Selasa, April 05, 2011

All The Best Mahasiswa UKM!


Detik-detik genting itu semakin hampir. Final exam yang ditakuti oleh semua yang bergelar mahasiswa khususnya buat mereka yang berada di tahun akhir. Sindrom-sindrom demam peperiksaan juga mula dirasai. Fenomena exam yang menjadi penentu sejauh mana kefahaman kita terhadap apa yang dipelajari. Walau apa pun, sematkan 4 perkara ini agar kejayaan yang bakal dikecapi beroleh redha Allah iaitu USAHA, IKHTIAR, DOA dan TAWAKAL.

“Barangsiapa yang inginkan dunia maka dia perlu berilmu, barangsiapa yang inginkan akhirat maka dia perlu berilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia perlu berilmu.”

Kami di barisan PMUKM sesi 10/11 mengucapkan selamat berjaya kepada seluruh mahasiswa/wi UKM sekalian. Manfaatkan ilmu sebaiknya. Moga UKM terus cemerlang di persada dunia dan ke arah mencapai Mardhatillah..