Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM  ke-39 baru sahaja melangsungkan Majlis Pelancaran Logo, laman web dan  penyampaian watikahnya bermula hampir jam 10 pagi tadi. Majlis ini  diadakan di bawah anjuran Sekretariat Perhubungan Awam Pesta Konvokesyen  yang diketuai oleh Saudari Nurul Hidayah. Alhamdulillah majlis yang  dirasmikan oleh TNC HEPA, Prof Ir. Dr. Othman A.Karim berjalan dengan  lancar. Turut hadir yang VIP yang turun padang, yang dapat meluangkan  masa bersama-sama ke majlis tersebut ialah En.Musa, beberapa orang  penasihat Pesta, barisan kepimpinan PMUKM dan Sidang Redaksi UKM.
 | 
Barisan Kepimpinan Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-39 
 | 
Majlis bermula dengan  nyanyian lagu Negaraku  dan Varsiti Kita. Kemudiannya majlis diteruskan  dengan bacaan doa oleh Pengurus Tadbir Pesta, iaitu Ahmad Shukran  Shaharuddin. Logo Pesta kali ini yang ceria bukan hanya menarik untuk  dipandang, tetapi mempunyai seribu makna tersurat dan tersirat. Saudara  Mohd Faizal, sebagai Pengarah Eksekutif sempat menyatakan maksud logo  didalam ucapannya pagi tadi. Pesta Konvokesyen kali ini yang bertemakan "Apresiasi Melestari Kecemerlangan",  ahli Sekretariat Pesta Konvokesyen benar-benar optimis dan akan  berkerja keras untuk merealisasikan visi dan misi Pesta Konvokesyen  selari dengan temanya dan selaras dengan pembawakan PMUKM pada kali ini.
  | 
| Logo Pesta Konvokesyen UKM ke-39 | 
Majlis kemudiannya  diteruskan dengan ucapan Perasmi iaitu Timbalan Naib Canselor (HEPA) UKM  dan gimik perasmian. Gimik perasmian yang berlangsung tadi sangat  menarik hati semua hadirin. Bermula dengan persembahan silat,  kemudiannya penyerahan keris kepada perasmi. Kemudiannya perasmi  mendapatkan pedang untuk memotong kek Pesta Konvo. Kek seberat 5kg telah  dipotong bersama-sama dengan VIP yang hadir menandakan Pesta  Konvokesyen kali ke-39 telah rasminya dilancarkan.
Majlis berakhir hampir jam 12  tengahari selepas jamuan makan tengahari. Jutaan tahniah diucapkan  kepada penganjur dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang  turut hadir memeriahkan lagi majlis tadi. Moga-moga segala gerak kerja  dan program-program yang bakal diadakan akan berjalan lancar dan  dipermudahkan Allah hendaknya.
Untuk pengetahuan semua, esok (3 Julai) akan diadakan Mass Marketting  disekitar Bandar Baru Bangi. Semua ahli sekretariat Pesta Konvo akan  turun sekitar Bangi untuk mengumpul barang-barang terpakai seperti  kertas, kaca, botol dan alat-alat elektrik yang telah rosak. Jadi  diharapkan semua yang membaca dan mengikuti perkembangan Sekretariat  Pesta Konvokesyen dapat sama-sama membantu menjayakan dan mewar-warkan  berita ini  kepada orang ramai.
  | 
| Pengarah Eksekutif, Sdra. Mohd Faizal | 
  | 
| VIP jemputan | 
  | 
| Ucapan Pengarah Eksekutif | 
  | 
| Ucapan Perasmi, TNC HEPA | 
  | 
| Upacara Gimik; Silat | 
  | 
| Upacara Gimik; Pencarian Pedang | 
  | 
| Upacara Gimik; Potong Kek | 
*Sumber gambar: 
FB Mohd Shafiq. Credit to Sidang Redaksi.
Posted in: