Isnin, Julai 04, 2011

Mahasiswa UKM Berpencak di SEM ASIA 2011

Shell Eco-Marathon (SEM) Asia 2011 adalah pertandingan anjuran Shell berobjektif menghasilkan kereta  yang menggunakan tenaga hijau (kurang bahan buangan kereta) yg menggunakan tenaga yg paling kurang.  Buat pengetahuan rakan-rakan mahasiswa, UKM telah menghantar dua buah kumpulan di bawah Kelab Automotif, Pusat Penyelidikan Automotif, UKM.

Team UKM: Jenis kereta: Prototype (tiga roda)
1)      UKM-CAR2 - KencanaGen2 (hydrogen-fuel cell powered car)
2)      UKM-CAR3 – Tuah (solar powered car)

Penglibatan:
Team Kencanagen2 – 28 orang mahasiswa tahun 2 dan 3 fkab
Team Tuah – 21 orang mahasiswa tahun 2 dan 3 fkab
Tarikh pertandingan: 6-9 Julai 2011
Tempat: Sepang International Circuit (North track)

Penyertaan dibuka 30 September 2010, pasukan dibentuk dan mereka mula bekerja pada 4 November 2010. Pendaftaran fasa pertama dilakukan setelah cukup ahli dalam pasukan. Pada cuti pertengahan semester lepas iaitu pada 22/11/10 hingga 16/12/10 ahli-ahli pasukan yang terlibat telah berkampung di UKM untuk melakukan persiapan seperti mencari bahan-bahan dan keperluan untuk menghasilkan kereta. Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menghantar laporan teknikal kepada pihak Shell untuk pendaftaran fasa kedua. Setelah semester di buka, perjumpaan secara berkala telah diadakan. Pada cuti kali ini pula, mereka berkampung bermula 3/5/11. Fabrikasi badan kereta dilakukan di sebuah kilang  iaitu Dk Composite di Melaka. Sebahagian ahli berada di Melaka untuk melakukan fabrikasi badan manakala sebahagian lagi berada di Kampus UKM untuk mencantum dan menguji sistem kereta yang akan dipasang pada badan kereta.

Pada 24 Mei 2011, satu pameran kereta-kereta yang akan bertanding dalam SEM ASIA 2011 dari Malaysia (SEM ASIA Showcase of Malaysian Team) telah diadakan. Kumpulan mahasiswa UKM telah mempamerkan reka bentuk mereka melalui poster dan banting.



Selepas pameran, ahli-ahli lebih tertumpu dalam melengkapkan sistem kereta untuk disiapkan bagi pertandingan. Hasilnya, badan kereta telah dibawa pulang ke UKM dari kilang pada 28 dan 29 Jun 2011. Menunggu beberapa hari lagi untuk menempuhi pertandingan, ahli-ahli sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja pemasangan sistem pada badan kereta. Para pensyarah turut turun membantu dan memberi tunjuk ajar kepada mereka malah dekan fakulti turun memantau kereta yang hampir lengkap siap.

Shell juga menawarkan anugerah di luar litar iaitu anugerah komunikasi, innovasi teknikal, reka bentuk dan keselamatan. Anugerah-anugerah ini dinilai berdasarkan jawapan bagi soalan yg diberi oleh shell dan applikasinya. Selain itu, shell juga menawarkan anugerah pasukan pilihan orang ramai (People’s Choice Award).  Untuk memenangi anugerah itu pasukan perlu mendapatkan undian tertinggi bagi pasukan masing-masing di http://ecomarathon.shell.com/2011/vote.php. Team UKM-CAR2 adalah racing #205 manakala UKM-CAR3 adalah racing #407. Mahasiswa UKM digalakkan untuk mengundi team UKM bagi membolehkan pasukan UKM memenangi anugerah tersebut. Undian boleh dibuat sehingga jam 2.00 petang pada 9 Julai 2011.


Pihak PMUKM mengucapkan selamat maju jaya buat kedua-dua team UKM ini. PMUKM menyeru rakan-rakan mahasiswa lain memberikan sokongan padu kepada mereka yang kini sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk berpencak 6 Julai nanti. Tahniah kerana anda mengharumkan nama varsiti kita!

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI.