Khamis, April 14, 2011

MPP Gesa Baiki Lampu Isyarat


Ekoran kerosakan lampu isyarat di pintu masuk utama kampus Bangi sejak 8 April lalu, Majlis Perwakilan Pelajar UKM menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar lebih berhati-hati ketika melintasi simpang di hadapan UKM.

"Di peringkat MPP, kami sedang berusaha menggesa pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM untuk bertindak dengan kadar segera supaya membaik pulih segala kerosakan tersebut sebelum berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini, "- Saudara Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM.

Beliau menyeru rakan-rakan untuk memperlahankan kenderaan dan melintas dengan cara yang betul dan selamat. "Pastikan keadaan selamat barulah melintas dengan berhati-hati. Langkah ini tidak boleh dianggap remeh untuk keselamatan bersama sementara gesaan kepada pentadbiran sedang dilakukan."

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”