PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, Januari 21, 2012

‘ xīn nián kuài lè - Presiden PMUKM

Pertama sekali, saya mewakili keluarga PMUKM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakan mahasiswa khususnya bagi rakan-rakan yang berbangsa Tiong Hua yang bakal menyambut perayaan Tahun Naga pada 23-24 Januari kelak.

Buat warga UKM amnya, saya berharap kita semua berwaspada meninggalkan barangan dengan memastikan semua tingkap dan pintu serta kenderaan yang ditinggal terkunci kemas.

Di samping itu diharapkan juga kepada rakan-rakan untuk kita berhati-hati semasa berada di jalan raya.

Juga diharapkan semoga rakan-rakan dapat mengisi masa cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah serta dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta di rumah.

Saya berharap semoga Tahun Naga ini akan memberi peluang yang baru untuk kita membaiki diri, mengeratkan persefahaman di antara kita, dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama umat manusia.
Semoga kita terus bersama terus mendokong gagasan PMUKM “ Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"


Yang ikhlas,

LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi
Presiden PMUKM Sesi 2010-2011

Kajian arkeologi buktikan Hang Tuah wujud

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pakar arkeologi hari ini mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama ‘Hang’ memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan ‘Hang’ ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi,” kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Beliau berkata, meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.

"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis, Januari 19, 2012

Impak Keberadaan Mahasiswa

Sumber : ILuvIslam

Keberadaan mahasiswa ketika ini ibarat plastik di tepi jalan yang beterbangan tidak ketentuan hala. kehadirannya tidak dipedulikan sama sekali. Suaranya disenyapkan barangkali. kekuatan yang dahulunya ibarat ombak tsunami kini sepi bagai lalang kuning menyembah bumi. 

Apa gerangan semua ini? Adakah ini petanda berakhirnya zaman Mahasiswa menyalurkan idea mereka dalam proses pembangunan?. Adakah disebabkan oleh satu akta, mahasiswa terpaksa membantutkan idea mereka.

Ya, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) memang sungguh menakutkan sehingga membuatkan mahasiswa berfikir berulangkali untuk bertindak dan berprogram demi menjaga 'survival' mereka di institut pengajian. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mahasiswa tidak menyumbang dalam proses pembangunan. 

Mahasiswa ialah manusia yang bakal memimpin suatu hari nanti.Penting untuk mengetahui selok belok dalam pemerintahan dan pembangunan negara. Semua ini penting dalam menjadikan anda pemimpin yang berwibawa suatu hari nanti Ketiadaan mahasiswa dalam institut-institut penting dalam negara pasti membantutkan perjalanan menyumbangkan idealism.

Selasa, Januari 17, 2012

NC dilantik anggotai Panel Mengkaji Sistem Pelajaran


BANGI, 15 Dis. 2011 – Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Shahabudin adalah diantara tujuh orang tokoh terkemuka negara dilantik kerajaan menganggotai sebuah panel mengkaji semula sistem pendidikan.

Anggota lain terdiri dari Presiden Universiti Antarabangsa Albukhary Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, yang dilantik sebagai Pengurusi, Pengurusi Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, Tokoh Guru tahun ini, Datuk Dr Abdul Rahim Selamat, Pengurusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar dan pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Isnin, Januari 16, 2012

Jom semak yuran di SisKew !


Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) selaku badan induk yang menaungi lebih daripada 100 buah persatuan mahasiswa di kampus UKM mengajak rakan-rakan untuk segera menyemak akaun kewangan individu.

Garis panduan harga bagi yuran keseluruhan, yuran pengajian dan yuran kolej kediaman adalah seperti yang dilampirkan berikut.

PMUKM lancar 'UKM Short Film Fever'

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) melalui Biro Informasi dan Penerangan yang dipengerusikan oleh MPP saudari Aida Rahayu binti Mohd Badri telah melancarkan pertandingan 'UKM Short Film Fever.'


Pertandingan video pendek tersebut yang terbuka buat semua mahasiswa kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur tersebut telah dilancarkan hampir seminggu yang lalu dan kini sedang giat menerima penyertaan-penyertaan daripada mahasiswa-mahasiswi UKM.

Ahad, Januari 15, 2012

'Selamat pulang ke kampung halaman' - MPM UKMKL

Pada 1 dan 13 Januari 2012, Kamarul Hatem bin Mohammad (Biro Informasi & Penerangan) serta rakan PMUKM, Nurul Akma binti Zulkiefli (Biro Kebajikan dan Aduan) telah berganding bahu bersama-sama rakan setiausaha kerja (SUK) PMUKM untuk mengedarkan pensel sempena Peperiksaan Akhir Semester Satu 2010/2011 kepada para pelajar Kampus UKM KL.

Kepada rakan-rakan yang masih mempunyai peperiksaan, "Teruskan Perjuangan Anda", bagi mereka yang telah selesai peperiksaan, "Selamat Pulang ke Kampung Halaman !!"


                                                                   Lokasi : Kafe KTSN

Perkembangan terkini penyediaan mesin air dan mesin fotostat di FPI.

14 Jan. 2012 - Berikut adalah situasi perkembangan mesin fotostat dan juga mesin air di FPI. Pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh saya untuk melunaskan manifesto sebagaimana yang dijanjikan kepada kalian.

Mesin air

Syarikat Permanis Sdn Bhd bakal membekalkan mesin air dan meletakkannya di Fakulti Pengajian Islam pada awal kemasukan semester dua, 2011-2012 ekoran para pelajar akan bercuti dalam tempoh seminggu akan datang.

Pihak pentadbiran fakulti juga telah bersetuju untuk meletakkan mesin air bersebelahan pintu belakang DK2 FPI.

Mesin Fotostat

Pihak fakulti dan pihak Bendahari telah turun meninjau tempat untuk meletakkan mesin fotostat di FPI. Tempat cadangan asal adalah berhadapan Singgahan Ilmu tetapi diubah tempat bersebelahan DK2 FPI.

Masalah pokok sekarang adalah kos untuk membuat tempat tersebut. Kos tempat berhadapan dengan singgahan ilmu lebih mahal daripada bersebelahan DK2 FPI.Jadi keputusannya adalah memilih tempat kos rendah. 

Sabtu, Januari 14, 2012

Dirgahayu Tuanku !


Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mewakili seluruh warga UKM mengucapkan Dirgahayu Ulang Tahun Keputeraan ke-64 kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga Canselor UKM pada hari ini, 14 Januari 2012.

Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan 14 Januari 1948, merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah seterusnya di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperolehi Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.

Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dirgahayu Tuanku!

Khamis, Januari 12, 2012

Kunjungi 'booth' UNIKEB di Pusanika


Koperasi UNIKEB Berhad kini telah membuka 'booth' buku-buku rujukan mengikut program kursus pengajian masing-masing mulai 10 - 20 Januari 2012 di hadapan kafeteria Pusanika.

Justeru itu mahasiswa-mahasiswi UKM dipelawa membeli dengan cara membuat tempahan buku-buku rujukan menggunakan Baucar Buku yang kini diedarkan.

Mahasiswa boleh mendapatkan contoh buku rujukan yang dijual di 'booth' tersebut. Buku-buku selain yang disenaraikan juga boleh diperoleh dengan cara emelkan nama anda, no. telefon anda, tajuk buku dan nama penulis buku tersebut ke emel iema_mim86@yahoo.com (Cik Hamimah)

Rabu, Januari 11, 2012

Krisis air UKM : TUNTUT AIR kemuka aduan ke Pejabat ADUN Bangi



Presiden & Speaker PMUKM Buat Aduan Masalah Air Kepada Adun Bangi


11 Jan - Pejabat Adun Bangi semalam telah menerima kunjungan Jawatankuasa Bertindak Menuntut Air (TUNTUT AIR) Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang diwakili saudara Ahmad Muzzammil (Presiden PMUKM) dan Arif Misrol (Speaker PMUKM) telah datang membuat aduan dan memohon penjelasan masalah air yang berlaku sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

Kedatangan ke Pejabat Adun tersebut ekoran gangguan air di UKM telah beberapa hari berlaku. Mereka menyatakan kerisauan, kerana pada bulan ini kebanyakan mahasiswa di UKM sedang menjalani peperiksaan akhir semester 1 Sesi 2011/2012.

Isnin, Januari 09, 2012

Mesyuarat isu air bersama TNC (HEPA)

Bangi, 9 Jan - Satu mesyuarat di antara Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof Dr Ir Othman A.Karim dan pengurus-pengurus kolej, wakil JPP, Unit Perumahan serta Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi di Kafeteria Kolej Keris Mas pada jam 9 pagi semalam.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ayahanda TNC (HEPA) sendiri berkenaan berkaitan agenda pelan tindakan penyelesaian masalah air di UKM. 

Mesyuarat bentang masalah, langkah kawal penggunaan air
Sebagai mukadimah, ahli mesyuarat dimaklumkan kadar penggunaan air yang tinggi menyebabkan paras air dalam kolam (reservoir) cepat habis. Ini juga ekoran bekalan air tersebut turut disalurkan ke kawasan berhampiran seperti di Alam Sari, Germany-Malaysia Institute (GMI-UNIKL) dan beberapa kawasan lain di Sungai Tangkas.

Ahad, Januari 08, 2012

KPT perkenal biasiswa untuk pelajar ijazah sarjanamuda sains

8 Jan - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam telah memperkenalkan biasiswa baru, MyBrainSc kepada pelajar cemerlang dalam usaha memastikan negara mempunyai bekalan tenaga akademik yang mencukupi dalam bidang sains tulen seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.

Sabtu, Januari 07, 2012

HEBAHAN SIARAN MEDIA SYABAS : Pengeluaran Air Tidak Dapat Menampung Permintaan Bekalan Air

SIARAN MEDIA SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD (393257-T)
Pengeluaran Di Loji Rawatan Air Semenyih Dan Hulu Langat Tidak Dapat Menampung Permintaan Bekalan Air

Tarikh : 6 JANUARI 2012

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan bekalan air walaupun loji-loji tersebut telah beroperasi di tahap maksimum.

Akibat daripada kejadian ini, beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah.

Untuk makluman, gangguan bekalan air ini berlaku disebabkan tahap pengeluaran air tidak dapat menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, tahap pengeluaran air daripada kedua-dua loji air tersebut hanya sekadar mencukupi untuk menampung permintaan bekalan air semasa di kawasan ini. 

PMUKM puji tindakan responsif JPP

Bangi, 7 Jan - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) memuji tindakan proaktif oleh pihak pentadbiran UKM dalam menangani isu keselamatan yang dibangkitkan melalui memorandum Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) awal bulan lalu.

Antara tindakan yang segera dilakukan oleh pihak pentadbiran UKM adalah membaiki jalan utama sekitar hadapan Bangunan Sains Nuklear, Fakulti Sains & Teknologi (FST) menuju Pusat Kesihatan sepanjang minggu yang lalu.
Lokasi : hadapan Bangunan Sains Nuklear, FST.

PMUKM tubuh TUNTUT AIR, dapatkan penjelasan krisis air di UKM

JUMAAT, 6 Jan. - Barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang terdiri dari saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff, Wan Ahmad Fahmi bin Wan Abdul Hamed, Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol, dan Mohd Faizal Ahmad telah berkunjung sendiri ke Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang terletak di Hulu Langat, Selangor kira-kira pukul 11 pagi untuk mendapatkan penjelasan dari pihak syarikat tersebut berkenaan krisis air yang sedang melanda kampus UKM Bangi.

Perbincangan PMUKM bersama dengan wakil pihak Syabas

Jumaat, Januari 06, 2012

PMUKM nafi penganjuran sebarang himpunan selepas Solat Jumaat

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) menafikan sebarang berita atau hebahan yang menyatakan bahawa akan berlaku himpunan/demontrasi/rapat umum ini bakal dianjurkan selepas solat Jumaat di Masjid UKM hari ini, 06 Januari 2012.

Ironinya sekiranya benar PMUKM ingin menganjurkan sebarang himpunan atau sebagainya, Presiden PMUKM , LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi sendiri akan mengumumkan perihal tersebut. 

Jelas hebahan menggunakan risalah (gambar) merupakah satu FITNAH buat PMUKM yang cuba membangkitkan sentimen kurang senang di kalangan mahasiswa. 

Juga perihal ini menjadi tanda tanya apabila TSB/Aspirasi lebih mendahului tentang perkara tersebut, sedangkan di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) langsung tidak dimaklumkan berkaitan perkara tersebut.

PENGUMUMAN : Baucar RM 200 dan Pesta Buku UKM 2012

Sukacita untuk dimaklumkan kepada rakan-rakan mahasiswa, bahawa baucar buku RM 200 yang diwar-warkan dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober tahun lalu sudah boleh diperolehi mulai 4 Januari 2012, Rabu lalu di fakulti masing-masing.

Pemberian baucar buku RM 200 ini bagaimanapun tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja. 

Pengedaran baucar buku ini juga diedarkan kepada para pelajar pascaiswazah dan UKM-Graduate School of Business (GSB) sehingga 31 Mac 2012. Sila rujuk e-Pelajar untuk makluman lanjut

Dalam hal yang berkaitan, Koperasi Usahawan Siswa UKM Berhad (KOSISWA UKM) dengan kerjasama Koperasi UNIKEB dan Pustaka Prinsip Sdn Bhd bakal mengadakan Pesta Buku UKM 2012 pada sesi pengajian semester 2, 2011-2012 iaitu pada;

Tarikh : 20 Februari – 31 Mac 2012
Tempat : Pusanika UKM
Masa : 9.00 Pagi- 5.00 Petang

Rabu, Januari 04, 2012

Pengumuman Penting e-Pelajar & e-Warga (04/01/2012)

1. Pemberian Baucar Buku RM 200 Tahun 2012

Adalah dimaklumkan bahawa penyerahan Baucar Buku RM 200 kepada Pelajar IPTA Warganegara akan diedarkan mulai 4 Januari 2012 (Rabu) . Sila bawa kad matriks anda bersama ke lokasi yang disenaraikan berikut.

1. Pelajar Pra-siswazah - Pejabat Am Fakulti masing-masing
2. Pelajar Pascasiswazah - Pejabat Am Pusat Pengurusan Siswazah (kecuali Fakulti Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan & Pergigian; sila ambil di Fakulti masing-masing)
3. Pelajar PKP - Pejabat Am Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)



2. Notis Gangguan Bekalan Air Lingkungan 1 UKM Bangi.

Dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air sedang berlaku melibatkan bangunan di seluruh kawasan Lingkungan 1 UKM. Gangguan bekalan berpunca dari masalah teknikal sistem bekalan air UKM. Diharap seluruh warga UKM dapat bersabar sementara pihak JPP berusaha untuk memulihkan bekalan seperti sedia kala secepat yang mungkin.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Selasa, Januari 03, 2012

MPM Ezuan : 'Buatlah persiapan terakhir sehabis baik'

Assalamu'alaikum warahmatullah & salam hormat.

Mungkin esok ramai yang bakal memulakan 'pertempuran sulung' di perbukitan ilmu ini. Bagi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, peperiksaan pada semester kali ini merupakan yang terakhir kali buat mereka sementelah pada semester hadapan mereka akan berpraktikum. Oleh itu, buatlah persiapan terakhir sehabis baik. Perancangan yang rapi pasti akan membuahkan hasil yang berkualiti.

Elakkan daripada membuat persiapan di saat akhir. Persiapan di saat akhir tanpa dimulakan dengan satu susunan jadual pembelajaran yang sistematik boleh merencatkan sasaran kita dlm mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Dalam fasa terakhir 'study week' ini, saya menasihati rakan-rakan supaya mendapatkan rehat secukupnya bagi mengelakkan kelesuan pada waktu pagi. Lebih malang lagi jika rakan-rakan terlewat bangun pagi sehingga boleh menyebabkan terlepas mengambil peperiksaan pada hari tersebut.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat, 11 sekolah ditutup

3 JAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pasir Puteh, Kelantan meningkat setakat pukul 4 petang semalam manakala mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Besut dan Setiu Terengganu dan Segamat, Johor semakin berkurangan, menurut sumber BERNAMA.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri memaklumkan ini ekoran hujan turun lebat sekali-sekala sejak pagi awal semalam. Walaubagaimanapun tiada jalan utama di jajahan tersebut ditutup kepada kenderaan.

Tambah jurucakap tersebut lagi, semua mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Sekolah Kebangsaan Kampung Nara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil.

Isnin, Januari 02, 2012

Amaran hujan lebat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia


2 Jan - Amaran Hujan Lebat Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah dikeluarkan ekoran risiko mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan sehingga malam ini, dalam satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.

Operasi Lynas bermula Selasa, orang ramai boleh kemuka komen

KUALA LUMPUR, 1 JAN (BERNAMA) : Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menerima dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada syarikat Lynas (M) Sdn Bhd.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madinah Mohamad berkata ia adalah dokumen baru yang akan dikemukakan untuk pertimbangan LPTA dan ia akan dipamerkan bagi mendapatkan maklum balas awam bermula 3 hingga 17 Jan.

"Orang ramai boleh melihat dokumen ini di lokasi seperti di ibu pejabat LPTA di Dengkil dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada Isnin hingga Jumaat dan juga pada hari Ahad hingga Khamis di pejabat sementara LPTA di tapak syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd di Gebeng, Kuantan dan di Pejabat LPTA Cawangan Timur di Kemaman, Terengganu

Ahad, Januari 01, 2012

KENYATAAN RASMI PERSATUAN MAHASISWA UKM (PMUKM) : Kezaliman Tindakan FRU Membelasah Mahasiswa Di UPSI Diselar

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memandang serius dan menyelar sekeras-kerasnya tindakan ganas yang diambil oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit - FRU) Polis Diraja Malaysia yang membelasah beberapa orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Dalam tragedi tersebut, beberapa mahasiswa telah mengalami kecederaan yang serius termasuk  Pengerusi BEBAS, saudara Safwan Anang yang kini dilaporkan kritikal apabila dibelasah bertubi-tubi oleh FRU-PDRM.

Tindakan yang diambil pada waktu kejadian seolah-oleh menggambarkan pihak polis terlalu terdesak dan kelihatan seolah-olah tiada jalan lain menangani himpunan tersebut.

Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan roh Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya memberi hak kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat.

Polis 'double-standard'

Sikap 'double standard' PDRM dalam menangani himpunan mahasiswa juga amat jelas apabila layanan yang sebaliknya terhadap pihak yang menyokong kerajaan ketika berdemostrasi di Putrajaya 21 Disember baru-baru ini.

Seharusnya pihak polis menjadi badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian, keadilan, dan kesaksamaan semua pihak khususnya rakyat jelata dan bukannya bertindak di luar peri kemanusiaan.

Oleh itu, PMUKM mendesak supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya bertanggungjawab atas tindakan ganas pihak polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di UPSI pada awal tahun baru 2012.


Mahasiswa Menjulang Kebebasan Akademik


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI


Tarikh : 01 Januari 2012