Isnin, Julai 18, 2011

Masyarakat Prihatin Bersama OKU & Anak Yatim


HARI MASYARAKAT PRIHATIN yang telah berlangsung semalam, 17 Julai 2011 di Taman Tasik Cempaka berlangsung dengan sambutan masyarakat Bandar Baru Bangi dengan meriah. Program ini merupakan program Pra-Pesta Konvokesyen yang bakal diadakan pada 22 Julai - 27 Julai 2011 yang mana Saudara Ezzul sebagai Ketua Pengarah program ini. 


Bermula dengan senamrobik yang diselia oleh MPKj sebagai pembuka tirai disertai oleh masyarakat Bangi seramai 80 orang. Majlis perasmian oleh YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi berlangsung pada jam 10.30 pagi serentak dengan pertandingan mewarna  kanak-kanak yang disertai 100 orang kanak-kanak berumur 5 tahun - 10 tahun. Persembahan dari Persatuan Sindrom Down Malaysia berjaya mencuit hati para pengunjung. Urusetia program juga turut meraikan kanak-kanak istimewa SK Jalan Enam dan kanak-kanak down sindrom dengan sukaneka yang diadakan khas buat mereka. Pertandingan pertunjukan fesyen kanak-kanak memeriahkan suasana. Pada sebelah petang pula, explore race bersama anak-anak yatim Darul Izzah dan sukan rakyat berlangsung dengan meriah.


Respon positif daripada masyarakat yang hadir cukup memberansangkan. Objektif program ini iaitu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat dengan golongan OKU terlaksana. Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada semua yang terlibat.













MAHASISWA PENCETUS KEPRIHATINAN MASYARAKAT
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI