Khamis, Julai 14, 2011

ADUAN PENCEROBOHAN BLOK SISWI

Isu keselamatan mahasiswa/I UKM merupakan isu yang perlu dipandang serius. Dipaparan Facebook PMUKM, wujudnya dakwaan berkaitan pencerobohan “warga asing” kedalam blok kediaman siswa. Ini suatu isu yang serius memandangkan ini perkara yang melibatkan soal keselamatan warga kampus.

Soal keselamatan adalah perkara pokok dalam mana-mana perkara sekalipun apatah lagi dalam kampus yang dijadikan tempat belajar. Sudah pasti kebimbangan akan wujud sekiranya penghuni dalam kampus tersebut terasa keadaan tidak selamat. Maka tidak hairanlah sekiranya luahan kebimbangan tersebut disuarakan di facebook PMUKM. Menjadi tugas dan tanggungjawab PMUKM yang selaku persatuan yang mendokong kebajikan semua pelajar untuk memandang berat dan memanjangkan perkara ini kepada pihak berwajib.

Ekoran itu, pagi tadi, Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff, Timbalan Presiden PMUKM telah menghantar laporan secara rasmi kepada Pegawai Keselamatan UKM di Wisma Aman.

“saya telah hantarnya kepada pegawai dan pegawai tersebut menasihatkan semua warga UKM supaya waspada dan berhati-hati. Dan sekiranya terdapat sebarang masalah boleh hubungi talian 24 jam pegawai keselamata di nombor 03 89214666/444 ( Pejabat Keselamatan ) atau di talian 0389215074 ( Pondok Utama Pegawai Keselamatan )”
Ujar beliau lagi, “Saya juga sempat berbincang dan bertanyakan pandangan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM berkaitan hal keselamatan siswa/i ini. Beliau,( Dato Hassan Basri ) ada mengutarakan satu idea yang menarik yang saya rasa boleh dipertimbangkan oleh PMUKM, iaitu projek “low cost CCTV”. Dengan kemudahan internet yang canggih sekarang dan ilmu tentang teknologi yang pesat sekarang mungkin ramai mahasiswa dapat mencipta satu alat yang lebih murah yang boleh menggantikan CCTV. Setidak-tidaknya mahasiswa/i dapat mengembangkan potensi disamping membantu warga kampus lain.”

PMUKM juga telah mendapat respon dari Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis ( AKSIS ) Saudari Nur Hidayu Binti Rusli berkaitan keselamtan siswi.

 “ kami ( Aksis ) menasihatkan semua siswi yang masih tinggal di kolej kediaman supaya berhati-hati dan waspada. Memandangkan sekarang musim cuti keadaan agak lengang, jadi ini juga merupakan faktor berlakunya pencerobohan ke blok siswa. Siswi juga turut disarankan supaya membuat kunci pendua. Ini langkah berjaga2” Hidayu Rusli, Pengerusi AKSIS UKM.

Manakala Saudari Muslimah binti Marsi, selaku Naib Presiden II PMUKM, turutt memberi respon supaya mahasiswa/i tidak cepat panik.
“ saya berharap agar semua siswi UKM bertenang, insyaallah pihak keselamatan akan berusha menjaga keselamatan warga universiti sebaiknya. Kita cukup yakin bahawa pihak keselamatan mempunyai keupayaan menagani isi keselamatan dengan baik”
“Insyaallah selaku yang memegang portfolio hal ehwal siswi, kita akan terus memberi kesedaran tentang keselamatan kepada semua siswi kampus. Saya akan cuba berbincang dengan Saudara Muzzammil selaku presiden untuk perkara ini” tambahnya lagi.
PMUKM mengucapkan terima kasih kepada pegawai keselamatan yang sudi bersemuka untuk menerima surat aduan dan terima kasih juga kepada seluruh warga kampus kerana mempercayai kepimpinan PMUKM sesi ini. Kami suara assertif mahasiswa dan pentadbiran.

“Bersama mahasiswa merealisasikan varsiti”