Khamis, Julai 14, 2011

Ziarah Kebajikan PMUKM ke Perak dan Kedah

 

Pada 4 hingga 5 Julai 2011, wakil PMUKM iaitu Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan PMUKM dan Pn. Ruslinah daripada Unit Kebajikan Pelajar JPPEL telah menziarahi dua orang pelajar UKM yang berada di sekitar Ipoh Perak dan Kuala Nerang Kedah.

Pelajar pertama yang bernama Mohd Zahran pelajar Fakulti Sains Teknologi Tahun 2 yang mengalami kemalangan jalan raya di Pekan Pahang baru-baru ini. Beliau mengalami patah dibahagian betis dan mengalami keretakan di bahagian pinggang. Rawatan yang diterima ialah pembedahan memasukkan besi. Sudah hampir sebulan beliau masih lagi terlantar di Ipoh Community Hospital Centre dan menunggu sihat sepenuhnya dan baru dibenarkan pulang.

Kedua, Umar Adli yang menghidapi penyakit Kanser kini sedang mengikuti rawatan berjadual kimoterapi di Hospital Besar Pulau Pinang. Keadaannya semakin bertambah baik. Sekarang, beliau tinggal di rumahnya Kuala Nerang Kedah. Beliau merupakan seorang yang tabah dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang insan. 

Ayuh rakan-rakan, marilah kita memberikan suntikan semangat dan kekuatan kepada Umar Adli untuk meneruskan kehidupannya seperti sediakala. Sedikit buah tangan dan sumbangan ikhlas telah dihulurkan bagi mengurangkan bebaban yang ditanggung oleh mereka berdua. Kami daripada barisan Kepimpinan PMUKM dan seluruh warga UKM mendoakan Zahran dan Umar Adli semakin bertambah baik dan mampu meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu Allah s.w.t

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI