Selasa, April 19, 2011

PMUKM terima kunjungan BEMSI

UKM Bangi,19 April 2011 - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah menerima kunjungan daripada Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEMSI).Turut hadir ialah perwakilan Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia (PPIM) dan juga PPIM UKM. Pertemuan kunjungan itu diadakan di Bilik Gerakan HEP Pusanika UKM. 


Antara orang penting yang hadir dalam pertemuan itu ialah Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM); saudara Ahmad Muzammil Mohd Hairi, Presiden Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEMSI); saudara Sayyidi yang juga merupakan mahasiswa dari Universiti Padjadjaran Bandung serta Mohd Nasrullah Wakil kedutaan Besar Republik Indonesia. Pertemuan ini telah dipengerusikan oleh Naib Presiden 4 PMUKM iaitu saudara Muhammad Ikram bin Darus yang juga baru dilantik sebagai Ketua Kesatuan Mahasiswa Indonesia-Malaysia di Kedutaan Besar Republik Indonesia semalam.

Tujuan utama BEMSI membuat lawatan dan kunjungan ke UKM adalah untuk bertemu dengan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) serta membina jaringan silaturrahim antara BEMSI dan juga PMUKM. Lawatan dan kunjungan itu juga sebagai lawatan untuk bertemu dengan Persatuan Pelajar Indonesia di UKM.

Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia yang sudi menjadikan UKM destinasi kunjungan serta kami juga dari pihak PMUKM menyambut baik kunjungan ini sebagai mengeratkan tali silaturrahim antara perwakilan mahasiswa kedua-dua buah negara sekaligus boleh membincangkan serta membantu menyelesaiakan masalah dalam Negara Malaysia dan juga Indonesia. Kita harapkan ini langkah pertama dan jalinan ini bukan terhenti disini sahaja” ujar saudara Ahmad Muzammil Mohd Hairi .

Pihak PMUKM menyambut baik kunjungan itu dan berharap akan membuat lawatan balas ke Indonesia pada masa akan datang. Pertemuan ini juga memberi impak positif yang besar kepada universiti dan juga Negara khususnya Malaysia dan Indonesia dalam meneutralkan kembali isu yang berlaku antara kedua-dua buah Negara.

Kami amat rasa berbangga kerana berjaya menjejakan kaki di UKM bertemu dengan PMUKM, sekaligus memberi gambaran yang baik kepada kami terhadap kepimpinan mahasiswa di UKM. Kami juga ingin belajar dengan PMUKM dan juga kita boleh berkongsi idea dalam memajukan kepimpinan di peringkat mahasiswa khususnya dalam membantu rakyat kedua-dua buah Negara.” ujar saudara Sayyidi pula.

Beliau juga mengulas tentang gerakan mahasiswa di Indonesia yang diterajui oleh Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia bahawa mahasiswa disana sebagai “agent of change” serta memperjuangkan hak rakyat Indonesia dalam pelbagai aspek. Mahasiswa juga perlu berfikiran luas dalam bertindak dan beraksi di lapangan mahasiswa.





Dalam pertemuan itu juga,wakil Kedutaan Besar Indonesia, Mohd Nasrullah menegaskan bahawa segala isu dan polemik yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia, mahasiswa perlu mengambil perhatian dan meneutralkan kembali suasana itu dan menununjukkan bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik seperti sebelumnya dan menyangkal berita palsu yang digembar-gemburkan oleh media kedua-dua buah Negara.Beliau juga memberitahu, "kita juga telah mempertemukan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan juga Badan Eksekutif Mahasiswa seluruh Indonesia (BEMSI) semalam di kedutaan besar republic Indonesia serta telah menubuhkan satu kesatuan yang menggabungkan mahasiswa Indonesia dan Malaysia.Kesatuan itu diberikan nama sebagai Kesatuan Mahasiswa Indonesia-Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Presiden MPMN iaitu saudara Muhammad Ikram bin Darus. Manakala Timbalan Kesatuan tersebut pula ialah wakil dari BEMSI iaitu saudara Dimas Prasetya yang juga merupakan mahasiswa Universit Mulawarman Indonesia.



Seusai perbincangan dan pertukaran pendapat diteruskan dengan sesi jamuan ringan dan berakhir sesi bergambar antara PMUKM, BEMSI, PPIM dan juga PPI UKM. Semoga pertemuan ini akan memulakan perjuangan mahasiswa sebagai pemimpin Negara pada masa akan datang.