EXAM ORIENTED ?
Pernah kita dengar tentang 'Exam Oriented ?' Sudah pasti bukan . Cuba refleksi diri kita kembali . Adakah kita ini seorang yang exam oriented ?
Jawapannya ya ! Mengapakah dikatakan begitu ?
Sistem pendidikan pada hari ini telah berpaksikan kepada exam oriented .
Profesor atau guru mengajar hanya untuk memastikan silibus pelajaran dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.
Manakala , pelajar belajar hanya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nampak bukan situasi yang dimaksudkan dengan 'exam oriented' tadi ?
Persoalannya, siapakah yang rugi dalam situasi ini ?
Semua. Ya, semua orang rugi dalam perkara ini !
Pelajar rugi kerana ilmu yang dipelajari mereka hanya sekadar di takuk peperiksaan sahaja bukan kehidupan .
Profesor atau guru rugi kerana ilmu yang mereka ada tidak dapat diwariskan dalam bentuk yang sempurna .
Masyarakat rugi kerana kurangnya kualiti ilmu dalam masyarakat itu. Dan , yang paling rugi adalah agama kita sendiri . Dapat lihat bukan garis – garis hubungan antara semua itu .
Tabiat pelajar sekarang ialah MENGHAFAL MEMBUTA TULI . Betul bukan ?
Sebenarnya, PEMAHAMAN secara mendalam terhadap sesuatu yang kita pelajari lebih meninggalkan kesan dalam diri kita berbanding hanya menghafal tanpa mengetahui maksud .
Kita bukan sekadar belajar bersusah payah dan bersengakang mata mengulang kaji.
Juga diingatkan kita juga bukan sekadar menyarung jubah , mempamerkan topi graduasi empat segi dan tersenyum menerima ijazah.
Seharusnya ia lebih daripada itu! Kehidupan kita menjadi pentas sebenar untuk menilai diri kita ini sebagai seorang yang berjaya atau gagal.
BELAJARLAH SAMBIL MENCABAR
Sepatah mutiara kata Prof Diraja Ungku Aziz ini wajar direnungi semua pihak, "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..."
Kata-kata ini boleh ditafsir dalam banyak bentuk fahaman. Namun, salah satu fahaman yang ingin kita julang dan terapkan dalam tulisan ini adalah, hal mencabar kekuasaan itu juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Ketika mahasiswa itu bertanya, maka mereka sedang belajar juga.
Maka, proses mahasiswa mencabar dasar dan kempen tersebut adalah sebahagian daripada proses pembelajaran juga sesuai dengan seruan Prof Diraja Ungku Aziz, mantan Naib Canselor UM itu sendiri. Ditinjau daripada sudut ini, maka sepatutnya NC tidak perlu risau, malah sebaliknya berasa bangga.
Namun, di celah-celah kemelut itu juga, timbul tohmahan liar bahawa bantahan tersebut bersifat 'kurang ajar'. Bagaimana mahu berdepan dengan salah sangka sebegini? Maka, jawapan yang boleh kita kongsikan bersama di sini perlu dirujuk kepada sebuah puisi Sasterawan Negara Usman Awang berjudul 'Kurang Ajar'.
"Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar."
Usman Awang dengan penuh gaya menggunakan tafsirannya dan kebijaksanaannya sudah mengheret fikiran kita kepada suatu tafsiran lain ke atas makna 'kurang ajar' yang sepatutnya disahkan itu.
Iaitu, sesekali kita perlu bersikap 'kurang ajar' demi mempertahan maruah bangsa kita sendiri. Ketika bahasa ibunda dihinakan, maka anak bangsa wajar bangkit dan menolak kebiadapan mereka yang bersikap biadap menodai maruah bahasa ibunda.
Begitulah kata Usman Awang, "Suatu bangsa itu tidak mungkin menjadi besar, kalau tidak punya sifat kurang ajar..." Dalam soal bahasa, tiada lagi tolak ansur dalam kamus perjuangan kita