22 Feb, UKM Bangi - Majlis penyerahan BB1M kepada wakil pimpinan persatuan di UKM di Pusanika oleh Naib Canselor UKM, telah berjalan lancar semalam. Lebih kurang 12 kaunter mengikut fakulti telah dibuka semalam di Pusanika serentak untuk mengedarkan BB1M kepada semua pelajar.
- Mulai 25 Feb, pelajar boleh mengambil BB1M di pejabat Dekan masing-masing termasuk pelajar siswazah.
- Pelajar perlu membawa Kad Pengenalan Diri dan Kad Matrik bersama.
- Pengambilan BB1M tidak boleh diwakilkan, pelajar itu sendiri harus ambil sendiri.
- Bagi pelajar yang sedang menjalani latihan amali, pihak Pejabat Dekan akan memegang BB1M anda.
- Tarikh luput BB1M sehingga akhir bulan Mei.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI