Selasa, Februari 19, 2013

Pinjaman PTPTN Bagi Semester 2 Sesi 2012/2013


Pembayaran pinjaman PTPTN Sem 2 2012/2013 bagi pelajar UKM Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur dan pelajar tahun 1 Fakulti Perubatan telah ditetapkan seperti jadual di bawah.

Pembayaran dijadualkan sedikit lewat dari tarikh pendaftaran disebabkan keperluan untuk memberikan keputusan peperiksaan Sem 1 2012/2013 disamping maklumat status pelajar kepada PTPTN.

PROSES PEMBAYARAN PTPTN SEM 2 SESI 2012/2013 BAGI PELAJAR KAMPUS INDUK, KAMPUS KUALA LUMPUR & PELAJAR TAHUN 1 (FAKULTI PERUBATAN)
(Pra Siswazah & Pasca Siswazah)


25.01.2013 PTPTN menghantar data status untuk pengesahan
04.02.2013 PTPTN terima maklumat status pelajar di UKM dari Pusat Tek. Maklumat, UKM
05-06.02.2013 PTPTN kemaskini data 
07-08.02.2013 PTPTN semak potongan insurans
13-14.02.2013 PTPTN sediakan baucar bayaran
15.02.2013 PTPTN akan hantar data ke BIMB & UKM
18.02.2013 BKP hantar data maklumat hutang pelajarkepada BIMB
19.02.2013 Kredit ke akaun pelajar BIMB
20.02.2013 Pelajar terima baki pinjaman & UKM terima yuran pelajar
22.02.2013 Pelarasan hutang pelajar dalam sistem

Peringatan kepada pelajar:

 Sila pastikan akaun bank yang digunakan bagi pembayaran pinjaman PTPTN sentiasa aktif (tidak berstatus domain) bagi mengelakkan pihak bank menghadapi masalah ketika penyaluran wang ke akaun bank pelajar. Cara untuk mengaktifkan kembali akaun bank adalah dengan melakukan apa-apa transaksi melibatkan akaun tersebut seperti simpanan atau pengeluaran.
 Pelarasan penyata hutang pelajar berkenaan potongan yuran daripada jumlah pinjaman bagi Sem 2 2012/2013 hanya boleh dilihat pada 22/2/2013.
 Jika pelajar tidak membuat pengesahan kolej pada Sem 1 2012/2013, maka yuran berkaitan penginapan Sem 2 2012/2013 tidak dapat dipotong secara auto.
 Jika pelajar tidak membuat pendaftaran awal pada Sem 1 2012/2013, maka yuran berkaitan pengajian Sem 2 2012/2013 tidak dapat dipotong secara auto.
 Jika pelajar mempunyai masalah tentang jumlah pinjaman diterima, sila semak melalui Penyata PTPTN pelajar secara atas talian (online) di laman sesawang PTPTN.

Sumber : e-pelajar

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI