Sabtu, Mei 08, 2010

PERTUKARAN SESI PENGAJIAN UMUM UKM-UNPAD LULUS

Tahun klinikal adalah sesi pengajian yang mencabar bagi semua mahasiswa/i Fakulti Perubatan. Bagi mahasiswa Program Ijazah Perubatan UKM-UNPAD, dalam kesibukan mengejar waktu sepanjang tahun klinikal, mereka juga dibebani dengan pelbagai kelas dan tugasan subjek Pengajian Umum iaitu ZT dan HM pada hari Sabtu hampir setiap minggu.

Hal ini mendatangkan pelbagai masalah kepada mahasiswa terutamanya bagi yang 'on-call' dan mempunyai komitmen dalam beberapa program anjuran fakulti atau kolej pada hari kuliah tersebut. Sehubungan dengan itu, MPP Mahasiswa membawa suara mereka kepada Timbalan Dekan Akademik Fakulti Perubatan UKM. Permohonan itu mendapat sambutan yang baik daripada pihak fakulti dan fakulti telah bersetuju untuk merombak kembali jadual Pengajian Umum bagi mahasiswa Ijazah Perubatan UKM-UNPAD.

Rombakan ini tidak merangkumi kesemua mahasiwa UKM-UNPAD, tetapi hanya dapat diaplikasi pada mahasiswa yang berada di tahun pra-klinikal sekarang yakni tahun 2 dan 3 di Bandung memandangkan kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

MPP Mahasiswa memuji tindakan pihak fakulti yang sangat mengambil kira kebajikan mahasiswa seluruhnya. Harapan kami agar dengan anjakan ini, mahasiswa UKM-UNPAD yang akan menjejakkan kaki ke PPUKM kelak mampu meningkatkan prestasi dengan lebih baik dengan kemudahan masa yang ada berbanding 'senior' yang sedang berjuang sekarang.

"SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI"
IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN

~ALIA~FARIH~NASIHA~