Selasa, April 12, 2011

OKU Berhak Kebolehaksesan Kepada Kemudahan - MPM Mohd Abdullah

Pengupayaan golongan kelainan upaya dalam masyarakat adalah suatu yang perlu dilihat secara lebih adil bahkan ia telah termaktub di dalam Akta OKU 2008. Telah dinyatakan secara jelas berkaitan dengan "memaksimumkan keberdikarian" golongan kelainan upaya ini. Perkara ini boleh dirujuk secara sah melalui peruntukan perundangan yang telah di luluskan dalam parlimen negara. Maka tidak timbul persoalan berkaitan kewangan. Cukup atau tidak, kesungguhan perlu ada dalam menyediakan kemudahan seperti yang dijamin dalam peruntukan undang-undang negara. 

Antaranya seksyen 26. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya.

Selain itu, telah dijelaskan juga dalam seksyen 26 (2) Bagi maksud subseksyen (I), Kerajaan dan penyedia manamana kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam itu serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.

(Akta OKU, 2008, PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA, bahagian IV ).


"Selaku mewakili suara golongan kelainan upaya, saya sangat mengharapkan konsep 'bangunan mesra OKU' di kawasan UKM ini dilaksanakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Bahkan beberapa perkara perlu ditambahbaik lagi antaranya jalan Khas beroda, rem yang mengikut spesifikasi yang betul di kawasan Pusat kemudahan pelajar, masjid, dewan kuliah, dan tandas. jalan golongan kurang upaya penglihatan juga perlu diletakkan sepanjang laluan, dan longkong perlu ditutup bagi mengelak masalah OKU penglihatan terjatuh." - Timbalan presiden PMUKM, saudara Mohd Abdullah bin MOhamed Yusoff.


Tambahnya lagi "Ada beberapa perkara dipihak bendahari UKM perlu jelaskan dalam soal penambahan pemberian elaun kewangan OKU yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. sSbelum ini, sebanyak RM 1800, iaitu sebanyak RM300 sebulan. Kemudian kerajaan telah menambah peruntukan elaun sebanyak RM200 menjadikan jumlanya sekitar RM500. Akan tetapi elaun tambahan OKU ( elaun yuran ) sebanyak RM200, telah tidak dimasukkan kepada OKU yang mendapat biasiswa. soalnya bukan telah mendapat biasiswa atau tidak, tetapi duit tersebut adalah hak OKU. Kenapa perlu dihalang duit tersebut? Kerana alasan telah mendapat biasiswa. Mereka yang bukan warga OKU membuat keputusan bagi OKU?"nothing about us without us". Sekiranya tidak diberi, kemana duit peruntukan OKU tersebut?"


Walaubagaimana pun, pihak kami sangat berterima kasih diatas Unit Kebajikan Pelajar, yang secara langsung menjaga kebajikan OKU di UKM ini. saya juga mengucapkan terima kasih atas penambahbaikan di masjid dengan membuat laluan khas kerusi roda seperti yang telah di maklumkan dan dibincangkan oleh pelajar OKU.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI