Jumaat, April 08, 2011

Solat Hajat & Ceramah Perdana Memotivasi Mahasiswa

 Ceramah oleh Syeikh Kadir al-Fatoni

Bangi, 8 April - Solat Hajat & Ceramah Perdana anjuran PMUKM dengan kerjasama Pusat Islam UKM, PERDANA, ISIUKM & PMFPI di Masjid Universiti, UKM telah diadakan dengan jayanya semalam. Kehadiran seramai 300 orang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi sangat memberansangkan. Program bermula dengan solat maghrib secara berjemaah, diikuti pula dengan solat hajat, kemudian bacaan Surah Yaasin dan sedikit tazkirah dan perkongsian daripada Imam jemputan yang dihadirkan khas dari Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Syeikh Kadir al-Fatoni.
Majlis diteruskan lagi dengan Solat Isya' berjemaah dan ceramah mengenai "Cemerlang di Dunia & Akhirat" yang merangkumi tips-tips pelajar cemerlang berlandaskan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Mahmood, pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Majlis berakhir lebih kurang jam 10.30 malam dengan sedikit jamuan.

 Bacaan Surah Yaasin

 Ruang solat muslimat penuh

 Penghargaan daripada PMUKM kepada tetamu jemputan

 Penghargaan daripada PMUKM kepada penceramah

 BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI