedaran mahasiswa sendiri untuk menuntut hak suara mereka didengar dan dipertimbangkan. Gerakan ini ialah gerakan anti-establishment untuk memperbaiki sistem. Keseimbangan  mahasiswa dalam berakedemik dan gerakan harus dititikberatkan. Mahasiswa yang matang ialah mahasiswa yang berani menyuarakan pendapat serta ikuti perkembangan semasa negara. Namun, kebebasan suara mahasiswa harus dimbimbing dan pendapat yang disuarakan hasil daripada telahan mendalam terhadap sesuatu isu dan disertakan penambahbaikan dalam sesuatu sistem.

Tahniah PMUKM ucapkan kepada Majlis Tertinggi Kolej Mohamad Rashid kerana berjaya menganjurkan forum ilmiah yang mengajak mahasiswa bersama-sama cakna dengan isu mahasiswa semasa.

Forum sedang berlangsung
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

SUARA KAMPUS PMUKM DIPUJI TNC HEAA

Ucapan Tahniah daripada TNC HEAA kepada PMUKM atas
program keilmuan yang dianjurkan
       Program Suara Kampus julung-julung kali diadakan sesi pimpinan PMUKM 12/13 kali ini dengan tajuk Varsiti :  Krisis Nilai dan Kepentingan. Program ini merupakan salah satu program di bawah Pembudayaan Ilmu yang dibawa PMUKM sesi kali ini.

Tajuk yang dipilih merupakan langkah pertama PMUKM untuk mengajak mahasiswa/i sekalian berfikir dan merenung sejenak, sejauh manakah nilai sebuah universiti, selain menjadi tempat menuntut ilmu. Intipati yang dikupas antaranya ialah, apakah itu varsiti, sistem pembelajaran di universiti sekarang, masih relevan atau tidak bagi meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa dan bagaimana untuk lahir sebagai seorang  mahasiswa berjaya menyumbang ke dalam perubahan kancah masyarakat.

Penerapan amalan berfikir dalam kalangan mahasiswa seharusnya tersemat dalam perobadi semua mahasiswa, apatah lagi dalam mahasiswa kini berada dalam era pemodenan dan pembangunan pesat. Bak kata Dr. Sidek Baba " Menuju ke high tech, jangan lupa high touch". Nilai menghargai ilmu serta menimba pengalaman tidak akan didapati dalam dewan kuliah. Walhal, nilai-nilai inilah yang menjamin mahasiswa untuk membuat perubahan daripada baik kepada lebih baik dalam masyarakat, supaya melahirkan masyarakat yang high tech dan high touch.

Antara pandangan Panelis yang menarik ialah daripada TNC HEAA, ialah
"Chang the Classroom structure, its not student centered." dan "Student yang menentukan, bagaimana universiti yang mereka nak."

Ucapan tahniah diucapkan oleh TNC HEAA kepada PMUKM kerana berjaya menganjurkan program berilmiah. Program seperti ini wajar diteruskan supaya pembuayaan ilmu dalam kalangan mahasiswa dapat disemai secara beransur-ansur supaya budaya ini klebih membumi.
Suara Kampus











Penyampaian cenderamata kepada Dr Sidek Baba

Penyampaian cenderamata kepada Tn Haji Ibrahim Ali
Penyampaian cenderamata MPP Azrai, Ketua Pengarah Suara Kampus
kepada TNC HEAA

Perbincangan setelah suara kampus selesai
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI





Jumaat, Mac 29, 2013

UKM KL : PERKHIDMATAN KLINIK PANEL DITAMBAH BAIK


UKM KL, 28 Mac 2013 - Isu perkhidmatan klinik panel UKM Kampus KL (Klinik Reddy) kurang memuaskan. Jadi, MPP Ahmad Khidhir bin Ismail telah menghantar surat permohonan penambahbaikan kepada Timbalan Pendaftar UKM, En. Musa Zainal Abidin. Perkara tersebut disambut baik oleh En. Musa dan tindakan susulan telah diambil.

Sehubungan dengan itu, satu survey telah dijalankan untuk mendapatkan maklum balas dan aduan daripada mahasiswa/i UKM KL sendiri dalam isu yang berlaku ini. Hasil survey tersebut telah dibincangkan di dalam satu perjumpaan secara santai yang telah diadakan bersama pegawai daripada Pusat Kesihatan UKM, iaitu Dr. Kamal dan juga Tuan Helmie Othman bersama MPP GMUKM iaitu MPP Ahmad Khidhir bin Ismail, MPP Muhammad Hazrin bin Husin dan MPP Nur Lailatul Fitri binti Othman.

Berikut merupakan hasil perbincangan tersebut; Klinik Reddy akan terus menjadi Klinik Panel Pelajar UKM KL tetapi, pihak pusat kesihatan akan mengambil tindakan untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan di klinik tersebut. Satu lagi klinik akan disurvey oleh pihak pusat kesihatan untuk ditambah menjadi klinik panel yang kedua yang lebih dekat dan mudah untuk pelajar mendapatkan rawatan. Pihak MPP telah memberi cadangan Klinik yang berhampiran sebagai tindakan kepada pihak pusat kesihatan.

Selain itu, cadangan dan aduan yang telah diutarakan oleh pelajar dalam ruang cadangan dan aduan online sebelum ini telah pun diberi kepada pihak pusat kesihatan dan telah disambut baik oleh pihak mereka. Antara cadangannya adalah menyediakan pengangkutan kepada pelajar ke klinik dan membina klinik kesihatan di Kolej. Cadangan ini disambut baik oleh pihak pusat kesihatan. Tetapi ia akan mengambil masa yang agak panjang bagi menjayakannya. Jadi tindakan awal adalah mengadakan klinik panel yang berhampiran untuk pelajar.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Mac 26, 2013

DUA PROGRAM BERTURUT-TURUT PEMBUDAYAAN ILMU PMUKM

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) merealisasikan Falsafah UKM melalui penganjuran program-program ilmu, selari dengan pembawaan utama paksi PMUKM iaitu menyemai pembudayaan ilmu dalam kalangan mahasiswa. Oleh itu, satu page Pembudayaan Ilmu PMUKM telah diwujudkan untuk hebahan dan berkongsi pendapat serta cadangan berkenaan program pembudayaan ilmu yang akan dan telah diadakan. Program yang akan dianjurkan selari dengan perkembangan semasa. Boleh like Page Pembudayaan Ilmu PMUKM.

Dua program berturut-turut akan diadakan pada minggu ini, iaitu Program Voice Of Youth (VOY) Special Edition, PMUKM bekerjasama dengan Ikatan Studi Islam (ISIUKM):

Tajuk      :Kefahaman Politik : Antara tuntutan dan Stigma Kepartian
Tarikh    : 26 Mac 2013 (Selasa)
Masa     : 8.30 Malam
Tempat  : 3B 301 FSSK
Pengangkutan pulang disediakan.


Program Suara Kampus, merupakan program pembudayaan ilmu berkala PMUKM.

Tajuk     : "Varsiti: Krisis Nilai dan Kepentingan"
Tarikh    : 27 Mac 2013
Tempat  : DK 3B 301
Masa     : 8.00 Malam - 11.00 Malam
Semua dijemput hadir.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI


PRESIDEN PMUKM PANELIS FORUM ISU NASIONAL MAHASISWA





Mahasiswa kini lesu & tidak matang?
Graduan tempatan tidak berkualiti?
Sistem pendidikan bagaimana yang lebih berkualiti?
Apa kesan pendidikan percuma kepada mahasiswa?
Wujudkah demokrasi dalam akademik?

Ayuh dengarkan kupasan daripada wakil-wakil pelajar UPM,UKM & UNITEN
1. Ahmad Shukran bin Shaharudin, Presiden PMUKM
2. Mohd Akmal bin Roslee, Presiden MPP UNITEN
3. Abdullah Wafi bin Md. Arif, Naib YDP MPPUPM

DEWAN PJSD SERUMPUN,
29 MAC 2013
JAM 8.45 MALAM





AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI



Isnin, Mac 25, 2013

FSSK : LAPORAN RASMI 'ADUAN PELAJAR' DISAMBUT BAIK DEKAN FAKULTI


MPP Azrai menerima borang aduan.
UKM Bangi, 15 Mac 2013 - MPP FSSK Tahun 3, saudara Azrai Bin Ahmad Zamri telah menerima satu set borang aduan mengenai permasalahan prasarana di FSSK daripada seorang wakil pelajar. Sebagai inisiatif awal, beliau sendiri telah turun ke lapangan fakulti sejurus selepas itu bagi meninjau sendiri tahap permasalahan kemudahan seperti yang disampaikan.

Laporan Rasmi :
Borang Aduan Pelajar
Setelah menganalisa secara terperinci kesemua borang aduan tersebut, satu laporan rasmi yang lengkap telah dikemukan kepada Dekan FSSK, Prof. Dr. Hazita Azman dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada jam 4.00 petang tadi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Unit HEJIM FSSK, Prof. Madya Dr. Tg. Nor Rizan Tg. Mohamad Maasum dan Penolong Pendaftar (Prasiswazah), En. Abdul Karim Osman. MPP Azrol, Syahrul dan Syahir juga antara yang hadir dalam mesyuarat kali ini.

Secara ringkasnya, beberapa perkara yang dibangkitkan oleh MPP Azrai melalui Laporan Rasmi Aduan Pelajar FSSK telah mendapat respon balas segera untuk dilaksanakan oleh pihak pengurusan fakulti. Antaranya termasuklah;

·         Membuka palang penghalang kawasan parkir pensyarah dan pegawai fakulti selepas daripada waktu pejabat bagi membolehkan pelajar menggunakannya di waktu malam atau pada hujung minggu.

·         Memastikan pengusaha kafeteria mempamerkan harga bagi setiap menu jualan dan ianya perlulah ditetapkan pada harga yang berpatutan.

·         Permasalahan tandas yang rosak khususnya bagi pintu yang tidak boleh dikunci akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

·         Berkenaan isu keadaan surau fakulti pula, ianya telah dibangkitkan sejak Disember 2012 lagi dan telah diperbincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Fakulti sebelum ini. Dekan bersetuju untuk memberi perhatian khusus kepada perkara ini dengan meletakkanya di bawah tanggungjawab Kelab Kakitangan Fakulti (KESUKA FSSK) buat sementara waktu, sebelum kerja-kerja naik taraf surau dilakukan oleh pihak JPP UKM.

·         Berkaitan isu pengubahsuaian bilik gerakan kelab dan persatuan fakulti sepertimana yang dicadangkan sebelum ini, Dekan memaklumkan bahawa ianya sudah berada dalam proses penilaian tender oleh pihak Bendahari.

·         Lain-lain permasalahan seperti akses wifi yang lemah dan kerosakan prasarana di dewan kuliah juga ditegaskan untuk dibangkitkan kembali di dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian, setelah aduan kepada JPP sebelum ini mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan.

Mesyuarat khas.
MPP Azrai turun ke lapangan dewan
kuliah fakulti.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Mac 23, 2013

PMUKM SEMBANG PRU 2.0 KE ARAH MENYEMAI PENDIDIKAN POLITIK MAHASISWA


21 Mac - Sembang PRU 2.0 kali ini, bertajuk Mahasiswa dan PRU 13: Pasca Pindaan AUKU menampillkan MPP Muhammad Hazrin bin Husin sebagai moderator dan tiga figure  iaitu terdiri Saudara Mohd Fikah Sanusi ( Peguam bela dan peguam cara), Saudara Muhd Aif bin Misrol ( Aktivis Mahasiswa), dan Saudara Yasir Mahayudin ( Pelajar sains politik) .

          Sembang PRU 2.0 kali ini, PMUKM  memberi gambaran kepada mahasiswa terhadap maksud sebenar AUKU dan kesannya kepada mahasiswa sebelum dan selepas AUKU ditubuhkan pada tahun 1976.


             Mahasiswa bukan hanya menjadi pelajar di dalam bilik kuliah semata-mata, tetapi harus lebih bersikap terbuka dengan isu-isu semasa termasuklah isu politik Negara. Mahasiswa kini harus faham, AUKU yang banyak menghantui mahasiswa selama ini untuk bersuara tidak lagi membelenggu mahasiswa kerana selepas pindaan terbaru pada jun 2012 yang lalu, mahasiswa kini sudah boleh terlibat dalam politik di luar kampus tanpa halangan. Mahasiswa disaran untuk bersama terlibat kerana ini merupakan salah satu medium bagi mahasiswa mempelajari keadaan sebenar politik negara kini tidak kira sebagai penyokong mahupun pendokong sesebuah parti politik. 

          Saudara Fikah yang berkongsi kes yang melibatkan mahasiswa di mahkamah akibat AUKU. sebagai contoh isu UKM4, UTHM2, kes Saudara izwan di UNIMAP dan banyak lagi. Tetepi, mereka terlepas dari sebarang hukuman kerana mahasiswa tidak disekat dengan apa-apa perlembagaan atau AUKU.  Jadi, tiada apa yang perlu mahasiswa takutkan dalam AUKU.

             Program ilmiah seperti ini harus menjadi salah satu medium kepada mahasiswa untuk membuka ruang perbincangan terutama isu-isu yang penting dan kritikal seperti isu politik. Jadi, mahasiswa telah disaran supaya sentiasa cakna dengan perkembangan politik Negara dengan bukan hanya melalui media nasional tetapi juga di sumber-sumber yang lain. 






Muhamad Hazrin Bin Husin
MPP Fakulti Sains Kesihatan
Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM 
Sesi 12/13








AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, Mac 21, 2013

FEP : INISIATIF MPP FEP MEMASANG PAPAN DI LANTAI ROSAK


Lantai kayu yang rosak.
UKM Bangi, 20 Mac 2013 – Berikutan kerosakan lantai kayu di Teres Eko Niaga FEP, MPP Mufaddal bertemu dengan dengan pihak JPP bagi melaporkan dan menggesa proses penyelenggaraan lantai kayu yang rosak dijalankan segera.



Surat Aduan.
Menurut pihak JPP, proses penyelenggaraan kerosakan tersebut akan dijalankan secepat mungkin. Di samping itu, MPP Mufaddal juga ke Pejabat CESMED untuk menghantar aduan tersebut untuk tindakan pihak CESMED. Buat sementara waktu, MPP Mufaddal berinisiatif untuk meletakkan papan di lantai yang berlubang tersebut agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.





MPP Mufaddal meletakkan papan di lantai berlubang.







Mufaddal bin Mustansir
MPP Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
Pengerusi Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM
Sesi 2012/2013

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

FST : SILING RUNTUH MENJADI KEBIMBANGAN KEPADA KESELAMATAN PELAJAR


“ Setiap minggu saya akan menggunakan dewan kuliah ini untuk sesi pembelajaran saya. Dewan kuliah ini sudah lama dan sangat uzur keadaannya. Baru-baru ini, isu siling runtuh semakin menjadi-jadi sejak minggu yang lepas. Kelihatan tali keselamatan dipasang dan hal ini sangat membimbangkan kerana terdapat sekeping syiling yang tergantung pada wayar lampu. Jangan sampai isu ini menjadi seperti kejadian yang pernah berlaku di tempat belajar saya dahulu apabila ketika di dalam dewan peperiksaan, siling tiba-tiba runtuh bersebelahan pelajar. Perkara ini melibatkan nyawa pelajar mahupun pensyarah sekalipun. ” kata Wan, salah seorang pelajar FST.

Siling runtuh di DAM, FST UKM.
Isu siling runtuh ini berlaku di Dewan Anuar Mahmud (DAM), FST UKM. MPP Marwan telah melawat tempat kejadian pada pagi semalam. MPP Marwan menggesa pihak JPP agar melakukan penyelenggaraan segera siling yang runtuh di DAM. MPP Marwan menghubungi wakil JPP FST, En. Hazwan untuk memberi makluman dan mendapatkan keterangan.

Menurut En. Hazwan, pihak JPP telah berbincang dengan pentadbiran FST untuk menyelesaikan isu ini. Pihak Pentadbiran FST bersetuju untuk memberi ruang kepada pihak JPP untuk menyelenggara DAM pada cuti pertengahan semester iaitu pada dua minggu akan datang. Waktu ini dipilih kerana pihak pentadbiran FST tidak dapat menukar tempat perkuliahan sewenang-wenangnya dan pihak JPP memerlukan dewan kuliah tersebut dalam keadaan tiada sebarang aktiviti.

Buat masa ini, tali keselamatan dipasang sebagai peringatan kepada pelajar. Pihak JPP akan mengambil tindakan bermula sepanjang cuti pertengahan semester ini dengan menukar siling yang lama kepada yang baru. Ini bermakna tiada sebarang aktiviti boleh dijalankan di DAM FST bagi mereka menjalankan proses penyelenggaraan.

Pelajar FST yang menggunakan dewan ini sebagai sesi perkuliahan diminta berjaga-jaga dan elakkan diri anda daripada duduk berhampiran dengan tali keselamatan yang dipasang. Pastikan juga kawasan yang anda duduki tidak di tempat yang berkemungkinan siling akan runtuh.
Kawasan yang dipasang tali keselamatan.





Marwan bin Mohd Khir
MPP Fakulti Sains & Teknologi UKM
Pengerusi Biro Penerangan & Komunikasi PMUKM
Pengerusi Exco Informasi & Teknologi PMFST UKM
Sesi 2012/2013 



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, Mac 20, 2013

FST : JALAN TANAH MENDAP DITIMBUS PASIR

En. Shahrizan
Pegawai Bhgn. Prasarana JPP UKM

UKM Bangi, 20 Mac - MPP Marwan berjumpa dengan wakil Bahagian Prasarana JPP, En. Shahrizan untuk mendapat keterangan berkaitan isu jalan tanah mendap di belakang bangunan Pusat Pengajian Sains Matematik(PPSM) FST.

Rentetan daripada pertemuan MPP Marwan bersama pihak JPP yang lepas berkenaan isu jalan tanah mendap tersebut, pihak JPP mula mengorak langkah mengambil tindakan menyelenggara jalan tersebut. Isu ini adalah merupakan kali yang ketiga berlaku di kawasan tersebut.(klik di sini)

Pada minggu yang lepas, Bahagian Prasarana JPP telah membuka laluan air di empangan Alur Ilmu bersebelahan dengan bangunan PPSM FST. Pembukaan laluan air di empangan Alur Ilmu tersebut merupakan salah satu daripada cadangan yang diutarakan MPP Marwan mewakili PMUKM pada pertemuan yang lepas dalam hendak menyelesaikan masalah jalan tanah mendap tersebut.
Menurut En. Hazwan, wakil JPP FST jalan tersebut mendap adalah disebabkan  dua kemungkinan iaitu paras air yang tinggi di Alur Ilmu atau pun kebocoran paip air di bawah tanah.

Menurut pula En. Shahrizan, Bahagian Prasarana telah menghantar penyelenggara kumbahan & pembentungan untuk memeriksa jalan tanah mendap tersebut. Laporan yang dilaporkan kepada pihak JPP, punca berlakunya tanah mendap bukan disebabkan oleh paras air yang tinggi di Alur Ilmu. Hal ini kerana apabila empangan Alur Ilmu dibuka, tiada kesan yang jelas air daripada lubang jalan tersebut keluar melalui Alur Ilmu tersebut.
 Katanya barangkali kesan paip hidup yang bocor menyebabkan tanah di jalan tersebut menjadi mendap. Namun berlaku kegusaran sedikit kerana kontraktor kata paip tersebut adalah paip mati atau dalam erti kata lain paip air yang sudah tidak digunakan lagi.

Jalan tanah mendap ditimbus pasir.
Setakat minggu ini, pihak JPP berusaha menimbus lubang jalan tersebut dengan pasir untuk sementara waktu. Bahagian Prasarana JPP juga  telah menutup semula empangan Alur Ilmu kerana berbau akibat saliran air yang buruk. MPP Marwan menggesa Bahagian Prasarana JPP agar mempercepatkan proses penyelenggaraan jalan tersebut kerana semakin lama semakin besar kawasan yang berlubang di jalan tersebut akibat tanah mendap.

En. Shahrizan menerangkan perkara ini akan diambil tindakan segera dan pihak JPP masih menunggu laporan lengkap punca kejadian ini. Tambahnya lagi, kemungkinan jalan ini akan ditutup kerana jalan tersebut akan dikorek untuk mencari ‘punca lubang’. Setakat ini, masa untuk bila jalan tersebut akan ditutup masih belum diputuskan lagi.





Marwan bin Mohd Khir
MPP Fakulti Sains & Teknologi UKM
Pengerusi Biro Penerangan & Komunikasi PMUKM
Pengerusi Exco Informasi & Teknologi PMFST UKM
Sesi 2012/2013 


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

iFOLIO MENGGANTIKAN MODUL PEMBUKTIAN SISTEM SPI


Mulai Semester 2 Sesi Akedemik 12/13, semua pelajar yang mengambil HHHC 9118 - Pembangunan Insaniah dan memohon kontrak sistem pembelajaran melalu Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) dikehendaki menggunakan iFolio sepenuhnya bagi menggantikan modul pembuktian SPI. Brikut merupakan tarikh yang perlu diambil perhatian:


Sumber: Pekeliling Pusat Akreditasi Pelajaran (PAP)


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Mac 19, 2013

PRU 13 : INTELEKTUAL DAN KESEDARAN RAKYAT

Kenderaan bas percuma disediakan, sila isi nama dalam borang pada link ini.
http://goo.gl/AoeRZ
20 MAC 2013 | RABU

8.30 MALAM
KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM (KPI) BANGI

Sebarang maklumat lanjut, Sila hubungi:
Ahmad Shukran Shaharudin
013 4088032

Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti

LAWATAN TURUN PADANG 19 MAC : FPI, FSSK

Lawatan turun padang PMUKM di Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM tengah hari tadi. Agenda lawatan tersebut antaranya beramah mesra bersama pelajar fakulti dan edaran Buletin Varsiti PMUKM, takwim tahunan dan jadual waktu kuliah.
Pimpinan PMUKM bersama PMFPI
Sesi lawatan di Student Centre, FPI UKM.





Sudut Eko-Niaga PMFPI.

Lawatan ke bilik PMFPI UKM.


Sudut Maktabati Shafie.

Presiden PMUKM bersama MPP FSSK.

Edaran Buletin Varsiti dan lain-lain.


Presiden PMUKM, Ahmad Shukran Shaharudin
bersama pelajar FSSK.
MPP FSSK, Azrai Zamri bersama pelajar FSSK.








































AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI