Rabu, Februari 20, 2013

MPP FST ½ PUJI TINDAKAN JPP

MPP FST bersama Pihak JPP

UKM Bangi, 19 Feb – MPP Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Tahun 1/2 telah membawa satu pertemuan dalam memperjuangkan isu fasiliti dalam dewan-dewan kuliah FST antara PMUKM dengan Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan)  Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Ir. Ab. Ghani Wahab dan juga beberapa wakil daripada Unit Awam. PMUKM yang diwakili oleh Marwan bin Mohd Khir selaku Pengerusi Biro Penerangan dan Komunikasi berusaha mendapatkan penjelasan berkenaan penyelenggaraan dewan kuliah tersebut.

Sebelum ini, MPP FST ½ telah mengemukakan aduan kerosakan fasiliti dewan-dewan kuliah pada Oktober yang lalu klik di sini. Penyelenggaraan telah dijalankan di beberapa dewan kuliah yang agak kritikal keadaannya semasa cuti semester yang lepas. MPP FST ½ memuji tindakan responsif daripada pihak JPP menyelenggara kerosakan tersebut iaitu sebanyak 30 lebih buah kerusi di dewan kuliah Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG).

Namun, MPP FST ½ berasa sedikit kesal kerana terdapat beberapa dewan kuliah yang belum diselenggara lagi antaranya dewan kuliah di Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) dan Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam (PPSSSA). Penyelenggaraan di dewan kuliah PPFG yang dijalankan juga sedikit lambat kerana lambat mendapat kelulusan sebut harga fasiliti tersebut daripada Unit Bendahari UKM. Hal ini kerana Unit Bendahari UKM kekurangan peruntukan menyebabkan lambat memberi kelulusan sebut harga tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah JPP, baru-baru ini pihak Bendahari UKM baru mendapat peruntukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). En. Mohd Hazwan, Unit Awam JPP pula memaklumkan bahawa hari Isnin yang lepas, unit beliau telah menghantar sebut harga fasiliti bagi dewan kuliah di PPSM dan PPSSSA pada Bendahari UKM untuk mendapatkan kelulusan.

“Sekiranya Unit Bendahari UKM meluluskan sebut harga tersebut dalam masa minggu ini, InsyaAllah proses penyelenggaraan akan dijalankan dalam tempoh masa yang terdekat.” Kata En. Hazwan.

MPP FST ½ akan memantau proses penyelenggaraan dari semasa ke semasa demi kemaslahatan mahasiswa/i khusus warga FST.
Pihak JPP
Dari kiri : En. Mohd Hazwan (Jurutera), En. Fadhil (Jurutera),
Ir. Ab. Ghani Wahab (Timb. Pengarah JPP)
Kerusi di dewan kuliah PPFG selepas dibaik pulih.
Kerusi rosak di dewan kuliah PPSM.
Kerusi rosak di dewan kuliah PPSSSA.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI