Rabu, Februari 27, 2013

PENGUBAHSUAIAN LANTAI DI PUSANIKA DI TAHAP MENGGUSARKAN

Majoriti mahasiswa/i UKM seharusnya sudah maklum akan pengubahsuaian yang sedang dilakukan di aras 4 PUSANIKA. Meskipun pengubahsuaian tersebut diadakan bagi tujuan penambahbaikan keadaan PUSANIKA, impaknya yang negatif telah menimbulkan kerisauan ramai pihak terutamanya para mahasiswa/I UKM sendiri. MPP PMUKM menyedari bahaya jangka masa pendek dan panjang projek pengubahsuaian ini semenjak awal proses pembinaannya lagi iaitu hampir sebulan yang lalu.

Berikutan dengan itu, perkara ini telah dipanjangkan kepada TNC HEPA UKM iaitu Dato’ Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim. Kami dimaklumkan bahawa TNC telah memohon tindakan selanjutnya dari pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UKM mengenai hal ini. Namun, tindakan yang lambat dari pihak JPP amat kami kesali melihatkan keadaan berbahaya yang berlarutan sehingga hampir menyebabkan kemalangan kepada mahasiswa. Ini berhubung dengan aduan yang diberi oleh seorang mahasiswa OKU yang buta penglihatannya dan hampir jatuh akibat lantai licin tersebut.

Pada 20 Februari 2013, MPP GMUKM iaitu Saudara Mufaddal bin Mustansir dan Saudara Marwan Mohd Khir telah mengambil inisiatif memohon penerangan dari pihak kontraktor sendiri. Hasil pertemuan bersama kontraktor, mereka menyatakan bahawa lantai tersebut telah dipilih oleh pihak pentadbiran yang berkonsepkan lantai yang digunakan di ‘shopping mall’ dan berkilat. Kontraktor sendiri memaklumkan jubin yang digunakan tidak berapa sesuai utuk dipasang di kawasan seperti Pusanika. Meskipun mereka tidak bersetuju dengan penggunaan jenis jubin tersebut, mereka hanya menjalankan kerja hasil pemilihan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran. Sehubungan dengan itu, kontraktor telah menerima arahan daripada JPP untuk memasang getah di penghujung tangga bagi tujuan keselamatan.

MPP GMUKM Mufaddal Mustansir berjumpa dengan kontraktor
bertanggungjawab ubahsuai  jubin di Pusanika.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI