MPP PMUKM menerima beberapa aduan berkenaan masalah ketika mencetak slip keputusan peperiksaan. Antara aduan yang diterima, skrin tidak memaparkan apa-apa apabila ingin mencetaknya. Perlu diingatkan, slip keputusan peperiksaan hanya boleh dicetak tidak melebihi DUA kali. Jika anda disekat berbuat demikian, anda bolehlah ke Bahagian Pengurusan Akademik untuk berurusan. Anda boleh rujuk panduan mencetak slip keputusan yang disediakan oleh pihak Biro Penerangan dan Komunikasi, PMUKM untuk rujukan anda.
Langkah 1: Buka akaun SMPWEB anda dan klik pada 'KEPUTUSAN PEPERIKSAAN'
Langkah 3: Satu tetingkap baru akan keluar. Tunggu sehingga 'loading' selesai. Pada langkah ini banyak pelajar melakukan kesilapan dengan menutup tetingkap ini.
Langkah 4: Jika anda ingin menyimpan 'softcopy' slip anda sila tekan 'save'. Anda perlu menghalakan tetikus dibahagian kanan bawah barulah ikon itu akan muncul.
Langkah 5: Tekan 'SAVE'. Softcopy slip anda disimpan dalam format PDF.
Langkah 6: Jika anda tidak berhasrat simpan softcopy slip anda, anda boleh tekan ikon 'PRINT'.
Langkah 7: Tetingkap baru akan muncul dan tekan 'PRINT''
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI