SUMBER : Blog GMUKM
Wartawan GMUKM sempat menemui saudara Izzuddin Pisol untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu pembuangan kolej biarpun kini merupakan fasa mahasiswa-mahasiswi UKM berjuang di meja peperiksaan
Dalam pertemuan ringkas tersebut,saudara Izzuddin yang merupakan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM sesi 2010-2011 memaklumkan hasil perjumpaan dengan pihak pengurusan kolej-kolej, kebanyakan pihak pengurusan kolej kediaman bersetuju untuk membuka ruang untuk rakan-rakan mahasiswa membuat rayuan tetapi tidak menjanjikan apa-apa kerana kedapatan sesetengah kolej kediaman yang sedang melakukan pengubahasuaian bangunan disamping terpaksa menunggu kemasukan mahasiswa baru pada bulan September nanti.
" Usaha daripada pihak PMUKM (untuk membantu) adalah membawa permasalahan ini kepada pihak (pentadbiran) kolej. Selepas ini,kita hanya boleh menunggu apa respon daripada (pihak pentadbiran) kolej.
" Bukan kita (PMUKM) hendak lepas tangan, tetapi inilah yang selalu timbul (dalam urusan) antara (pihak pentadbiran) kolej dengan 'student'.
" Apa ruang yang ada sekarang, saya (selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan) cadangkan kepada rakan-rakan sekalian, untuk buat rayuan bertulis. Sertakan alasan-alasan yang kukuh dan relevan seperti anda mengalami masalah kesihatan, tiada kenderaan atau apa-apa (alasan) yang boleh meyakinkan anda berhak mendapat penempatan di kolej yang anda kehendaki. Jika timbul juga masalah, sila hubungi kami diBiro Kebajikan & Aduan," tambah saudara Izzuddin lagi.
Untuk rekod, isu pembuangan kolej sering timbul menjelang penghujung tahun pengajian mahasiswa UKM. Tahun lepas pihak GMUKM telah membawa isu ini ke peringkat TNC (HEPA) yang ketika itu Prof Dato' Mohammad Razak tetapi dilaporkan rungutan-rungutan mahasiswa yang didokumentasikan tersebut telah di'bakulsampah'kan oleh pihak-pihaktertentu. Justeru pada sesi kali ini di bawah kendalian Prof Ir Dr Othman Karim selaku TNC (HEPA) yang dilihat agak 'lunak' mahasiswa agar mengambil serius rungutan-rungutan mahasiswa tersebut.
Untuk makluman juga, hasil pertemuan rasmi dengan mangsa-mangsa pembuangan kolej kediaman yang berlangsung pada hujung bulan lepas juga telah didokumentasikan dan pada bila-bila masa bersedia ke pengetahuan umum sekiranya usaha diplomasi ini yang telah bertemu pihak pengurusan kolej dan ayahanda TNC (HEPA) gagal membuahkan hasil.