Ahad, Julai 03, 2011

Teks Ucapan Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Yang Berbahagia
Prof. Ir. Dr. Othman
Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal  Pelajar dan Alumni)
UKM

Yang Dihormati
En. Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM



Yang Berusaha
Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi
Presiden Persatuan Mahasiswa UKM

Saudari Siti Nur Hidayah Jaafar
Ketua Pengarah Program Majlis Pelancaran Logo, Laman Web Dan Watikah Perlantikan
Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM

Penasihat-Penasihat Pesta Konvokesyen Ke-39

Barisan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa UKM

Barisan Majlis Pengurusan Tertinggi Pesta Konvokesyen Ke-39

Wakil-wakil Media

Seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian,

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam dengan izinNya kita  dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis pelancaran logo, laman web dan penyampaian watikah secretariat sempena sambutan pesta konvokeseyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-39, tahun 2011. Selawat dan salam  ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa di atas segala limpah nikmat dan kurniaan-Nya yang  sehingga saat ini kita masih mampu  mengecapi pelbagai nikmat dan anugerah yang tidak terkira banyaknya. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa seharusnya mampu memberi berjuta input berharga dalam usaha mematangkan diri dan terus mendidik diri ke arah yang lebih baik.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian kalian semua untuk menghadirkan diri ke majlis penuh bermakna ini. Saya juga selaku pengarah eksekutif program dan mewakili barisan Majlis Tertinggi pesta konvokesyen kali ke-39 mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekretariat-sekretariat pesta konvokesyen yang telah menyumbangkan masa dan tenaga serta komitmen yang baik dalam menjayakan majlis perlantikan watikah kali ini. Saya yakin dan percaya, kerjasama semua eksekutif dan AJKD terhadap pesta konvo ke-39 melambangkan harapan dan sokongan kuat terhadap agenda perubahan yang lebih baik dalam teraju kepimpinan mahasiswa di UKM, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIR.

Bertemakan Apresiasi Melestari Kecemerlangan sebagai tema pesta konvokesyen kali ke-39 membawa makna  seorang mahasiswa yang hebat dan cemerlang bukan sahaja lahir daripada bilik-bilik atau dewan-dewan kuliah semata-mata, bahkan mereka juga lahir daripada lapangan kemasyarakatan. Segala ilmu yang diperolehi di dalam kampus haruslah diintergrasikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan pimpinan yang fleksibel dan kompetensi untuk kehidupan sejagat. Maka jelaslah tema pesta pada kali ini  merupakan pencerahan semula kepada maksud kecemerlangan graduan lantas ditonjolkan dalam bentuk penghargaan di atas kecemerlangan yang dikecapi sebagai seorang graduan yang kompetens dari segenap aspek. Ia sejajar dengan misi tema itu sendiri iaitu melatih dan melahirkan individu yang berketrampilan, fleksibel dan dinamis.

Berpaksikan 4 dasar pmukm iaitu kelestarian agenda kebajikan mahasiswa, kebebasan akademik dan kedinamikan intelektual, pembangunan insan dan kepimpinan berintegriti dan kkeadilan sosial dan permuafakatan sejagat. Maka terciptalah sebuah logo pesta konvokesyen yang merangkumi tujuh elemen utama.  Setiap satunya membawa simbolik tersendiri. Pertama, Warna merah, kuning dan biru mewakili warna utama UKM, bunga raya merupakan bunga kebangsaan bagi Malaysia dan melambangkan perjuangan Universiti dalam memajukan Malaysia, ketiga nombor 39 menunjukkan pesta konvo yang diadakan ini merupakan kali ke 39, ke empat Ikon topi dan orang yang memegang ijazah simbol kejayaan  mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajiannya di kampus, kelima daun dan batang melambangkan perpaduan pelbagai kaum hasil daripada pendidikan universiti dan keenam sijil pula adalah tanda apresiasi kepada graduasi yang telah berjaya dan yang terakhir adalah Apresiasi Melestari Kecemerlangan merupakan tema kali ini.

Pelancaran logo pesta konvo ke-39 ini adalah salah satu usaha yang berbentuk simbolik dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang berteraskan kepada agama sebagaiman yang dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pembangunan insaniah amat penting kerana merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Pembinaan warga muda terutamanya mahasiswa yang utuh keperibadiannya amat perlu dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Malik Bennabi, seorang tokoh sarjana islam ada mengatakan bahawa “segala-galanya bergantung kepada kedudukan generasi muda (mahasiswa). Jika lemah generasi muda ini, maka lemahlah masyarakat tetapi jika kuat generasi muda, maka kuatlah masyarakat yang dibina”.

          Program seperti ini juga sebenarnya dapat mengasuh minda ahli-ahli pesta konvo berfikiran kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang kami pelajari dan alhamdulillah kami mampu mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik dalam penciptaan logo mahupun laman web. Bagi melahirkan mahasiswa yang lebih kompetensi dan karismatis serta berakhlak mulia, mahasiswa siswi perlu diberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang berbentuk kemahiran mahupun ilmiah serta perlu diselitkan nilai-nilai murni yang berterusan  ke arah  penjanaan generasi yang berakhlak dan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan yang holistik serta berdaya saing dalam memenuhi pasaran kerjaya sama ada di dalam atau di luar negara.

Intisari-intisari program yang terdapat di dalam pesta konvo banyak mendedahkan ahli sekretariat ke bidang lapangan yang memerlukan kemahiran berkomunikasi untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Pertubuhan sesebuah organisasi yang dinamik dan sistematik dalam program sedemikian ini membuka peluang kepada ahli jawatankuasa pesta konvo mempelajari, meneroka dan mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi terutamanya dalam aspek pengurusan organisasi.

Selain itu juga, AJKD didedahkan dengan berbentuk kemahiran kendiri dalam pengurusan organisasi dan birokrasi pentadbiran UKM. Di antara program berbentuk softskill ialah bengkel komunikasi korporat yang disampaikan oleh cik Sarah Azizul, pengusaha Zaisara Enterprise dan bengkel pengurusan persembahan oleh pihak pusat kebudayaan UKM. Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak jabatan perkhidmatan pelajar dan jabatan pengurusan pelajar yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada ahli jawatankuasa dari bertatih hinggalah merangkak dalam memastikan pelaksanaan majlis pada pagi ini berjalan  lancar.

Saya yakin pesta konvokesyen ke-39 kali ini disambut dengan lebih meriah dan para pengunjung pasti terhibur dengan program-program menarik yang ditawarkan. Justeru, perlunya semua ahli jawatankuasa pesta sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan kemahiran (skills), ilmu pengetahuan (knowledge) dan sifat-sifat peribadi (attitude) yang tinggi dalam menjayakan matlamat sebuah organisasi kelas pertama di UKM. Kami berjanji dengan tanggungjawab amanah yang telah diberikan, kami akan sentiasa memberi komitmen dan dedikasi dalam gerak kerja supaya dapat membuahkan program pesta yang berkualiti sebagai imej mahasisiwa UKM.

Sesungguhnya, kecemerlangan prestasi sebuah organisasi adalah bergantung kepada agregat kecemerlangan prestasi individu-individu dalam berorganisasi. Maka, pentingnya kami untuk sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan pihak pentadbiran universitti sebagai batu asas sumber rujukan ahli jawatankuasa pesta konvokesyen ke-39. Seiring dengan pembawakan tema kali ini, saya juga berazam untuk menjadikan program-program pesta sebagai satu wadah menyalurkan ilmu yang bermanfaat kepada warga UKM dan masyarakat sekeliling di luar sana. Ianya bertujuan untuk mengekalkan status kampus UKM sebagai pusat intelektual. Saya berharap kepada sekretariat, jadikanlah pesta konvo ini sebagai medium menimba pengalaman yang luas, yang tidak dirasai oleh pelajar-pelajar lain. kita akan menjadikan pesta konvokesyen kali ke-39 sebagai kenangan bersama yang tidak dapat dilupakan hingga ke akhir hayat.

Justeru, pentingnya kerjasama  semua sekretariat dengan bantuan pihak pentadbir UKM untuk kita sama-sama berganding bahu menjayakan  pesto konvo ke-39 ini dengan sungguh gilang-gemilang. Marilah kita mengambil pedoman dari surah An-Nahlu yang bermaksud “lebah”. Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk diisi dengan telur-telur baru. Selepas berumur tiga hari, ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya, ia tetap komited dan istiqamah bekerja dengan penuh semangat dan bermotivasi tanpa sebarang ganjaran.

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas tersendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan-kawannya untuk bersama-sama menikmatinya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan  feromon (suatu hormon) yang dikeluarkannya untuk memberi isyarat penggera bahaya. Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar segera membantu dirinya yang sedang dalam kecemasan. Lebah pekerja tidak pernah melakukan kerosakan di pokok-pokok yang menjadi transitnya. Bahkan ia sentiasa membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh makhluk-makhluk lain dengan cara cepat dan tepat. Lebah yang berstatus tentera pula akan sedaya upaya mempertahankan sarangnya, biarpun nyawanya dipertaruhkan.

Ternyata tidak sia-sia Allah SWT mengabadikan serangga sekecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah dalam kitab suciNya iaitu An-Nahlu. Dan  kita adalah sebaik-baik makhluk manusia yang Allah ciptakan lebih mulia dari seekor lebah. Oleh itu, marilah kita sama-sama menterjemahkan rasa kesyukuran itu dengan membudayakan kecemerlangan bukan sahaja di dalam akdemik tapi juga dalam organisasi pesta konvokesyen demi menjaga nama baik UKM di persada kebangsaan, seterusnya mengungguli kegemilangan. Sama-samalah kita mencipta masa depan yang lebih gemilang demi masa depan mahasiswa siswi varisiti kita.

Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Sekian, terima kasih.


APRESIASI MELESTARI KECEMERLANGAN

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI