Khamis, Julai 21, 2011

[MPP Siswazah] Laporan Lawatan MPP Siswazah ke Urusetia Pengajian Siswazah FPI

Pada 13 Julai (Rabu) yang lepas, MPP Siswazah telah mengadakan pertemuan dengan pihak pentadbiran Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM sempena lawatan ramah mesra MPP Siswazah ke seluruh fakulti di UKM. Pihak MPP Siswazah diwakili oleh Saudara Arif Misrol, Saudara Abdul Musyrif serta Saudari Noriah manakala pihak pentadbiran FPI diwakili oleh Pengarah Program Siswazah, Prof Madya Dr. Zainab, Penolong Pendaftar FPI, Puan Raznita Dato’ Abdul Razak serta 2 orang Pembantu Tadbir, Puan Rohimah Borhan dan Cik Sharifah




Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan agenda kebajikan pelajar-pelajar siswazah FPI. Di antara isu-isu yang telah dibangkitkan adalah isu penetapan tarikh viva yang agak lambat, peluang memperolehi geran penyelidikan dan biasiswa, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di FPI, serta cadangan pemansuhan viva bagi program “Sarjana Kerja Kursus Dan Disertasi”.

Pihak fakulti menyatakan bahawa tarikh viva tersebut adalah sangat bergantung kepada kelapangan waktu pensyarah-pensyarah (pemeriksa dalam dan luar) yang terlibat dengan viva seseorang pelajar tersebut. Berkenaan dengan geran penyelidikan dan biasiswa, ianya sebenarnya ditawarkan oleh pihak CRIM bagi pelajar-pelajar yang menjalankan pengajian Phd dan Sarjana secara penyelidikan sahaja. Akan tetapipelajar Sarjana secara Kerja Kursus Dan Disertasi juga berpeluang memperolehi ‘claim’ sebanyak maksima RM 1000 yang di sediakan oleh pihak PPS. Mengenai peluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi di FPI bukan berlatar belakangkan Pengajian Islam (seperti sains dan sastera), mereka menyatakan bahawa FPI akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak PPS dan Senat. Selain tu, permasalahan berkenaan cadangan pemansuhan viva bagi program Kerja Kursus Dan Disertasi, pihak FPI menyatakan bahawa pengenalan viva untuk pelajar sarjana (tesis) telah dibuat semenjak tahun 1990 atas garis panduan yang telah ditetapkan oleh PPS Pusat bertujuan bagi meningkatkan kualiti pelajar lepasan Sarjana FPI UKM. Hujah yang sama diberikan oleh  Prof Madya Dr. Zainab.

Selain itu, hal ehwal berkaitan pembangunan pelajar siswazah juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat ini diantaranya mengenai perlaksanaan program pengantarabangsaan pelajar dan kursus-kursus skill penulisan Tesis dan Disertasi. Prof.Madya Dr. Zainab juga turut menasihatkan pelajar agar:

1. Memperkasa siri-siri seminar, sama ada dianjurkan oleh fakulti atau persatuan siswazah fakulti;
2. Berusaha meningkatkan skill penulisan bagi menghasilkan kertas penulisan yang berkualiti. seperti aplikasi perisian SPSS dan Nvivo;
3. Menghasilkan penulisan jurnal berkualiti, terutama dalam jurnal berimpak tinggi seperti ISI dan Scopus. 



Pertemuan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada  Prof Madya Dr. Zainab oleh Saudari Noriah


Sdra Musyrif berkata, "Selepas pertemuan dengan semua urusetia-urusetia pengajian siswazah fakulti, kita bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan siswazah fakulti dan antarabangsa pula. Kita harap perkara ini boleh diselesaikan sebelum Hari Raya akan datang ini".


Pihak MPP Siswazah mengalu-alukan sebarang penambahbaikan berkaitan perjalanan MPP Siswazah UKM yang memberikan manfaat kepada semua pihak.


Akan datang: Lawatan MPP Siswazah UKM ke Urusetia Pengajian Siswazah FSSK!!!

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”