PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Selasa, Mac 30, 2010

Lawatan Akademik ke Penjara Kajang


Bangi, 29 Mac : Fakulti Undang-Undang dengan kerjasama MPP FUU, Ou Yong Koh Beng telah menganjurkan satu lawatan akademik ke Penjara Kajang. Lawatan melibatkan 17 orang warga FUU itu yang bermula jam 9.oo pagi dan tamat pada waktu tengahari itu adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang suasana kehidupan dalam kawasan penjara.


Antara hasil kraf buatan banduan


Hasil seni para banduan Penjara Kajang

Selain itu, para mahasiswa juga diberi taklimat berkenaan pengurusan pentadbiran dan keselamatan penjara di samping mendedahkan mahasiswa tetang tangunggjawab dan peranan pegawai penjara yang bertugas. Para mahasiswa juga telah dibawa untuk melawat tempat para banduan membuat barangan kraftangan yang merupakan hasil kerja mereka sendiri.

Isnin, Mac 29, 2010

Bengkel Kerjaya FPI

Katakan "TIDAK" pada Beg Plastik !



BANGI, 29 MAC- MPP Mahasiswa UKM turun bersama masyarakat untuk menggerakkan KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK di Komplek PKNS, baru-baru ini. Kempen yang bermula pada jam 2 petang itu dianjurkan oleh ADUN Bangi dengan kerjasama PKNS, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan beberapa NGO lain.

Risalah kempen diedarkan oleh petugas dan 1,000 beg kitar semula diagihkan secara percuma kepada pengunjung. Antara MPP yang terlibat ialah Mohd Zaim Juwaidi (MPP FPI) dan Muhamad Faiz Ismail (MPP Umum).

MPP Mahasiswa dijemput untuk turut serta dalam program ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memulihara alam sekitar dan bahaya penggunaan beg plastik kepada persekitaran. Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan rata-rata pengunjung menyambut baik kempen tersebut. Seorang pengunjung yang ditemui berkata, masyarakat terlalu memandang remeh soal alam sekitar.

“Beg plastik memakan masa yang sangat lama untuk dilupuskan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Banyak negara yang ‘banned’ beg plastik, kita bila lagi? Masyarakat sepatutnya memikirkan tentang nasib bumi pada masa akan datang. Mungkin anak cucu kita akan hidup sengsara kalau kita tak bertindak sekarang,”kata pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Mat.

Muhamad Faiz Ismail (MPP Umum) bersama En Ahmad Sufie Munasir
(Pengarah Hari Tanpa Beg Plastik Dun Bangi)

Khamis, Mac 25, 2010

"SAYA MAHASISWA PRIHATIN"

Bangi, 25 Mac- MPP Mahasiswa mengambil inisiatif untuk turun ke akar umbi bagi membudayakan nilai murni dalam kalangan mahasiswa, bermula semalam di UKM Kampus KL. "SAYA MAHASISWA PRIHATIN" merupakan suatu bentuk seruan bagi memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan mahasiswa.

Seperti biasa, pendekatan 'turun padang' digunakan sebaiknya oleh MPP untuk mendekati mahasiswa/i UKM. Booklet yang mengandungi maklumat tentang Tabung Kebajikan Pelajar dan Audit MQA diedarkan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa. Borang permohonan Tabung Kebajikan Pelajar turut diedarkan dan reaksi yang diterima menunjukkan bahawa masih ramai mahasiswa yang tidak mengetahui kewujudan Tabung tersebut yang berperanan untuk meringankan beban mahasiswa yang kematian waris, kemasukan wad dan mengalami kes-kes tertentu (bencana, kecurian dan sakit kronik).

MPP Umum, Muhamad Faiz Ismail yang ditemui di UKM Kampus KL berkata, mahasiswa perlu menanamkan sikap prihatin kerana ianya semakin pudar dalam kalangan generasi muda.

"Mahasiswa yang tidak prihatin cenderung untuk mementingkan diri sendiri. Kesibukan dengan hal masing-masing membuatkan mahasiswa tidak peka dengan keadaan sekeliling. Kalau boleh kita nak mahasiswa jadi contoh yang baik kepada masyarakat. Suka bantu orang lain, ambil berat dengan isu semasa di kampus dan terlibat sama dalam usaha untuk mencapai halatuju universiti."katanya.

Sekilas Pandang Gerak Kerja MPP FSKB Thn 3/4


Maklumat lanjut :- Layari http://ilimppfskb.blogspot.com

Kebajikan Mahasiswa Tanggungjawab Bersama


Bangi, 25 Mac-MPP Umum, Muhamad Faiz Ismail berbincang dengan wakil Pengarah Pusat Pengajian Umum (PPU) pada 15 Mac yang lalu mengenai pendaftaran semester 3 bagi mahasiswa/i FST Thn 2 sebaik sahaja menerima aduan mengenai hal tersebut. Dua orang mahasiswi FST yang prihatin turut mengambil inisiatif bertemu dengan Pengarah PPU pada petang hari yang sama.

Isunya, mahasiswa/i FST Thn 2 perlu menjalani Latihan Industri sebaik sahaja tamat Thn 3. Tambahan pula, pada semester 1 dan 2, Thn 3 kebanyakan daripada mereka perlu mengambil lebih daripada 20 jam kredit dan dilihat membebankan untuk mengambil u2 atau u3 pada semester tersebut. Oleh itu, mereka memohon agar dibenarkan untuk mendaftar u2 dan u3 pada semester 3 ini.

Susulan daripada perbincangan tersebut,Aiman Zafri (YDP PMFST) bersama Asrulazlan (Exco Kebajikan PMFST) membuat tindakan susulan bertemu dengan wakil Pengarah PPU bagi menghantar surat sokongan Timbalan Dekan FST beserta senarai nama mahasiswa/i yang ingin mendaftar kursus u2 dan u3 kepada Pusat Pengajian Umum pada hari berikutnya, 16 Mac. Setelah membuat pertimbangan, PPU mengambil keputusan untuk mendaftarkan mahasiswa/i yang membuat permohonan.

MPP Pupuk Minat Membaca

Kenangan : Beberapa orang peserta bergambar sebaik saja tiba di Pesta Buku PWTC

24 MAC 2010- Seramai 30 orang mahasiswa/i UKM dari pelbagai fakulti telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa, semalam. Lawatan ini dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dibawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Fakulti Pendidikan, Wan Ahmad Fahmi Wan Abdul Hamid. Progrtam ini bertujuan untuk menerapkan nilai cintakan ilmu pengetahuan dan memupuk budaya membaca dalam kalangan mahasiswa.

Pesta Buku Antarabangsa yang saban tahun diadakan memberi peluang kepada semua golongan masyarakat sama ada pelajar sekolah, mahasiswa/i dan golongan yang bekerjaya untuk memiliki pelbagai jenis buku pilihan mereka terbitan dalam mahupun luar negara.


Rombongan mahasiswa/i UKM ke pesta buku tersebut bertolak seawal pukul 8.00 pagi dan selamat sampai disana pada pukul 9.30 pagi. Lawatan tersebut berakhir pada 2.30 petang setelah pelajar berehat dan makan tengahari.

"Selaku seorang pelajar yang bergelar mahasiswa, sememangnya kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam menghadapi dunia globalisasi yang penuh cabaran dan ujian selain daripada kemahiran (softskill) yang diasah dalam aktiviti pelajar," kata Wan Ahmad Fahmi.

Ahad, Mac 21, 2010

Kongres : Mahasiswa Tetapkan Halatuju


PETALING JAYA, 21 Mac- Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 telah berlangsung dengan lancar pada pagi semalam bermula jam 9.30am hingga 5.00pm di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Petaling Jaya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Kira-kira 35 orang wakil dari UKM yang hadir ke kongres ini.

Majlis dimulakan dengan pembentangan front gerakan mahasiswa di bawah SMM iaitu GAMIS, PKPIM, DEMA, KARISMA dan KAMI. Seterusnya, SMM yang dipengerusikan oleh saudara Shazni Munir Mohd Ithnin telah membentangkan orientasi gerakan SMM. Beliau menghuraikan sejarah SMM yang ditubuhkan pada Mac 2004 yang mana Saudara Mohd Khairol Anwar Mat Zuki sebagai Pengerusi SMM yang pertama. Penubuhan SMM sebenarnya adalah suatu lanjutan atau kesinambungan pada aktivisme Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI)-tahun 2001/2002 dan Gerakan Mahasiswa Anti Peperangan (GEMPAR)-tahun 2002/2003.

Shazni Munir berkata ketika pembentangannya, "Orientasi gerakan ini sangat dinamik dan sering mengambil sisi mencabar dan berbahaya dalam konteks mahasiswa biasa. Lebih menarik, gerakan kaolasi ini tidak bergerak di peringkat kampus semata-mata; tetapi bergerak di pentas nasional dan global."

Menurut beliau lagi, SMM memegang prinsip independen, intelektual, integriti, responsif dan progresif sebagai prinsip pergerakan dan idealisme perjuangan SMM adalah demokrasi, keadilan, hak asasi manusia dan kepimpinan anak muda.

"Kita telah melihat betapa mahasiswa kini tidak lagi takut dan gentar dengan segala bentuk kecaman dari pihak yang tidak mahu melihat mahasiswa bangkit. Adapun sehinggalah berlaku penangkapan-penangkapan mahasiswa dalam memacu keadilan hak asasi mahasiswa dan juga masyarakat. Namun, ia tidak sedikit pun menggentarkan dan melunturkan roh perjuangan dalam diri setiap aktivis, " syarahnya ketika perbentangan.

BERSATU : Muhammad Hilman Idham (KAMI), Shazni Munir (SMM),
Abdullah Omar (KARISMA), Idris Yusoff (GAMIS), Abu Qassim (PKPIM),
Mohd Shafie (Pro M Nasional), Hei Lung (DEMA)

Seterusnya, majlis perasmian diadakan bermula dengan ucapan oleh saudara Muhammad Hilman Idham (Pengerusi KAMI) selaku pengarah program. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang berkali-kali membuat cubaan untuk menghalang kongres ini daripada diadakan untuk menghimpunkan mahasiswa dari seluruh pelusuk walaupun jauh iaitu dari Sabah, Johor, Kedah. Malahan, wakil gerakan mahasiswa dari Pattani (Thailand) dan Singapura juga turut hadir. Wakil-wakil dari parti-parti politik juga turut serta menjadi pemerhati kongres.

Kekangan yang berlaku adalah bermula dari Chinese Assembly Hall, bertukar pula ke Dewan Centrum Setiawangsa, dan akhirnya pertukaran tempat secara adhoc pada petang hari sebelum program ke Dewan Banquet MBPJ. Dalam keadaan suntuk dan kekangan, kongres akhirnya dapat dijalankan di dewan berhawa dingin itu dalam keadaan duduk bersila.

Beliau juga menjelaskan kontroversi yang timbul kerana menjemput Nurul Izzah Anwar sebagai perasmi kongres. Katanya, perasmi pertama yang dijemput adalah YB Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi yang sangat signifikan dengan gerakan mahasiswa ketika beliau di kampus. Namun disebabkan pembatalan beliau selaku perasmi akibat tuntutannya ke kawasan parlimen beliau, pihak penganjur memutuskan untuk menjemput YB Nurul Izzah kerana sejarahnya yang menyertai gerakan mahasiswa di kampus.

Selain itu, Hilman menyatakan bukti bahawa pendirian SMM sebagai 'check and balance' bagi kerajaan dan juga parti pembangkang, "Kita berpegang kepada prinsip yang telah kita persetujui bersama. Sebagai contoh, satu demonstrasi yang telah dianjurkan oleh UMNO di Kelantan dan Pulau Pinang, dan ketika itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan telah membuat laporan polis. Di pihak SMM telah pun membuat kenyataan berupa mengecam tindakan pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan."

Selepas perasmian oleh YB Nurul Izzah, sidang media telah diadakan di kalangan dif-dif jemputan dan pimpinan gerakan mahasiswa. Pada sesi petang pula, pembentangan diteruskan oleh Saudara Mohd Shafie Hashim selaku Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional telah menjelaskan sejarah penubuhan pertubuhan Pro M.

Tegasnya juga, "Perjuangan Pro M telah diperluas ke semua kampus-kampus termasuklah di Borneo, pantai timur, utara, selatan selain di kampus lembah kelang. Ianya berteraskan 4 paksi iaitu demokrasi, integriti, intelektual dan kebajikan mahasiswa.


Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab antara pimpinan gerakan mahasiswa dengan para aktivis dan diteruskan lagi dengan perbentangan dari wakil Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH) oleh Mohd Ridzuan Othman selaku Jurucakap BANTAH. Berikutan dengan penggunaan e-voting dalam pilihanraya kampus di UM, beliau telah menceritakan bagaimana usaha BANTAH dalam menolak sistem e-undi yang korup.

Menurut beliau, "E-undi di kampus-kampus merupakan 'pilot test' bagi pelaksanaan e-undi di peringkat Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang. Ini merupakan suatu pencabulan demokrasi ke atas mahasiswa, malah akan diteruskan pencabulan ini ke PRU nanti. "

Ini adalah berikutan dengan kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke India iaitu ke pusat IT yang terkenal di sana. Projek e-undi ini berfungsi untuk menukar sistem manual ke sistem e-undi dalam PRU akan datang adalah dikatakan berpusat di sana.

Seterusnya, ucapan dari saudara Mohd Ridzuan, mantan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN). Ucapan beliau sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para aktivis khususnya para MPP memandangkan MPMN merupakan pertubuhan MPP Mahasiswa yang menang bertanding di kampus-kampus.


Mohd Shafiq A. Aziz (MPP Mahasiswa UKM) menerima watikah perlantikan
sebagai Pengerusi MPMN yang baru.

Usai saja ucapan beliau, Majlis Watikah Perlantikan diadakan. Pengerusi MPMN yang baru iaitu saudara Mohd Syafiq A. Aziz, MPP Mahasiswa UKM tampil menerima watikah perlantikan daripada mantan pengerusi MPMN. Kongres berakhir dengan slot resolusi yang dipersetujui bersama pada kira-kira jam 5.00pm.

Saudara Mohd Syafiq B. Abd Aziz

Jumaat, Mac 19, 2010

Minggu Audit MQA untuk status Swa Akreditasi Institusi


Salam Mahasiswa : Makluman, pada 22 hingga 26 Mac 2010 akan diadakan proses audit penilaian oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)di seluruh kampus UKM untuk tujuan mendapatkan status SWA Akreditasi iaitu satu status yang melayakkan Institusi Pengajian Tinggi mengakreditasi sendiri program-program pengajian. Diharapkan pelajar-pelajar dapat memberikan kerjasama kepada pegawai terbabit utk melancarkn proses Auditing. pelajar-pelajar juga dilarang sama sekali daripada terlibat dalam mana-mana aktiviti yang memburukkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia seperti perkara tidak "bermoral" dalam tempoh tersebut. Pakailah pakailah pakaian yang tidak menjolok mata dan melambangkan pelajar universiti. ~Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan~

MPP Mahasiswa Tumpu OKU


Bangi, 19 Mac

MPP Umum, Alia Suzana Asri telah bertemu dengan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Prof. Riza Atiq Rahmat dan berbincang mengenai penambahbaikan prasarana mesra OKU di UKM. Penambahbaikan ini adalah tindakan lanjutan dari laporan penilaian prasarana golongan kelainan upaya yang dijalankan pada tahun lepas oleh para pelajar UKM dari semua fakulti. Pihak PPA telah membentangkan hasil laporan tersebut dalam Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian (MKB) dan diambil tindakan oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) dengan menyediakan 'ramp' di tempat-tempat tumpuan awam seperti Canselori.Walaubagaimanapun, penambahbaikan di kawasan lain terpaksa ditangguh akibat kewangan yang terhad.

Kini PPA dalam proses merangka kertas kerja untuk mengadakan dasar baru bagi kebolehsampaian dan rekabentuk prasarana yang optimum di UKM. Prasarana ini meliputi kesemua orang, termasuk golongan wanita hamil dan yang mengalami kecederaan sementara agar bersesuaian dengan keadaan fizikal mereka. Dasar ini dijangka dapat diluluskan dalam tempoh 5 bulan setelah melalui beberapa proses perbincangan dan pindaan dengan pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) dan MKB. "Kita perlu kepada penglibatan kesemua warga kampus terutamanya Dekan-dekan dan pengarah di setiap fakulti agar sedar tentang kepentingan kemudahan ini dan bertanggungjawab terhadapnya sebelum mampu dilaksanakan secara menyeluruh", ulas Prof. Riza Atiq Rahmat berkenaan pelaksanaan dasar tersebut. Menurut beliau, jika dasar ini berjaya dibentuk, peruntukan khas akan diperoleh dari kerajaan pusat agar kerja-kerja penambahbaikan dapat dilakukan dengan segera.

MPP Umum, Alia Suzana Asri menyerahkan hasil laporan berkenaan mahasiswa/i yang berprioriti dalam membantu menjadikan UKM sebagai universiti dengan reka bentuk kemudahan yang sesuai untuk semua orang. Beliau berkata "Langkah ini amat penting kerana pihak PPA tidak dapat bergerak secara spesifik tanpa ada masukan daripada mahasiswa/i yang memerlukan bantuan seperti ini agar hak mahasiswa/i dapat dipernuhi dengan sewajarnya dan potensi mereka dapat dilipatgandakan lagi".

Temuduga Genting Plantations


Dimaklumkan bahawa Genting Plantations Berhad akan mengadakan sesi temuduga untuk Pelajar FKAB pada tarikh seperti di bawah.

Tarikh : 24 Mac 2010
Masa : 2:30 ptg - 5:30 ptg
Tempat : BiliK Mesyuarat JKKP, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM

Para pelajar tahun akhir yang berminat untuk menyertai sesi temuduga ini sila mendaftar dengan memberi nama, no. matrik dan no.telefon ke ukmphi@gmail.com dengan kadar segera.

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional


Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Centrum Setiawangsa, KL
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

- Terbuka kepada seluruh anak muda mahasiswa & orang awam -


Pengenalan

Kongres Mahasiswa merupakan perkara yang mustahak dan perlu diadakan di negara kita ke arah mencapai negara maju. Kongres ini penting khususnya bagi aktivis mahasiswa bagi membentuk gerakan yang lebih bersifat sepadu, menyeluruh dan berkesan untuk memajukan negara pada masa akan datang.

SMM mengambil inisiatif untuk mengadakan kongres mahasiswa sebagai usaha untuk menyatukan idea-idea aktivis-aktivis di Malaysia bukan sahaja di peringkat mahasiswa malah aktivis negara. Program ini akan menjadi perintis ke arah SMM untuk menyatukan dan memperkasakan 'wajah' Malaysia agar menjadi negara yang unggul bukan sahaja dari satu aspek malahan meliputi keseluruhan aspek utama dalam mentadbir negara maju.

Jika dilihat kepada realiti kepada keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diberi nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Malaysia akan datang. Oleh itu generasi bakal pemimpin perlu bersedia menggunakan daya intelektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat.

Objektif Kongres

1. Menyusun semula gerakan mahasiswa peringkat nasional.

2. Memperkemaskan struktur gerakan di setiap peringkat ( Nasional dan Kampus )

3. Re-branding semula SMM sebagai satu wadah dan koalasi gerakan mahasiswa yang terbesar di peringkat nasional.


Matlamat Kongres

1. Memberi penerangan kepada semua aktivis mahasiswa berkenaan struktur gerakan serta halatuju dan matlamat SMM.

2. Memperkenalkan pimpinan setiap kampus kepada seluruh aktivis.

3. Menyusun semula perwakilan yang terpilih dalam satu organisasi di peringkat Nasional
(MPMN)

4. Membuka keahlian SMM secara terus dan menarik lebih ramai anak muda menyertai SMM.

*Solidariti Mahasiswa Malaysia merupakan himpunan gerakan mahasiswa yang terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro Mahasiswa Nasional, Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Khamis, Mac 18, 2010

Mesyuarat MPP Lulus 4 Usul

> sedang menunggu kehadiran ahli mpp yang lain

Bangi, 18 Mac- 32 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM bermesyuarat buat kali kedua bertempat di Bilik Gerakan HEP, dua hari yang lalu. Seramai 13 orang MPP Mahasiswa telah menghadiri mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam itu. Agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah pembentangan oleh exco kebajikan yang meliputi 3 bidang iaitu :

1) Prasarana, Keselamatan dan Pengangkutan (Mohd Rasydan Mohd Rais)
2) Air, Tenaga dan Komunikasi (Yong Yoon Kian)
3) Hal Ehwal Pengguna dan Kesihatan (Nasiha Sakina-tidak dapat hadir)

Hasil mesyuarat pada malam itu, tidak kurang daripada 2/3 majoriti ahli mesyuarat meluluskan 4 usul untuk dilaksanakan dalam gerak kerja MPP iaitu:

1) Mahasiswa/i yang mendapatkan rawatan di hospital berdekatan UKM hendaklah dipindahkan ke HUKM sekiranya perlu.
2) Penambahan router di tempat-tempat kritikal untuk meningkatkan capaian internet dan servis berkala untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet.
3) Ahli MPP yang tidak dapat menghadiri mesyuarat untuk membentangkan laporan gerak kerja perlu mewakilkan MPP lain untuk menggantikannya dan setiap exco hendaklah memaklumkan perkembangan gerak kerja masing-masing kepada semua MPP.
4) Bendahari PMUKM perlu menyediakan laporan kewangan perbelanjaan setiap aktiviti yang dijalankan oleh PMUKM bermula pada sesi 09/10 dan perlu dibentangkan kepada semua MPP pada akhir sesi.

Selain itu, antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai jawatan Exco Kerohanian atau Pembangunan Insan yang tidak diwujudkan dalam kabinet PMUKM tetapi bidang tugas Exco Kerohanian dipikul oleh 3 orang Majlis Tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha. Tambahan pula jawatan-jawatan kabinet PMUKM masih belum disahkan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin walaupun majlis watikah perlantikan telah berlalu hampir sebulan.

Muhammad Syafiq Abd Aziz(MPP Umum)yang ditemui selepas tamatnya mesyuarat tersebut menyatakan kekecewaannya terhadap jawapan yang diberikan oleh Majlis Tertinggi PMUKM tentang beberapa isu.

"Ini bukan mesyuarat kartun, ni mesyuarat MPP. Sepatutnya mereka bagi jawapan yang rasional, bukan main hentam sahaja. Dia kata macam tu, dia pula kata macam ni. Seolah-olah tiada penyelarasan maklumat. Kepimpinan mahasiswa yang lemah seharusnya ditolak awal-awal lagi." katanya yang juga Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

Pertemuan pemangkin persefahaman


15/3/2010- Pertemuan ringkas bersama En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur

Secara ringkasnya pertemuan ini dilakukan berikutan permohonan MPP FSKB tahun 3/4 kepada pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur untuk mengadakan perjumpaan bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kuala Lumpur sebagai langkah pertama kerjasama di antara pihak pentadbiran dan MPP pada sesi kali ini.

Laporan hasil pertemuan dengan beliau:

1. Pihak Pentadbiran Kampus KL menyambut baik hubungan jalinan antara kedua belah pihak.
2. Cadangan untuk mengadakan mesyuarat antara pihak pentadbiran kampus Kuala Lumpur dan MPP kampus KL akan diadakan. Ketua atau wakil bahagian-bahagian Kampus Kuala Lumpur akan turut dijemput untuk turut sama dalam mesyuarat ini. Bahagian yang terlibat termasuklah Bahagian Keselamatan, Perpustakaan Dr Abdul Latiff, Jabatan Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat(PTM) serta Jabatan Pengurusan Pembangunan(JPP). Hal ini adalah bagi memperjelaskan semula kepada semua MPP agar memahami skop dan bidang tugas setiap bahagian bagi melicinkan setiap prosedur dan sistem penyampaian yang akan dilakukan pada masa akan datang . Ini penting kerana MPP bertindak sebagai medium penyampai maklumat antara pentadbiran dan mahasiswa yang berhubungkait dengan kebajikan mahasiswa .Langkah ini juga penting agar tiada salah faham antara mahasiswa dan pihak pentadbiran berhubung isu-isu tertentu.

3. Pihak pentadbiran telahpun atau sedang mengambil tindakan merujuk kepada aduan-aduan yang telahdisampaikan oleh mahasiswa, namun tiada medium untuk memberi maklum balas kepada mahasiswa berhubung aduan yang telah diberikan. Oleh itu, besar harapan kami sebagai MPP mahasiswa untuk menjadi jambatan penghubung antara pihak pentadbiran dan mahasiswa dalam menyampaikan informasi-informasi penting sebegini.

4. Beberapa perkara berbangkit akan dibincangkan semasa mesyuarat nanti.

5. Tarikh dan masa mesyuarat yang akan diadakan akan dimaklumkan semula melalui surat yang akan dikeluarkan.



Pertemuan bersama Puan Faizah Mohd Zaid


16/3/2010 – Pertemuan dengan Puan Faizah Mohd Zaid, Ketua Perpustakaan Dr Abdul Latiff Laporan hasil pertemuan dengan beliau.
1. Mendapatkan penjelasan tentang perkembangan terbaru tindakan pihak Perpustakaan berkenaan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini:-

- Mendapatkan penjelasan berkaitan pemasangan CCTV bagi mengurangkan kes kecurian dan hasilnya;-

•Permohonan pemasangan CCTV telah dibuat oleh pihak Perpustakaan Kampus KL dan sekarang masih memerlukan sedikit masa untuk melepasi bebarapa prosedur seperti pemilihan CCTV dan lain-lain.Mahasiswa/I diharap dapat bersabar kerana proses permohonan dan pemasangan CCTV agak memakan masa.
•Pihak Perpustakaan Kampus KL juga telah menyediakan loker penyimpanan berbayar bagi mengurangkan kes kecurian dan diharapkan mahasiswa dapat memanfaatkanya.
•Pihak pengurusan perpustakaan amat mengharapkan kerjasama daripada mahasiswa agar menjaga harta benda dan barangan peribadi masing-masing dengan cermat
•Notis peringatan berkaitan agar tidak meninggalkan barang berharga di loker terbuka telahditampal. Diharap semua mahasiswa peka dan bertindak selari dengan peringatan tersebut.

Sayangilah harta dan barangan peribadi anda. Tingkatkan kewaspadaan dan berhati-hati. Kita mahasiswa prihatin!

2. Buku perpustakaan yang dikatakan lama dan tidak mencukupi.

Penjelasan yang diberikan:-

•Perpustakaan Kampus Kuala Lumpur telah lama ditubuhkan iaitu 1974 berbanding perpustakaan HUKM iaitu pada tahun 1997. Maka buku-buku lama masih dikekalkan, tambahan pula buku-buku klinikal yang sepatutnya dipindahkan ke HUKM tidak dapat dilakukan kerana Perpustakaan HUKM kekurangan tempat.
•Buku-buku baru telah pun dibeli dan ditempatkan di rak-rak.
•Semua buku sebelum tahun 2000 telah disimpan di stor simpanan buku lama.
•Berita baik buat mahasiswa:- anda boleh membuat permintaan buku rujukan kepada pihak perpustakaan dan lebih baik jika menyertakan sekali nombor ISBN agar memudahkan pihak pengurusan Perpustakaan mengambil langkah selanjutnya.
•Pihak Perpustakaan telah mula menyediakan kemudahan satu judul buku dengan 10 buah buku. Oleh itu, masalah kekurangan buku rujukan diharapkan dapat dikurangkan.


3. Masalah kemudahan penghawa dingin dan tandas.
Penjelasan yang diberikan:-

•Semua ini di bawah pemerhatian JPP. Segala aduan daripada mahasiswa akan segera dilaporkan kepada JPP.
•JPP akan mengeluarkan notis kepada pihak Perpustakaan jika kerja-kerja penyelengaraan dilakukan.


4. Masalah bilik perbincangan yang tidak kedap bunyi.
Penjelasan yang diberikan;-

•Telah diambil tindakan dan makluman, namun akibat kekurangan belanjawan kerja-kerja menaik taraf terpaksa ditangguhkan.

5. Masalah pautan pangkalan data dan Gemilang.
Penjelasan yang diberikan:-

•Boleh merujuk kepada Pn Mariati Embong, Pustakawan Kanan
•Berita baik untuk mahasiswa:- mahasiswa boleh meminta kelas daripada pihak perpustakaan untuk mempelajari sistem pautan pangkalan data dan Gemilang.

6. Masalah jaringan ‘wireless’.
Penjelasan yang diberikan:-

•Perlu merujuk kepada Bahagian Multimedia.
Tindakan susulan dari pihak MPP FSKB 3/4 akan segera di ambil. Nantikan tindakan selanjutnya..


Disediakan oleh,

Nur Ili Mohamad Tarmizi,
MPP Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Tahun 3/4
Sesi 09/10
Universiti Kebangsaan Malaysia

Rabu, Mac 17, 2010

Isu Pendaftaran Sem 3 : Penjelasan

Bangi, 17 Mac- MPP Mahasiswa telah menerima aduan mengenai Pendaftaran Semester 3 yang dijadualkan bermula dari 15 Mac dan berakhir pada 19 Mac 2010. Antara isu yang dibangkitkan ialah :

1) Kursus yang ditawarkan telah mencapai had bilangan pelajar/ penuh sedangkan masih ramai pelajar belum mendaftar kursus berkenaan.

2) Permintaan supaya jumlah kursus tidak dihadkan maksima 3 kursus sahaja.

Berikutan aduan tersebut, MPP Mahasiswa yang diwakili oleh Muhammad Syafiq (MPP Umum) dan Wan Ahmad Fahmi (MPP Fpend) bertemu dengan pegawai Bahagian Pengurusan Akademik untuk membincangkan hal tersebut.

Justeru, jawapan yang diberikan oleh Bahaian Pengurusan Akademik (BPA) adalah seperti berikut :

1) Pelajar hendaklah merujuk kepada fakulti atau pusat di mana kursus tersebut ditawarkan (cth: fpend, ppu etc). Sekiranya mendapat persetujuan pihak tersebut, maka mereka (baca:fakulti/pusat) akan menambah kuota pelajar atau pelajar dibenarkan untuk mendaftar secara manual.

2) Merujuk kepada jumlah kursus pula, maksima 3 kursus dalam tempoh 7 minggu pada semester 3 adalah relevan. Dalam tempoh tersebut, pelajar bukan sahaja perlu menghadiri kuliah tetapi juga perlu menyiapkan pelbagai tugasan. Oleh itu, sekiranya pelajar mengambil lebih daripada 3 kursus, dikhuatiri jadual terlalu padat seterusnya membebankan pelajar.

Maklumat Tambahan :
Pendaftaran Sem 3 untuk kursus U2 dan U3 yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum (PPU) telah penuh. Oleh itu, bilangan pelajar tidak akan ditambah lagi dan tiada pendaftaran manual akan dibuat KECUALI bagi pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian pada semester ini.

Selasa, Mac 16, 2010

MPP Mahasiswa Turun Padang

Bangi, 16 Jun- MPP Mahasiswa mengadakan road tour ke fakulti-fakulti untuk bertemu dengan mahasiswa. Aktiviti ‘turun padang’ sememangnya sinonim dengan MPP Mahasiswa sejak sesi kepimpinan mereka sebelum ini. Peluang bertemu dengan mahasiswa dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk beramah mesra dan mengedarkan booklet yang mengandungi maklumat MPP Mahasiswa untuk memudahkan mahasiswa menyalurkan sebarang aduan dan cadangan.

Borang aduan juga diedarkan untuk diisi oleh mahasiswa bagi membolehkan MPP Mahasiswa mengambil tindakan lanjut berkaitan isu-isu yang dibangkitkan. Rata-rata mahasiswa yang ditemui menyambut baik usaha ini dan mengesyorkan agar ianya diteruskan pada masa akan datang sebagai identiti MPP Mahasiswa.


“Saya terharu dengan pendekatan yang dibuat. Biasanya pemimpin nak kita rujuk dia je, tapi MPP Mahasiswa pemimpin yang mesra mahasiswa. Memang mereka selalu terima aduan, tapi saya rasa kutipan aduan secara besar-besaran merupakan satu langkah yang bijak. “ kata pelajar thn 2, FUU.

Antara MPP Mahasiswa yang terlibat ialah Khairul Anuar Mat Lazim(MPP Fpend), Alia Suzana Asri (MPP Umum), Ou Yong Koh Beng (MPP FUU) dan Muhd Zaim Juwaidi (MPP FPI).
Khairul Anuar yang ditemui di FTSM berkata, MPP Mahasiswa akan bergerak seiringan untuk memimpin perubahan. Tetapi, kita memerlukan kerjasama daripada mahasiswa secara keseluruhannya.

“Terima kasih kepada mahasiswa yang sudi meluangkan masa berinteraksi dengan kami. Kami datang daripada mahasiswa, jadi kepada mahasiswa kami kembali. Kami mengharapkan sokongan yang padu daripada mahasiswa kerana isu kebajikan adalah isu bersama. Mudah-mudahan segala usaha dan tindakan MPP Mahasiswa selepas ini dipermudahkan.“tambahnya lagi.

Isnin, Mac 15, 2010

Career Talk


Dimaklumkan bahawa Gamuda Berhad akan mengadakan sesi ceramah kerjaya di UKM. Antara perkara lain yang akan menjadi topik di dalam sesi tersebut ialah peluang kerjaya yang terdapat di Gamuda Berhad.

Semua pelajar FKAB, terutama pelajar tahun akhir dijemput hadir. Semua perlu mendaftar kehadiran mereka ke sesi ini dengan menghantar e-mail ke ukmphi@gmail.com berserta nama dan nombor matriks.

Tarikh : 23 Mac 2010
Tempat : DK43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh
Masa : 2:00 petang - 4:00 petang

Sabtu, Mac 13, 2010

MPP setuju perkasa modal insan

Bangi, 13 Mac-Jika kualiti modal insan, modal intelek dan keupayaan minda di kalangan warga universiti seperti ahli akademik, pensyarah, mahupun pelajar tidak dapat dipertingkatkan, maka akan terencatlah hasrat kerajaan mentransformasikan Malaysia sebagai negara berteraskan pengetahuan dan inovasi, kata Datuk Seri Najib, semasa lawatan ke UKM semalam.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada siri lawatannya untuk berinteraksi secara tidak formal dengan warga universiti. Sebelum ini beliau mengadakan lawatan sama ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

MPP Umum, Saudari Alia Suzana Asri yang diminta mengulas mengenai hal tersebut berkata, usaha memperkasa intelektual sememangnya perlu digiatkan namun aspek kerohanian juga harus diberi tumpuan.

"Proses pembinaan modal insan bukan sekadar melahirkan golongan intelektual, tetapi juga cemerlang dari sudut sahsiah. Dalam konteks UKM, ianya bertepatan dengan Falsafah UKM yang menekankan paduan antara kekuatan rohani dan ilmu yang bermanfaat. Kita tidak mahu golongan bijak pandai terlibat dengan rasuah, pergaulan bebas, zina dan sebagainya kerana ianya merencatkan usaha melahirkan modal insan seimbang."kata beliau yang ditemui di Teres Eko Niaga semalam.

Khamis, Mac 11, 2010

Rumput Tebal Cacatkan Pemandangan

Bangi, 11 Mac-Rumput tebal yang tumbuh meliar di alur ilmu berhampiran dengan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) dilihat mencacatkan pemandangan.

"Rumput yang tumbuh meliar di alur ilmu nampak kotor dan perlu dibersihkan kerana menjejaskan pemandangan UKM sebagai sebuah pusat ilmu."kata saudara Adib, pelajar thn 3 FSSK yang juga bekas YDP Persatuan Mahasiswa FSSK.

Aduan tersebut mendapat respon MPP Umum, Muhammad Syafiq Abd Aziz yang segera melawat kawasan tersebut dan seterusnya bertemu dengan En. Ismail, pegawai bahagian landskap, Jabatan Pengurusan Dan Pembangunan (JPP).

En. Ismail berkata, tender telah dibuka, syarikat juga telah dipilih, tetapi pemegang tender yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut belum menetapkan jadual untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.

"Terima kasih kepada mahasiswa prihatin yang adukan hal ni. Persekitaran yang bersih dan selesa amat penting. Rumput yang tebal akan menyebabkan pengaliran air di alur ilmu tidak lancar kerana kemungkinan besar sampah akan tersangkut. Sekiranya tidak dibersihkan, ia bakal mengundang bau busuk. Saya harap kerja-kerja pembersihan dapat disegerakan."kata Muhammad Syafiq.


MPP Cakna Kebajikan

Penyerahan Wang Tabung Bantuan Khas kepada Saudari Siti Nor Aishah Bt Mohamed Huri, pelajar tahun 4 Fakulti Undang-Undang kerana rumahnya mengalami kebakaran.

Tabung Bantuan Khas ini dilancarkan selama tiga hari di Fakulti Undang-Undang dan berjaya mendapat sumbangan sebanyak RM380.00.

Selain itu, MPP Fakulti Undang-Undang, OU YONG KOH BENG juga telah menyumbangkan RM50 daripada Tabung Kebajikan Pelajar Khas MPP FUU kepada Saudari Siti Nor Aishah.

"Saya amat berterima kasih kepada mahasiswa prihatin yang sudi memberi sumbangan untuk meringankan beban Saudari Aishah. Sumbangan mahasiswa merupakan manifestasi kebajikan adalah tanggungjawab bersama." kata MPP FUU.


Rabu, Mac 10, 2010

Dialog MPP FUU

10 Mac- MPP Fakulti Undang-Undang, Ou Yong Koh Beng telah menganjurkan sesi dialog bersama mahasiswa/i bertempat di Dewan Kuliah 1, FUU. Sesi interaksi dua hala ini memberi peluang kepada mahasiswa/i menyuarakan masalah, cadangan mahupun mendapatkan penjelasan berkaitan isu-isu tertentu. Selain Koh beng, MPP lain turut dijemput menyertai sesi dialog yang berlangsung selama 1 jam.

Pelbagai isu dibangkitkan oleh mahasiswa/i seperti ketiadaan air di Kolej Pendeta Zaaba & Keris Mas, masalah kafeteria FUU, kemudahan fakulti (paper logic) dan sebagainya.

"Terima kasih kepada mahasiswa/i prihatin yang sudi menyuarakan permasalahan dan pandangan. Saya akan cuba ambil tindakan untuk selesaikan. Sebarang perkembangan lanjut saya akan maklumkan. Sekiranya masih ada perkara yang ingin disuarakan, boleh berhubung terus dengan saya melalui h/phone."kata Koh Beng.


Sorotan Pra MPPK

Perjumpaan MPP bersama Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, KPT diadakan pada 6 Mac yang lalu di ESSET Kajang. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini dihadiri oleh MPP seluruh IPTA di Malaysia.


Pelbagai slot dijalankan termasuk sesi 'brainstorming' dan pembentangan kertas kerja oleh MPP berkaitan isu atau cadangan yang ingin disuarakan oleh mahasiswa kepada pihak kerajaan. Kertas kerja yang diterima bakal dibentangkan di Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.


Isnin, Mac 08, 2010

Mahasiswa Menggugat : Realiti atau Fantasi?


Tarikh : 11 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 8 malam
Tempat : Dewan Kuliah F, Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM
Ahli Panel :
YB Datuk Saifuddin Abdullah
Timb. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Prof Dr. Redzuan Othman
Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial
Prof Dr. Padukan Mohamad Abu Bakar
Penulis buku "Mahasiswa Menggugat"
Moderator :
Sdr Abu Qassim Nor Azmi
Naib Presiden PKPIM
Ayuh! Semarakkan Keintelektualan.....

Ahad, Mac 07, 2010

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

SUMBER : MPP Zaim

FPI 4 March 10- saudara MOHD ZAIM JUWAIDI B. JAMALUDDIN selaku ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi tahun 1 dan 2 telah membuat 3 pertemuan di antara mahasiswa/i FPI pada pagi tersebut. Difahamkan pertemuan tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk membantu serta membela nasib sahabat-sahabat mahasiswa/i FPI yang sedang menghadapi masalah dan juga musibah. Bermula pada jam 9.30 pagi,pertemuan yang pertama adalah bersama dengan salah seorang siswi tahun 2 dari Jabatan Dakwah & Kepimpinan saudari ROSMIERA BTE MOHD BASRI.

Pihak GM-FPI telah mendapat kenyataan daripada saudari Rosmiera bahawa motosikalnya jenis HONDA DREAM BERWARNA MERAH NOMBOR PLAT CCN 497 telah hilang sewaktu pada hari selasa 2/3/10 pada jam 9.45 pagi sewaktu beliau hendak menghadirkan diri ke kuliah.Sehubungan dengan itu, pihak GM-FPI dan juga MPP mahasiswa amat mengharapkan kerjasama daripada mahasiswa/i FPI seandainya anda mendapati motosikal jenis HONDA DREAM BERWARNA MERAH NOMBOR PLAT CCN 497 dapat menghubungi segera kepada pihak berkuasa UKM ataupun balai polis Bangi.


Seterusnya, dalam pertemuan yang kedua adalah di foyer kolej kediaman Ungku Omar pada jam 10.30 pagi. Pertemuan ini adalah di antara MPP Mahasiswa FPI bersama dengan salah seorang siswa tahun satu Jabatan al-Quran & as-Sunnah saudara FAIZ B. ISMAIL. Pihak GM-FPI difahamkan bahawa mangsa (sdr. Faiz) telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran dengan persimpangan masuk ke kolej kediaman Tun Hussien Onn. Kejadian tersebut telah mengakibatkan mangsa mengalami patah pada pergelangan tangan dan juga kecederaan kecil pada anggota badan. Sehubungan dengan itu, pihak GM-FPI dan juga MPP Mahasiswa mengambil inisiatif untuk membantu mangsa bagi mendapatkan insurans dan juga tuntutan kewangan kebajikan pelajar yang telah disediakan oleh pihak pentadbiran UKM di bahagian Unit Kebajikan Pelajar di aras 1 Pusanika. Usaha ini adalah bertujuan untuk membantu saudara Faiz bagi meng'claim semula kewangan beliau sewaktu mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital yang terletak di Serdang. Berikutan dengan kejadian kemalangan yang kerap kali berlaku terhadap warga FPI sepanjang semester ini, pihak GM-FPI dan juga MPP Mahasiswa mengharapkan agar seluruh mahasiswa/i sentiasa berwaspada dan berhati-hati sewaktu memandu kenderaan anda samada ke kuliah mahu pun pulang dari kuliah. "INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG,KERANA ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.."



Pertemuan yang ketiga adalah berlangsung di bilik gerakan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam tepat pada jam 11.45 pagi. MPP Mahasiswa FPI telah menemui saudari MASTURA BTE AHMAD siswi tahun 2 dari Jabatan Dakwah & Kepimpinan. Pihak GM-FPI dan MPP Mahasiswa FPI telah difahamkan ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pada semester yang lepas,manakala pada semeter ini ALLAH SWT menguji lagi sekali dengan pemergian ibu beliau pula bagi semester ini Sehubungan dengan itu, MPP Mahasiswa dan pihak GM-FPI telah mengambil inisiatif dengan memberi sedikit sumbangan kepada beliau bagi menyunting semangat beliau untuk meneruskan pelajarannya. Kami bagi wakil seluruh warga FPI akan mendoakan semoga kedua roh ibu bapa saudari Mastura akan dicucuri Rahmat ALLAH.

Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat FPI yang telah memberi sumbangan..kepada Saudari Mastura kami ucapkan "KUATKAN SEMANGAT & TERUSKAN PERJUANGAN"..

UKM student bags coveted US Actuarial Scholarship Award

By Kuah Guan Oo
Source : UKM News Portal

BANGI, 2 September 2010 – A final-year actuarial science student of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) has done the university proud by bagging the John Culver Wooddy Scholarship award of the Actuarial Foundation of the United States of America.

Kelvin Yeong Song Bor, 22, is among 13 students from around the world who are recognized with the coveted award of US$2,000 after sitting for an actuarial examination conducted by the Illinois-based Actuarial Society last April.

He followed the footsteps of Tang Khai Sheng the first winner from UKM, who was also recognized for his achievements in the examinations of the society last year. Tang is now working with Bank Negara.

Kelvin, the eldest son of a carpenter and a housewife in Mentakab, Pahang, is the second actuarial science student of UKM to win the award.

Apart from the US, the other students who won the awards come from Canada, Ghana and the United Kingdom.

The Actuarial Foundation, in a statement said it was pleased to announce that the National University of Malaysia student Yeong Song Bor is a recipient of the Foundation’s John Culver Wooddy Scholarship. Bor, who was awarded $2,000 is the only recipient from Malaysia and joins 12 other students from around the world recognized with this prestigious scholarship.

Kelvin told UKM News Portal he applied to the society to vie for the award with the help and encouragement of Assoc. Prof Noriszura Ismail, who was then the Head of the Actuarial Science Programme of the School of Mathematics Science.

Apart from the recommendation of Assoc Prof Noriszura and his UKM academic results, he said the other important factor in bagging the award was his results in the society’s examination. Kelvin had sat and passed five out of 10 of the examinations conducted by the Actuarial Society.

He said his aim is to be accepted as a Fellow of the society. For the moment, he needed to sit and pass two more examinations to be accepted as an Associate Fellow.

Kelvin who has two younger brothers and a younger sister, said he planned to use the award money to sit for the other examinations and probably do his Masters later on.

“The money will help to pay for my examinations which are rather expensive. It is also a recognition for all my hard work at UKM,” said the alumnus of Hwa Lian High School in Mentakab.

He plans to work with an insurance company after his graduation next year. “That is what an actuary actually does…. Calculating insurance risks and premiums in an insurance company,” he said, adding that the field is very specific and limited since there are only 16 insurance companies in the country.

Kelvin who has won an OCBC Bank bond-free scholarship since his 2nd year with UKM, took a study leave to go to North-Central University in Illinois as an exchange student for nine months under a state department scholarship.

Meanwhile, Assoc Prof Noriszura said she is very proud of Kelvin and that he won the coveted award because of his co-curriculum and academic achievements.

She is very proud of her actuarial science students as it is a professional course and the students have to take the professional papers set by the US society.

“Half of the class passed at least one paper last year, “ she said, adding that the others did not sit for the examination partly because the fees were expensive and partly because they were not ready for it. The exams were conducted in Kuala Lumpur at a fee of RM500 or more, depending on the level.

“The best result we had was last year when five of our students passed all the five papers!” she said, stressing that the performance was certainly among the best in the world. In 2007 and 2008, only one UKM student passed all five papers in one year.

Assoc Prof Noriszura said from UKM’s experience, the earliest an actuarial science student can pass all 10 papers of the society is two years after graduation. This is probably because the last paper is the toughest and most comprehensive, lasting six hours when the student would have to resolve real-time problems with some actual work experience.

She pointed out that UKM’s actuary science students were a cut above the others because their entry points were higher. “Sometimes, they get bored with us if we are slow,” she said.

UKM was the first to offer actuarial science at the degree level since 20 years ago

Sabtu, Mac 06, 2010

Program '3R For Better Environment Exhibition'


Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, Kumpulan Pengurusan Ekosistem Lestari UKM dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM akan menganjurkan program "3R for Better Environment Exhibition" seperti berikut :

Tarikh : 10-12 Mac 2010
Masa : 9 pagi - 5 Petang
Tempat : Aras 4, Bangunan Pusanika UKM

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah pameran kartun oleh High Moon (Japanese Manga), forum, permainan dan kuiz. Sila klik untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan lanjut, mohon hubungi 03-89214158/4144.

SEMUA DIPERSILAKAN HADIR, MASUK PERCUMA

Jumaat, Mac 05, 2010

Forum Isu Liwat

KL, 5 Mac- Forum bertajuk 'Universiti Diliwat' mendapat sambutan hangat kira-kira 200 orang mahasiswa dari seluruh pelusuk negara. Forum tersebut menampilkan Muhammad Syafiq Abd Aziz selaku moderator dan 3 orang ahli panel iaitu Hisyamuddin Rais, Prof Madya Dr Azmi dan Syazni Munir.

Kupasan demi kupasan yang diberikan oleh para panelis dilihat berjaya membongkarkan penyelewengan dan agenda tersembunyi pihak yang berkepentingan semasa fasa Pilihanraya Kampus 2010.

Menurut Muhammad Syafiq Abd Aziz, MPP UKM merangkap Pengerusi MPMN yang baru, PRK kali ini jelas menampakkan permainan di atas padang yang tidak sama rata.

"Mungkin ramai yang tidak faham, bahkan langsung tiada usaha untuk faham isu sebenar. Kami tidak takut sekiranya kalah, tapi kami tidak mahu pemilihan kepimpinan mahasiswa hari ini dikotori dengan sistem yang tidak adil dan penuh kontroversi. Kelihatan, undang-undang sesuka hati diliwat oleh penggubal. Yang pasti, misi 'sang penguasa' tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengekang kemaraan golongan yang 'tidak senada'. " katanya.

Khamis, Mac 04, 2010

Penutupan PTSL



Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang akan ditutup pada:

6 Mac 2010 (Sabtu) - Sabtu Pertama
7 Mac 2010 (Ahad) - Penyelenggaraan elektrik seluruh kampus UKM Bangi.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-89213865 (Rohaya Umar) atau 03-89215817 (Pejabat Am Bahagian Perkhidmatan Pelanggan).

Forum Isu Perlembagaan