Mufaddal bin Mustansir MPP FEP 1/2 |
UKM Bangi,18 Feb – MPP Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Tahun 1/2 merangkap Pengerusi Biro Kebajikan
dan Khidmat Sosial, Mufaddal bin Mustansir telah mengadakan pertemuan dengan
Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof.Dr. Nor Ghani Md. Nor untuk membincangkan
mengenai kebajikan pelajar di FEP.
Seperti sedia maklum, di FEP mempunyai dua buah water
cooler, satu di hadapan surau dan satu lagi di hadapan Dewan Kuliah 3.
Namun malangnya kedua-dua buah water cooler ini sudah lama tidak
diselenggara dan kebersihan airnya tidak terjamin.
Di samping itu, pelajar
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan juga memerlukan sebuah Student Centre bagi
pelajar mengadakan perbincangan kumpulan atau mengulangkaji pelajaran,
mendapatkan bahan bacaan seperti akhbar harian dan tempat berehat sementara
menunggu kelas seterusnya. Penubuhan Student Centre ini adalah antara janji manifesto yang telah dicanang-canangkan dahulu.
MPP Mufaddal telah memohon kepada dekan fakulti water cooler yang baru untuk digantikan dan ingin menubuhkan Student Centre untuk untuk
pelajar FEP. Beliau menyambut
baik kedua-dua permohonan yang diutarakan ini. Permohonan water cooler baru
akan dilakukan dalam tempoh yang terdekat manakala proses penubuhan Student Centre
memakan sedikit masa.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI