UKM Bangi, 21 FEB – PMUKM telah mengadakan
dialog bersama wakil kelab dan persatuan berdaftar di UKM. Dialog ini diadakan
bertujuan mencari titik pertemuan pembawakan kelab dan persatuan dengan paksi
yang digagaskan oleh PMUKM pada sesi ini. Selain itu PMUKM juga melihat ruang
dialog yang diadakan sebagai medium wakil kelab dan persatuan menyuarakan
masalah mereka berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
Resolusi yang di capai bersama hasil daripada Dialog bersama wakil Kelab dan Persatuan ialah :
- PMUKM boleh mengadakan Dialog bersama JPPel dengan wakil kelab dan persatuan.
- Masalah kewangan dan tidak mendapat peruntukan dari JPPel . PMUKM akan membawa masalah ini untuk dipanjangkan keperingkat JPPel bagi diselesaikan dengan segera. Skim Dana Persatuan daripada PMUKM akan membantu serba sedikit program yang selari dengan paksi PMUKM.
- Lambakan program yang berlaku di UKM juga tidak memberikan fokus kepada pelajar bagi mencapai matlamat sebenar sesuatu program yang dijalankan. Lantaran itu, PMUKM menyambut baik cadangan wakil PMFEP agar diadakan kerjasama di antara persatuan dan kelab di dalam UKM bagi menghasilkan program yang memberikan impak yang mampu menaikkan nama UKM di persada.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI