Ahad, Mei 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Doktor Mahasiswa anda!

Bersempena HARI GURU yang berbahagia ini, kami dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua tenaga pendidik di Malaysia, khususnya kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang telah mengajar kami sejak dari bangku sekolah lagi sehinggalah ke peringkat universiti kini.

Mungkin saja kami tidak segigih Imam al-Ghazali dalam menuntut ilmu pengetahuan yang diberikan olehmu, wahai guru-guru dan pensyarah-pensyarah kami. Namun keyakinan dan ketabahan yang telah ditonjolkan dalam usaha mendidik kami menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, persis Sang Murabbi: Ustaz Rahmat Abdullah, akan kami hargai dan ingin kami balas suatu hari nanti, insyaALLAH.

Janganlah jenuh mendidik kami kerana sesungguhnya kami, dahagakan ilmu daripada anda semua. Menjadi doktor adalah satu pekerjaan yang mulia, apatah lagi menjadi seorang pendidik yang melahirkan para doktor melalui hasil didikannya. Mudah-mudahan ALLAH s.w.t sahajalah yang dapat membalas segala usaha, kepayahan dan penat lelah guru-guru dan pensyarah-pensyarah kami.
IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~

YOUR VOICE IS OUR VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA