Ahad, April 17, 2011

KPT Sasar e-Pembelajaran Negara Optima 2015

KLIA, 17 April - Menteri Pengajian Tinggi YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin dalam ucapan pelancaran Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) semalam mensasarkan tahun 2015 sebagai penggunaan e-Pembelajaran secara optima di seluruh IPT yang terpilih. Pada ketika itu, mestilah 30% tugasan atas talian.


Katanya lagi,e-Pembelajaran memberikan impak kepada sistem pembelajaran negara. Antaranya ilmu dapat diakses secara sama rata lalu menjamin masyarakat berilmu, kolaboratif dan berdaya saing; pembelajaran kolaboratif menjadi falsafah pengajaran dan pembelajaran, kandungan e-pembelajran yang dibangunkan dapat dirasai oleh semua IPT, memberi peluang kerjaya mengikut pilihan dan banyak lagi.

Majlis ini juga turut melancarkan buku-buku e-pembelajaran yang telah ditulis oleh pakar-pakar melalui kajian terperinci mereka. Usai ucapan menteri, pertukaran MoU antara AeU dan universiti-universiti yang terlibat adalah USIM, UTM, UPSI, UCSI, MII dan IBF.

Seramai 12 orang MPP UKM yang menghadiri majlis pelancaran ini yang berlansung di Hotel Pan Pacific KLIA pada jam 10 hingga 12 tengah hari semalam.