Khamis, Februari 21, 2013

JPP TANGKAS SELESAIKAN ISU KEROSAKAN JALAN RAYA



UKM Bangi, 21 Feb - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) memuji tindakan proaktif oleh pihak Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) UKM dalam menangani isu kerosakan jalan raya yang telah dibangkitkan melalui pertemuan yang dibuat antara MPP GMUKM bersama pihak JPP pada 19 Feb yang lepas. klik di sini

Antara tindakan yang segera dilakukan oleh pihak JPP adalah membaiki jalan utama di sekitar Pusat Kesihatan (PK) UKM dan hentian bas di Kolej Dato Onn (KDO). Penyelenggaraan telah dilakukan semalam pada jam 10.30 malam tadi. Jalan raya yang masih rosak lagi akan diselenggara dalam tempoh masa yang terdekat nanti.

Barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan ini mengucapkan ribuah terima kasih kepada pihak pentadbiran UKM khususnya Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) dan Unit Bendahari yang responsif terhadap aduan-aduan yang dikemukakan.

Kepada rakan-rakan mahasiswa diharapkan dapat menggunakan kemudahan yang dinaiktaraf ini dengan sebaik-baiknya. PMUKM juga mengalu-alukan pandangan dan komen daripada rakan-rakan mahasiswa berkenaan isu-isu dan masalah kebajikan yang dihadapi rakan-rakan. Komen dan aduan masalah atau pendapat ke fb | http://www.facebook.com/pm.ukm.1.
Jalan di depan Pusat Kesihatan telah diturap.
Jalan berdekatan Hentian Bas KDO telah diturap.
 AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI