Semester
baru sudah bermula beberapa hari yang
lalu, ramai dalam kalangan kita yang girang untuk kembali ke perbukitan ilmu
dengan bermacam-macam matlamat, ada yang mahu belajar bersungguh-sungguh dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga, ada juga
yang gembira dengan kemasukan pinjaman atau biasiswa. Oleh itu, saya MPP PMUKM
Zul Ajma mengambil inisiatif memberi sedikit panduan kepada semua mahasiswa/i cara untuk mengurus kewangan semasa di kampus.
Di
sini terdapat dua teori pengurusan kewangan iaitu:
Pertama:
PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN SARA DIRI
Kedua:
PENDAPATAN-
PERBELANJAAN = SIMPANAN
Saya
lebih suka menggunakan teori yang pertama kerana kita dianjurkan untuk membuat
simpanan sebelum membelanjakan pendapatan yang ada. Jika kita tidak membuat
simpanan dahulu, sudah pasti kita tidak akan sedar untuk membuat simpanan dan
akhirnya wang tersebut dihabiskan. Selain itu, simpanan penting bagi persiapan
kejadian yang diluar jangkaan, seperti kemalangan, sakit, kehabisan wang dan
sebagainya. oleh itu, saya akan gunakan teori ini, walaupun ada juga yang guna
teori kedua. Ini terpulang kepada kepandaian
anda sekalian untuk memilih
formula yang mana.
Gambaran seorang pelajar yang menuntut di tahun satu dan mendapat
pembiayaan daripada PTPTN.
Langkah- Langkah Untuk Merancang Pendapatan Dan Perbelanjaan Ialah:
- Pastikan jumlah pendapatan yang kita perolehi, kemudian tolak dengan simpanan dan perbelanjaan. Anda akan dapati terdapat keseimbangan dalam belanjawan.
Contoh Pendapatan, Simpanan dan Perbelanjaan:
Perkara
|
RM
|
Perkara
|
RM
|
Pendapatan
|
3200
|
Tabungan
(10%)
|
320
|
Perbelanjaan
Wajib
|
1060
|
||
Perbelanjaan
Akademik
|
500
|
||
Perbelanjaan
sara hidup
|
1220
|
||
Perbelanjaan
kokurikulum
|
100
|
||
3200
|
3200
|
2. Simpanan
yang diperuntukan, wajar disimpan di tempat yang selamat dan boleh digunakan
apabila ada kecemasan. Saya menasihatkan anda menggunakan simpanan ini untuk mencarum
dalam produk takaful. Hal ini kerana takaful/insurans memberi kita perlindungan
dan pelaburan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, jika anda menghadapi
musibah seperti kemalangan, kematian dan sebagainya, waris anda boleh menuntut
caruman dan perlindungan daripada syarikat takaful. Manakala untuk pelaburan
pula, anda boleh membuat pelaburan secara konsisten dan menuntut pelaburan
tersebut selepas tempoh matang. Pada ketika itu, jumlah caruman dan pelaburan
sudah berganda, ia lebih baik daripada menyimpan di bank kerana kadar dividen
yang tinggi.
3. Seterusnya, anda boleh buat belanjawan secara kasar terhadap
beberapa perbelanjaan penting, seperti berikut. Di bawah ini terdapat senarai kos pengajian terperinci bagi tempoh
satu semester, anda boleh merujuknya dan mengisi dengan nilai yang sewajarnya
sebagai pelajar di kampus.
Jenis
Perbelanjaan
|
Anggaran
Kos (RM)
|
Yuran
a) Yuran Penginapan
b)
Yuran Pengajian setiap semester
|
450
610
|
Buku
a)
Teks utama
b)
Rujukan sampingan
|
|
Bahan/
Peralatan/ Keperluan Lain
|
|
Komputer/
Pencetak
|
|
Pengangkutan
( bagi yang tinggal di luar kmapus )
|
|
Jumlah
|
4. Seterusnya, anggaran kos keperluan asas sara hidup di kampus,
seperti berikut:
Anda semua boleh membuat anggaran belanjawan kemudian bandingkan
dengan kos sebenar. Senarai perbelanjaan sara hidup secara terperinci:
Jenis
Perbelanjaaan
|
Anggaran
Kos (RM)
|
Jumlah
sebenar (RM)
|
Makanan
/ minuman
a)
Harian
|
||
Pakaian
|
||
Telekomunikasi
a)
Top up
|
||
Pengangkutan
a)
Minyak
|
||
Hiburan
a) Belanja pakai habis (tiket)
b) Pembelian alat /kelengkapan
|
||
Lain-lain
|
||
Jumlah
|
Gunakan anggaran ini sebagai panduan dan berbelanjalah mengikut
kemampuan dan sumber yang ada. Setelah anda menjalani kehidupan di kampus, anda
perlu merekodkan perbelanjaan sebenar dan bandingkan dengan kos yang telah anda
rancang sebelum ini. jika ada perbezaan mungkin disebabkan kurang kemahiran
mengganggar perbelanjaan, kos sara hidup meningkat akibat inflasi atau anda
semua telah berbelanja di laur kemampuan.
Gunakan pinjaman, biasiswa dan pembiayaan daripada ibu bapa dengan
sebaik mungkin, jangan bazirkannya dengan berbelanja di luar kemampuan dan
keperlaun. Untuk dapatkan info yang lebih lanjut, nantikan seminar pengurusan
kewangan mahasiswa yang akan dianjurkan tidak lama. Semoga sedikit info di atas
dapat membantu anda-anda membuat anggaran belanjawan dan berbelanjalah dengan
bijak.
Sekian,
MPP Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad
Biro Sukan Dan Kebudayaan
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI