PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Februari 28, 2013

PERUBAHAN LOKASI PERKHIDMATAN BAS RENGIT,UKM

19 Feb - MPP Mufaddal bin Mustansir dan MPP Mustapha Kamil Husin telah mengadakan pertemuan bersama Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan Pengangkutan, Encik Othman Abdullah di Unit Perkhidmatan Pengangkutan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perjalanan Bas Rengit dan Bas UKM pada semester ini.

Berdasarkan maklumat dari En. Othman, Bas Trans Rengit hanya beroperasi di Zon 2 dan Zon 6 sahaja dan Bas UKM pula beroperasi hanya di Zon 3 dan Zon U. En. Othman juga mengingatkan pelajar yang akan memerlukan perkhidmatan bas untuk kegunaan program membuat tempahan mengikut kegunaan yang sebenar. Tempahan lebihan bas akan merugikan dan meningkatkan perbelanjaan Unit Perkhidmatan Pengangkutan. Di samping itu, ada kemungkinan perubahan dalam perjalanan bas pada masa hadapan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bas di UKM. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

Mufaddal bin Mustansir
Pengerusi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial
PMUKM Sesi 2012/2013

En. Othman Abdullah, Pen. Pendaftar UPP
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, Februari 27, 2013

PENERANGAN ISU PMUKM



Setelah saya terbaca ulasan Pengetua Kolej Antrabangsa Ibu Zain yang dibuat beliau di laman FB berkenaan isu pembubaran PMUKM, saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit ulasan dan respon balas bagi menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul. Sebenarnya kami barisan pimpinan pelajar PMUKM langsung tidak ada menyatakan apa-apa persetujuan ketika mesyuarat pertama bersama TNC HEPA yang memutuskan mengenai pembubaran PMUKM, lalu digantikan dengan nama MPP UKM. 

Sesekali kami tidak menyatakan persetujuan dan langsung tidak mengiyakannya. Oleh sebab itu, saya berharap agar Pengetua Kolej tersebut yang jelas tidak telibat dalam kehadiran mesyuarat berkenaan supaya tidak membuat sebarang andaian yang berbentuk persepsi semata-mata.

Seterusnya, apabila bercakap soal bidang kuasa kerajaan pimpinan pelajar, kuasa yang ditetapkan kepada MPP UKM adalah sangat terbatas dengan hanya mengikut kerusi yang dimenangi sewaktu pilihan raya kampus dahulu. Contohnya, jika seseorang MPP itu mewakili Fakulti Sains dan Teknologi (FST), maka mereka hanya akan bertindak menjaga kebajikan di FST semata-mata. 

Namun jika mereka bertanding bagi kerusi Umum, maka mereka berhak untuk membawa isu kebajikan mahasiswa UKM seluruhnya. Perkara sebegini jika ditinjau sekali lalu memang tidak membawa sebarang masalah, namun ianya akan mewujudkan keterbatasan dan kesukaran kepada gerak kerja kerajaan pelajar apabila penubuhan biro seperti mana yang wujud dalam PMUKM ketika ini dinafikan. Penubuhan Biro Pengantarabangsaan, Biro Kebajikan, Biro Media dan Penerangan, Biro Pembangunan Mahasiswa serta Biro Sukan dan Kebudayaan itu dikatakan sebagai bertentangan dengan AUKU kerana ianya langsung tidak disebut secara langsung di dalamnya. 

Pihak HEPA bertegas bahawa jawatan yang dibenarkan kerana menurut AUKU hanyalah empat sahaja iaitu Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat. Oleh yang demikian, semua anggota MPP yang lain hanya menjadi ahli biasa sahaja.

Kami melihat bahawa segala perubahan yang cuba dibawa adalah disengajakan untuk melengah dan menyekat kelancaran pengurusan PMUKM sesi kali ini. Walhal jika dilihat dalam konteks kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia sekalipun adalah jelas bahawa ianya juga mempunyai beberapa kementerian (termasuk Kementerian Pengajian Tinggi) yang diketuai oleh menteri-menteri yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen kerajaan, meskipun kewujudan kementerian-kementerian tersebut juga tidak termaktub di dalam Perlembagaan Pesekutuan 1957.

Kami berpendapat bahawa, bersesuaian dengan semangat autonomi universiti dan pengamalan sistem demokrasi, kewujudan kerajaan pelajar PMUKM yang diwakili oleh mahasiswa-mahasiswi bakal peneraju masa depan negara tidak sepatutnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.
MPP Arief Othman
Speaker PMUKM Sesi 12/13

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PENGUBAHSUAIAN LANTAI DI PUSANIKA DI TAHAP MENGGUSARKAN

Majoriti mahasiswa/i UKM seharusnya sudah maklum akan pengubahsuaian yang sedang dilakukan di aras 4 PUSANIKA. Meskipun pengubahsuaian tersebut diadakan bagi tujuan penambahbaikan keadaan PUSANIKA, impaknya yang negatif telah menimbulkan kerisauan ramai pihak terutamanya para mahasiswa/I UKM sendiri. MPP PMUKM menyedari bahaya jangka masa pendek dan panjang projek pengubahsuaian ini semenjak awal proses pembinaannya lagi iaitu hampir sebulan yang lalu.

Berikutan dengan itu, perkara ini telah dipanjangkan kepada TNC HEPA UKM iaitu Dato’ Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim. Kami dimaklumkan bahawa TNC telah memohon tindakan selanjutnya dari pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UKM mengenai hal ini. Namun, tindakan yang lambat dari pihak JPP amat kami kesali melihatkan keadaan berbahaya yang berlarutan sehingga hampir menyebabkan kemalangan kepada mahasiswa. Ini berhubung dengan aduan yang diberi oleh seorang mahasiswa OKU yang buta penglihatannya dan hampir jatuh akibat lantai licin tersebut.

Pada 20 Februari 2013, MPP GMUKM iaitu Saudara Mufaddal bin Mustansir dan Saudara Marwan Mohd Khir telah mengambil inisiatif memohon penerangan dari pihak kontraktor sendiri. Hasil pertemuan bersama kontraktor, mereka menyatakan bahawa lantai tersebut telah dipilih oleh pihak pentadbiran yang berkonsepkan lantai yang digunakan di ‘shopping mall’ dan berkilat. Kontraktor sendiri memaklumkan jubin yang digunakan tidak berapa sesuai utuk dipasang di kawasan seperti Pusanika. Meskipun mereka tidak bersetuju dengan penggunaan jenis jubin tersebut, mereka hanya menjalankan kerja hasil pemilihan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran. Sehubungan dengan itu, kontraktor telah menerima arahan daripada JPP untuk memasang getah di penghujung tangga bagi tujuan keselamatan.

MPP GMUKM Mufaddal Mustansir berjumpa dengan kontraktor
bertanggungjawab ubahsuai  jubin di Pusanika.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Februari 26, 2013

28 FEB, PTSL - JOM BANTU PALESTIN

Hebahan : Sesiapa yang berminat untuk menyertai sesi Deklamasi Sajak Palestin / Ekspresi Diri bolehlah menghantar maklumat lengkap (nama, matrik no, program/fakulti & contact no) ke e-mail mpmazrai@gmail.com.
Teks sajak disediakan dan para peserta akan menerima saguhati daripada PTSL & Aman Palestin.

Terima Kasih.


JOM BANTU PALESTIN
TARIKH : 28 FEBRUARI 2013 (KHAMIS)
MASA :10.00 PG - 4.30 PTG
TEMPAT : DATARAN PTSL, UKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PMUKM WADAH GERAKAN BERZAMAN




Isnin, Februari 25, 2013

ADUAN ONLINE MASALAH PTPTN

PTPTN Semester 2 Sesi 12/13
BORANG ADUAN ONLINE PTPTN

Wang PTPTN telah diterima oleh pelajar 20/02/2013 yang lalu. Namun, kami di pihak PMUKM masih menerima beberapa aduan berkaitan wang PTPTN seperti wang tidak dimasukkan dan lain-lain. Oleh itu, kepada mana-mana pelajar yang menghadapi masalah, anda boleh membuat aduan di sini supaya permasalahan tersebut dapat kami bawa ke pihak PTPTN.



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Ahad, Februari 24, 2013

JOM DAFTAR KELAS MANDARIN


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PRESIDEN PMUKM ZIARAH PELAJAR KEMALANGAN

Pres. PMUKM bersama ayah dan
abang Noor Syamim

Jitra, Kedah, 23 Feb - Presiden PMUKM, Ahmad Shukran Shaharudin bersama-sama MPP FSSK, Azrai Ahmad Zamri telah menziarahi seorang pelajar Tahun 1 UKM yang terlibat dalam kemalangan ketika sesi percutian semester baru-baru ini. Pelajar berkenaan ialah saudara Noor Syamim Aizat Bin Mohd Isa (21) yang sedang mengikuti Program Pengajian Bahasa Inggeris di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Pada hari kejadian, 12 Februari 2013, saudara Syamim yang sedang menunggang motosikal telah dirempuh oleh sebuah kereta Myvi yang terbabas dari arah bertentangan. Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau mengalami patah paha kanan dan betis kiri, di samping beberapa kecederaan kecil lain. Setelah selamat menjalani pembedahan kemasukan besi, saudara Syamim telah dibenarkan pulang ke rumah pada 20 Februari yang lalu.

Di samping untuk melihat sendiri perkembangan saudara Syamim, kunjungan kedua-dua MPP PMUKM tersebut adalah untuk membantu keluarga beliau bagi menyelesaikan beberapa urusan dengan pihak pentadbiran UKM. Antaranya berkaitan borang bantuan kewangan yang disediakan oleh Unit Kebajikan Pelajar (UKP JPPel) dan urusan penangguhan semester untuk dipanjangkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Lain-lain perkara berbangkit yang turut dibincangkan termasuklah soal pembatalan yuran penginapan di kolej kediaman (KBH) dan penerimaan baucer buku 1Malaysia (BB1M).

Memandangkan kondisi Noor Syamim yang masih lemah dan berada jauh dari tempat pengajiannya di UKM, sesi kunjungan kali ini amat dihargai oleh keluarga beliau yang turut berharap agar seluruh warga kampus mendoakan kesihatan anak kesayangan mereka itu. Bagi pihak MPP PMUKM pula, ziarah kali ini meskipun jauh menuju ke utara semenanjung, membuktikan bahawa kami sangat komited dalam memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa UKM sebagai tanggungjawab asas yang perlu dipikul, meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran lain yang mendatang.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

MPP FEP 1/2 : SELANGKAH KE ARAH MEREALISASIKAN MANIFESTO

Mufaddal bin Mustansir
MPP FEP 1/2

UKM Bangi,18 Feb – MPP Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Tahun 1/2 merangkap Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial, Mufaddal bin Mustansir telah mengadakan pertemuan dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof.Dr. Nor Ghani Md. Nor untuk membincangkan mengenai kebajikan pelajar di FEP.

Seperti sedia maklum, di FEP mempunyai dua buah water cooler, satu di hadapan surau dan satu lagi di hadapan Dewan Kuliah 3. Namun malangnya kedua-dua buah water cooler ini sudah lama tidak diselenggara dan kebersihan airnya tidak terjamin.

Di samping itu, pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan juga memerlukan sebuah Student Centre bagi pelajar mengadakan perbincangan kumpulan atau mengulangkaji pelajaran, mendapatkan bahan bacaan seperti akhbar harian dan tempat berehat sementara menunggu kelas seterusnya. Penubuhan Student Centre ini adalah antara janji manifesto yang telah dicanang-canangkan dahulu.

MPP Mufaddal telah memohon kepada dekan fakulti water cooler yang baru untuk digantikan dan ingin menubuhkan Student Centre untuk untuk pelajar FEP. Beliau menyambut baik kedua-dua permohonan yang diutarakan ini. Permohonan water cooler baru akan dilakukan dalam tempoh yang terdekat manakala proses penubuhan Student Centre memakan sedikit masa.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Februari 23, 2013

MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BUKU 1MALAYSIA


    22 Feb, UKM Bangi - Majlis penyerahan  BB1M kepada wakil pimpinan persatuan di UKM di Pusanika oleh Naib Canselor UKM, telah berjalan lancar semalam. Lebih kurang 12 kaunter mengikut fakulti telah dibuka semalam di Pusanika serentak untuk mengedarkan BB1M kepada semua pelajar.


  • Mulai 25 Feb, pelajar boleh mengambil BB1M di pejabat Dekan masing-masing termasuk pelajar siswazah.
  • Pelajar perlu membawa  Kad Pengenalan Diri dan Kad Matrik bersama.
  • Pengambilan BB1M tidak boleh diwakilkan, pelajar itu sendiri harus ambil sendiri. 
  • Bagi pelajar yang sedang menjalani latihan amali, pihak Pejabat Dekan akan memegang BB1M anda. 
  • Tarikh luput BB1M sehingga akhir bulan Mei.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI


RESOLUSI SESI DIALOG PMUKM BERSAMA KELAB


             UKM Bangi, 21 FEB – PMUKM telah mengadakan dialog bersama wakil kelab dan persatuan berdaftar di UKM. Dialog ini diadakan bertujuan mencari titik pertemuan pembawakan kelab dan persatuan dengan paksi yang digagaskan oleh PMUKM pada sesi ini. Selain itu PMUKM juga melihat ruang dialog yang diadakan sebagai medium wakil kelab dan persatuan menyuarakan masalah mereka berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.



 Resolusi yang di capai bersama  hasil daripada Dialog bersama wakil Kelab dan Persatuan ialah :

  • PMUKM boleh mengadakan Dialog bersama JPPel dengan  wakil kelab dan persatuan.
  • Masalah  kewangan dan tidak mendapat peruntukan dari JPPel . PMUKM akan membawa masalah ini untuk dipanjangkan keperingkat JPPel bagi diselesaikan dengan segera. Skim Dana Persatuan daripada PMUKM akan membantu serba sedikit program yang selari dengan paksi PMUKM.
  • Lambakan program yang berlaku di UKM juga tidak memberikan fokus kepada pelajar bagi mencapai matlamat sebenar sesuatu program yang dijalankan. Lantaran itu, PMUKM menyambut baik cadangan wakil PMFEP agar diadakan kerjasama di antara persatuan dan kelab di dalam UKM bagi menghasilkan program yang memberikan impak yang mampu menaikkan nama UKM di persada.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI



         

MAJLIS MAKAN MALAM : TAHNIAH PAP UKM 19

PMUKM turut meraikan Majlis
Makan Malam.

UKM Bangi, 22 Feb – Majlis Makan Malam anjuran Sekretariat Pesta Ang Pow (PAP) UKM Ke-19 berjalan lancar. Tema Majlis Makan Malam bagi sesi kali ini adalah, “Memartabatkan Kesefahaman Budaya Tiong Hua Ke Arah Integrasi Dan Perpaduan Bersama”.

Selepas upacara perasmian berlangsungnya upacara “Lao Sheng”, iaitu hidangan yang terdiri daripada salad yang berwarna warni serta merupakan tradisi kepada kaum Cina bagi menyambut Tahun Baru. Pelbagai persembahan menarik antaranya penampilan daripada pemain Diabolo, Gendang 24 Musim Sin Ming, Gendang 24 Musim Yu Hua, persembahan tarian, tayangan multimedia, dan artis jemputan. Pada 30 Mac ini akan diadakan Karnival Kebudayaan Amal bertempat di Parkir Lot, DECTAR UKM.

PMUKM berbesar hati mengucapkan tahniah buat Sekretariat PAP ke-19 kerana berjaya menganjurkan program mega ini. Dengan usaha-usaha memelihara kebudayaan Tiong Hua ini, kita akan lebih memahami akan keistimewaan dan ciri-ciri budaya demi mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum khususnya dalam masyarakat UKM. Program mega ini selari dengan pembawakan PMUKM bagi sesi 12/13 iaitu Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional.

Ketika upacara " Lao Sheng".
Persembahan Gendang 24 Musim Sin Ming.
Contoh persembahan Diabolo.
Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti

Jumaat, Februari 22, 2013

KARSUFEP : BAKAL DIADAKAN AWAL BULAN MAC

Karnival Sukan Fakulti Ekonomi & Pengurusan (KARSUFEP) bakal diadakan pada awal bulan Mac ini. Pelbagai aktiviti yang menarik terdapat dalam karnival yang dianjurkan seperti sukan permainan badminton, futsal, bola jaring, dan ragbi. Jom sama-sama kita memeriahkan karnival ini dengan menyertainya dan merebut tawaran hadiah yang menarik dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan nanti.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PENGHAPUSAN PMUKM MENZALIMI SEMANGAT KEMAHASISWAAN UKM

PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PMUKM)


Mukaddimah

Persatuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia , ringkasnya PMUKM, telah ditubuhkan pada 13hb September 1970 dalam satu meshuarat agung Khas Jawatankuasa Dewan Rendah Kolej Pertama di mana sebuah Jawatankuasa sementara telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan, Perlembagaan PMUKM telah digubal dan disemak oleh seorang peguam dan telah disahkan oleh ahli2 PMUKM dalam persidangan agung yang pertama pada 5hb September , 1971.

Dasar dan Tujuan,

Dasar dan tujuan PMUKM seperti yang terchatit dalam perlembagaan selain daripada menjadi badan tertinggi kepada seluruh mahasiswa ialah untuk menyatupadukan seluruh mahasiswa dan memelihara hak, kepentingan serta kehormatan ahli2 menjalankan aktiviti2 di dalam dan di luar kampus, mendukung dan memperjuangkan chita2 kebangsaan,memberikan sumbangan yang kongkrit untuk kemajuan dan perlembagaan masharakat dan negara dalam segenap lapangan, memberi kerjasama ke arah kemajuan dan perlembagaan. Untuk melaksanakan dasar2 dan tujuan2 itu beberapa langkah telah juga terchatitkan dalam perlembagaan untuk dilaksanakan.

Sejak ditubuhkan, PMUKM telah bergerak untuk kebajikan dan kemajuan ahli2 dan Universiti. Kegiatan2 di dalam kampus seperti menjaga kebajikan ahli2, kegiatan2 sukan, kebudayaan, majlis2, cheramah, foram dan lain2 telah diadakan. Selain dari itu, kegiatan2 dalam masharakat seperti mengadakan khemah2 kerja, kempen kesedaran,tenaga pengajar, sukarela, memberi bimbingan kepada pelajar2 sekolah menengah untuk menghadapi peperiksaan telah dijalankan dan mendapat kejayaan yang memuaskan. Minggu orientasi yang dikenal “Minggu Suaikenal” di Universiti ini bagi menyambut siswa2 baru yang dijalankan oleh PMUKM dengan ranchangan2 yang berfaedah yang mencerminkan keperbadian Universiti ini dan juga melahirkan identiti Universiti ini.

Dengan terpilihnya Jawatankuasa Kerja yang baru bagi tahun 1971-72 di mana 7 orang ahli jawatankuasa tetap telah dilantik seperti yang disebutkan di atas, maka berbagai-bagai ranchangan2 dan kegiatan telah diluluskan untuk dilaksanakan yang meliputi kegiatan2 dalam semua bidang yaitu bidang akademik,sukan,kebajikan,kebudayaan dan lain2 untuk faidah dan kebajikan serta kemajuan ahli2 khasnya,Universiti dan masharakat amnya. Mudah-mudahan PMUKM akan dapat memberi sumbangan yang diharapkan oleh Bangsa,Ugama dan Negara.

Sumber:Universiti Kebangsaan Malaysia, Kalendar 1972-1973

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, Februari 21, 2013

ZIARAH ALLAHYARHAM BAPA SALAH SEORANG SISWI FST

Jenazah di Masjid Hasanah BBB.

Bangi, 21 Feb - Edaran Limau Mandarin anjuran PMUKM bersama GMUKM ditangguhkan pada masa lain. Hal ini kerana salah seorang daripada pimpinan Persatuan Mahasiswa FST (PMFST), saudari Nurul Hasanah binti Abdul Basir pelajar tahun 2 jurusan Sains Aktuari kehilangan bapanya.

Allahyarham meninggal dunia di hospital Serdang pagi ini. Allahyarham dikatakan jatuh di rumahnya dan disahkan meninggal di Hospital Serdang. Jenazah Allahyarham telah selamat disolatkan selepas Solat Asar di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dan selepas itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Merab Luar.


Kepada yang ingin menyumbangkan kepada keluarga Allahyarham, boleh dimasukkan ke dalam akaun BIMB Norzaidah Mohd Yassin akaun nombor 12029020593341.


22 Feb, MPP FST 1/2 dengan kerjasama Exco Kebajikan Pmfst Ukm akan melancarkan tabung sumbangan kepada keluarga Allahyarham di FST. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga semua ahli keluarga beliau dapat menghadapi dugaan ini.

Sumber : HD

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

JPP TANGKAS SELESAIKAN ISU KEROSAKAN JALAN RAYA



UKM Bangi, 21 Feb - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) memuji tindakan proaktif oleh pihak Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) UKM dalam menangani isu kerosakan jalan raya yang telah dibangkitkan melalui pertemuan yang dibuat antara MPP GMUKM bersama pihak JPP pada 19 Feb yang lepas. klik di sini

Antara tindakan yang segera dilakukan oleh pihak JPP adalah membaiki jalan utama di sekitar Pusat Kesihatan (PK) UKM dan hentian bas di Kolej Dato Onn (KDO). Penyelenggaraan telah dilakukan semalam pada jam 10.30 malam tadi. Jalan raya yang masih rosak lagi akan diselenggara dalam tempoh masa yang terdekat nanti.

Barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan ini mengucapkan ribuah terima kasih kepada pihak pentadbiran UKM khususnya Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) dan Unit Bendahari yang responsif terhadap aduan-aduan yang dikemukakan.

Kepada rakan-rakan mahasiswa diharapkan dapat menggunakan kemudahan yang dinaiktaraf ini dengan sebaik-baiknya. PMUKM juga mengalu-alukan pandangan dan komen daripada rakan-rakan mahasiswa berkenaan isu-isu dan masalah kebajikan yang dihadapi rakan-rakan. Komen dan aduan masalah atau pendapat ke fb | http://www.facebook.com/pm.ukm.1.
Jalan di depan Pusat Kesihatan telah diturap.
Jalan berdekatan Hentian Bas KDO telah diturap.
 AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

KEMASUKAN PTPTN: URUS WANG ANDA

           Semester baru sudah  bermula beberapa hari yang lalu, ramai dalam kalangan kita yang girang untuk kembali ke perbukitan ilmu dengan bermacam-macam matlamat, ada yang mahu belajar bersungguh-sungguh  dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga, ada juga yang gembira dengan kemasukan pinjaman atau biasiswa. Oleh itu, saya MPP PMUKM Zul Ajma mengambil inisiatif memberi sedikit panduan kepada semua mahasiswa/i cara untuk mengurus kewangan semasa di kampus.

Di sini terdapat dua teori pengurusan kewangan iaitu:

Pertama:
PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN SARA DIRI

Kedua:
PENDAPATAN- PERBELANJAAN = SIMPANAN

Saya lebih suka menggunakan teori yang pertama kerana kita dianjurkan untuk membuat simpanan sebelum          membelanjakan pendapatan yang ada. Jika kita tidak membuat simpanan dahulu, sudah pasti kita tidak akan sedar untuk membuat simpanan dan akhirnya wang tersebut dihabiskan. Selain itu, simpanan penting bagi persiapan kejadian yang diluar jangkaan, seperti kemalangan, sakit, kehabisan wang dan sebagainya. oleh itu, saya akan gunakan teori ini, walaupun ada juga yang guna teori kedua. Ini terpulang kepada kepandaian 
anda sekalian untuk memilih formula yang mana.

Gambaran seorang pelajar yang menuntut di tahun satu dan mendapat pembiayaan daripada PTPTN.

Langkah- Langkah Untuk Merancang Pendapatan Dan Perbelanjaan Ialah:

  1. Pastikan jumlah pendapatan yang kita perolehi, kemudian tolak dengan simpanan dan perbelanjaan. Anda akan dapati terdapat keseimbangan dalam belanjawan.
         Contoh Pendapatan, Simpanan dan Perbelanjaan:

Perkara
RM
Perkara
RM
Pendapatan
3200
Tabungan (10%)
320


Perbelanjaan Wajib
1060


Perbelanjaan Akademik
500


Perbelanjaan sara hidup
1220


Perbelanjaan kokurikulum
100

3200

3200

       2. Simpanan yang diperuntukan, wajar disimpan di tempat yang selamat dan boleh digunakan apabila    ada kecemasan. Saya menasihatkan anda menggunakan simpanan ini untuk mencarum dalam produk takaful. Hal ini kerana takaful/insurans memberi kita perlindungan dan pelaburan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, jika anda menghadapi musibah seperti kemalangan, kematian dan sebagainya, waris anda boleh menuntut caruman dan perlindungan daripada syarikat takaful. Manakala untuk pelaburan pula, anda boleh membuat pelaburan secara konsisten dan menuntut pelaburan tersebut selepas tempoh matang. Pada ketika itu, jumlah caruman dan pelaburan sudah berganda, ia lebih baik daripada menyimpan di bank kerana kadar dividen yang tinggi.

     3. Seterusnya, anda boleh buat belanjawan secara kasar terhadap beberapa perbelanjaan penting, seperti berikut. Di bawah ini terdapat senarai kos pengajian terperinci bagi tempoh satu semester, anda boleh merujuknya dan mengisi dengan nilai yang sewajarnya sebagai pelajar di kampus.

Jenis Perbelanjaan
Anggaran Kos (RM)
Yuran
a)        Yuran Penginapan
b)     Yuran Pengajian setiap semester

450
610
Buku
a)      Teks utama
b)     Rujukan sampingan


Bahan/ Peralatan/ Keperluan Lain

Komputer/ Pencetak

Pengangkutan ( bagi yang tinggal di luar  kmapus )

Jumlah


      4. Seterusnya, anggaran kos keperluan asas sara hidup di kampus, seperti berikut:
Anda semua boleh membuat anggaran belanjawan kemudian bandingkan dengan kos sebenar. Senarai perbelanjaan sara hidup secara terperinci:

Jenis Perbelanjaaan
Anggaran Kos (RM)
Jumlah sebenar (RM)
Makanan / minuman
a)      Harian


Pakaian


Telekomunikasi
a)      Top up


Pengangkutan
a)      Minyak


Hiburan
a) Belanja pakai habis (tiket)
b)    Pembelian alat /kelengkapan


Lain-lain


Jumlah



Gunakan anggaran ini sebagai panduan dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan sumber yang ada. Setelah anda menjalani kehidupan di kampus, anda perlu merekodkan perbelanjaan sebenar dan bandingkan dengan kos yang telah anda rancang sebelum ini. jika ada perbezaan mungkin disebabkan kurang kemahiran mengganggar perbelanjaan, kos sara hidup meningkat akibat inflasi atau anda semua telah berbelanja di laur kemampuan.

Gunakan pinjaman, biasiswa dan pembiayaan daripada ibu bapa dengan sebaik mungkin, jangan bazirkannya dengan berbelanja di luar kemampuan dan keperlaun. Untuk dapatkan info yang lebih lanjut, nantikan seminar pengurusan kewangan mahasiswa yang akan dianjurkan tidak lama. Semoga sedikit info di atas dapat membantu anda-anda membuat anggaran belanjawan dan berbelanjalah dengan bijak.
Sekian,

MPP Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad
Biro Sukan Dan Kebudayaan

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI