PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Mei 31, 2012

UKM ke-31 World University Rankings



TUANKU MUHRIZ (tiga dari kanan) melihat demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan oleh pelajar selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 keseluruhan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya.

Isnin, Mei 28, 2012

Cadangan Himpunan Jutaan Belia Terus Diadakan Dikemuka Ke Kabinet


PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar penganjuran Himpunan Jutaan Belia diteruskan di sini tahun depan, bagi menyerlahkan kesepakatan golongan muda melaksanakan aktiviti kreativiti mereka.

Jumaat, Mei 25, 2012

PMUKM Komited Isu Keselamatan



Kajang, 24 Mei - 61 kes direkodkan sepanjang bulan Januari sehingga 21 Mei 2012. Pelbagai kes yang dilaporkan berdaftar di wisma aman antaranya kecurian, pergaduhan, kemalangan dan sebagainya. 

Dalam pada itu, Wisma Aman UKM turut menganggarkan bahawa tenaga kerja seorang pengawal atau pegawai keselamatan di UKM sebenarnya menyamai hampir 250 mahasiswa di UKM.  Selain itu, perjumpaan ini bertujuan menuntut persefahaman serta kerjasama antara PMUKM dengan pihak keselamatan.

Pihak keselamatan telah berusaha serta meningkatkan tahap keselamatan di setiap pintu masuk UKM. Susulan daripada itu, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap pemantauan serta kekerapan yang tinggi dalam memastikan tahap keselamatan terus terjaga.

Selasa, Mei 22, 2012

PMUKM : Kumpul Resolusi Bersama Mahasiswa


Bangi, 21 Mei – Semalam satu pertemuan bersama wakil persatuan serta badan kebajikan pelajar di kolej diadakan bagi membincangkan isu keselamatan di UKM. Pertemuan ini di pengerusikan oleh Setiausaha agong PMUKM, saudara ezuan saad. Beberapa keluhan serta penyampaian maklumat mengenai yang terperinci telah disampaikan oleh beberapa wakil, terutama daripada wakil Kolej Antarabangsa Ibu Zain, saudari Nor Izati Fadzil.

Dalam pada itu, pertemuan ini diadakan bertujuan mendapatkan respon serta cadangan ke arah mengatasi masalah keselamatan di UKM. Kaedah perbincangan serta lontaran pandangan daripada wakil-wakil pelajar ini sangat bernas serta menepati ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri mereka.

Isnin, Mei 21, 2012

Negara-negara Asia Perlu Kongsi Maklumat Perubahan Iklim


Negara-negara Asia Perlu Kongsi Maklumat Perubahan Iklim



Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Gambar oleh Shahiddan Saidi


BANGI, 14 Mei 2012 - Negara-negara Asia harus bekerjasama berkongsi maklumat bagi menangani masalah bencana alam yang berkaitan dengan perubahan iklim, kata seorang pakar iklim antarabangsa dari Universiti Cambridge.

Profesor Julian Hunt memberitahu suatu forum perubahan iklim dan malapetaka alam di sini hari ini bahawa tahap pembangunan negara-negara Asia jelas menunjukkan banyak pihak kurang mampu untuk menghadapi bencana alam secara bersendirian.

Prof Hunt, yang juga felo Pusat Kajian Komanwel Malaysia, berkata berkongsi maklumat mengenai cuaca dan arus samudera merupakan dua cara yang dapat membantu kebanyakan negara.

Bagaimanapun, kata beliau, usaha demikian tidak mencukupi sekarang sepertimana yang disaksikan ketika bencana Tsunami pada Disember 2004 yang telah mengakibatkan kematian sehingga 30,000 orang di kawasan Asia Tenggara dan India.

Beliau berkata sesuatu negara yang maju patut membantu jiran yang kurang mampu jika ribut taufan atau ombak besar dapat dikesan awal.

Prof Hunt telah memberi pandangannya dalam sebuah forum di UKM di sini yang dianjurkan Institut Kajian Bencana Alam UKM ( SEADPRI-UKM).

Jumaat, Mei 18, 2012

Nostalgia Ulangtahun ke-42 UKM

Ada suatu yang menggamit hati ini untuk kembali menitip di blog rasmi PMUKM. Khususnya buat hari Ulangtahun ke-42 tahun UKM ditubuhkan, maka diri ini terpanggil untuk menulis walaupun tidak seberapa.

Ramai yang bertanyakan kepada saya berkenaan perjalanan PMUKM pada penggal ini. 'Kelihatan sudah kehabisan tenaga kepimpinan PMUKM kali ini' komen sebilangan rakan-rakan terdekat saya.

Ada benar, dan ada yang tidak benar premis tersebut.

MPP GMUKM bersedia menangi PMUKM sekali lagi ?

Acapkali jika ditanya kepada front Gabungan Mahasiswa UKM atau sinonim di kalangan mahasiswa UKM dengan nama GMUKM, maka sudah pasti dengan yakinnya kalimat 'Kita sedia menangi PMUKM sekali lagi!' . Ironinya, sejauhmana kemenangan dan kejayaan GMUKM dirasai seluruh warga UKM.

Secara sinisnya, tiada apa yang mampu dilakukan oleh mana-mana MPP dengan DAN tanpa campur tangan pihak atasan. Pengalaman hampir sepenggal saya menjadi MPP membenarkan. Sekiranya kita selaku MPP tidak menjalinkan hubungan baik dengan kakitangan pentadbiran, maka sedikit sebanyak urusan PMUKM agak tergendala.

Rabu, Mei 16, 2012

PMUKM : Gempar Isu Keselamatan UKM



Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi kini digemparkan dengan berita kehilangan beberapa buah komputer riba mahasiswa UKM di Kolej Kediaman, Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH). Isu ini kian meruncing setelah beberapa siri aduan yang dikemukakan mahasiswa UKM kepada pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

PMUKM telah membawa isu keselamatan ini kepada peringkat atasan malah mereka turut maklum akan hal ini. Makluman awal yang diterima daripada peringkat pentadbiran adalah dengan memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk UKM. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, PMUKM mencadangkan agar mahasiswa UKM prihatin terhadap isu ini. Isu keselamatan ini memerlukan perhatian setiap mahasiswa. Kemungkinan besar perkara ini tidak terjadi pada sebilangan orang, namun dengan perhatian yang diberikan mampu menyalurkan maklumat yang sangat berharga. 

PMUKM turut berharap agar mahasiswa UKM memastikan keselamatan bilik terjaga dengan mengunci bilik dengan rapi. Meskipun hanya keluar menuju ke bilik air yang jarak hanya selang beberapa bilik. Kedua, sila laporkan kepada felo kolej kediaman serta kepada Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I  (JAKSA) kolej kediaman, sekiranya melihat sebarang tindak tanduk individu yang mencurigakan.

Khamis, Mei 10, 2012

Kenyataan Media Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)


Isu keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian khususnya di arena politik tanah air mendapat liputan yang sangat meluas, khususnya selepas isu penahanan 4 orang pelajar UKM ketika kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangar sebelum ini. Perbicaraan terhadap keempat – empat pelajar tersebut menyaksikan mereka memenangi kes di mahkamah, kerana berjaya mewujudkan keraguan terhadapa Perkara 15 AUKU, dengan Perlembagaan Malaysia.

Kesinambungan daripada isu tersebut, mahasiswa mula menunjukkan kebangkitan untuk menuntut hak mereka, apabila mereka secara lansung dapat menyaksikan bahawa selama ini hak mereka dinafikan oleh suatu klausa di dalam AUKU, yang menyaksiakan percanggahan antara AUKU dengan Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pada bulan Mac sehingga April yang lalu, perbahasan panjang mengenai perkara ini diparlimen telah berlansung, yang menyaksikan akhirnya AUKU telah dipinda, dan halangan kepada mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik kepartian, akhirnya berjaya dipinda. Perenggan 15 (2)(c) telah digugurkan yang mana sebelum ini melarang untuk mana – mana pelajar daripada bertanding bagi atau memegang apa – apa jawatan dalam mana – mana persatuan, pertubuhan, badan , atau kumpulan pelajar di dalam kampus, sekiranya memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah parti politik.

PMUKM Perjelas Isu SPI



Kebolehpasaran mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan agenda utama pihak pentadbiran yang dapat dicapai melalui pembentukan kemahiran insaniah, di samping pencapaian akademik yang cemerlang.

Pentadbiran UKM telah merangka dan melaksana sistem-sistem yang bertujuan untuk membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa/i UKM. Bermula dengan Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) sebagai nilai tambah bagi sistem kokurikulum sedia ada di bawah kendalian Pusat Perkembangan Pelajar (PPP). 

Pelaksanaan sistem kokurikulum HHHX bermodelkan SPKG sebagai ganti kepada sistem SPKG yang dilihat tidak memenuhi kehendak mahasiswa/i UKM. Keadaan mahasiswa/i UKM yang dinamik memerlukan pihak pentadbiran untuk lebih bekerja keras bagi merangka sistem baru. 

Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP) telah diwujudkan bagi menggantikan PPP. PAP telah diberi kepercayaan oleh pentadbiran UKM bagi merangka dan melaksana satu lagi sistem pembentukan kemahiran insaniah. Awal 2011 telah menyaksikan wujudnya sistem kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran, HHHC 9118 Kemahiran Insaniah (LC) sebagai ganti kepada sistem HHHX.

Rabu, Mei 09, 2012

Usaha UKM Membiak Kelip-Kelip

Oleh Norafandi Muhamad Zazli, Pelajar Latihan Industri UKM
Foto Abdul Razak Hussin


 





KUALA SELANGOR, 4 Mei 2012 – Berbagai aktiviti telah diusahakan UKM di sini untuk memulihara dan menentukan kelip-kelip yang berada di sini akan terus membiak.

Salah satu programnya adalah dengan syarikat Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR) untuk membiakkan kelip-kelip itu melalui program menanam pokok berembang di sini.

Projek ‘Penanaman Berembang Untuk Konservasi Kelip-Kelip Bersama Komuniti’ telah dilancarkan di sini Ahad lepas oleh Prof Dr Mohamad Deraman dari Fakulti Sains dan Teknologi mewakili Naib Canselor UKM yang berharap penduduk kampung turut memainkan peranan menjaga kebersihan sungai agar ekosistem di situ tidak tercemar.

Beberapa aktiviti lain telah juga dijalankan di bawah projek itu termasuk mewujudkan Skuad Kelip-kelip untuk mengadakan dialog dengan penduduk kampung mengenai pemuliharaan kelip-kelip.

UKM : Program ASASIpintar UKM



Tarikh: 7 Mei 2012
UNTUK HEBAHAN SEGERA

STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN

KEMASUKAN KE PROGRAM ASASIpintar UKM

BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2012/2013

Isnin, Mei 07, 2012

Pendaftaran Semester 3 Sesi 2011/2012 Bermula Hari Ini

Buat makluman mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pendaftaran semester 3 bagi sesi pengajian 2011/2012 untuk pra-siswazah telah pun bermula. Sehubungan dengan itu, kepada mahasiswa/i yang merancang untuk mendaftar kursus untuk semester pendek ini boleh terus ke capaian SMPWEB.


 Dengan itu, terdapat beberapa penekanan yang diberikan oleh pentadbiran khususnya melibatkan penggunaan NPP. Mahasiswa dinasihatkan untuk tidak mendedahkan NPP ini kepada sesiapa, bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Turut disertakan capaian mengenai butiran semester pendek ini di pekeliling pentadbiran. Sebarang masalah yang berkaitan atau pun komen, kritikan mahupun cadangan boleh diajukan terus di emel : pmukm1011@gmail.com atau di Fb : PMUKM 2010/2011 (MPP UKM). 

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti.

Rabu, Mei 02, 2012


CESMED Wadah Membina Minda Usahawan   


         Usahawan pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kemampuan untuk mencipta peluang pekerjaan kepada individu lain dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan masalah pengangguran negara adalah satu kejayaan yang tidak dapat disangkal.

            Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan tinggi, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)  memberikan sokongan penuh kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED) Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Mohd Fauzi Jani untuk membudayakan minda usahawan dalam kalangan mahasiswa melalui program-program yang dijalankan.

         Antara program keusahawanan yang telah dianjurkan oleh PMUKM adalah Program Pembangunan Keusahawanan dan Kerjaya 2011,dimana program anjuran Biro Keusahawanan dan Kerjaya ini dibuat melalui perbincangan bersama dengan pihak CESMED sendiri. Perbincangan bersama Encik Padlee Akirul selaku Pengurus Pembangunan EKS dan Inkubasi Niaga CESMED menunjukkan kesungguhan pihak PMUKM untuk memperkasakan keusahawanan di UKM. Hal ini dapat dibuktikan melalui berjayanya objektif program untuk menanam minda usahawan dalam kalangan para peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti.

            Selain itu, program-program yang dianjurkan oleh CESMED seperti Lab Minda Usahawan, Kursus Asas Keusahawanan, ‘Business Plan Competition 2011’ dan lain-lain program sebenarnya lebih membuka minda mahasiswa tentang peluang yang ada bagi mereka menceburkan diri dalam bidang usahawan.

            Akhir kata, kami di pihak PMUKM menyokong segala program yang dijalankan oleh CESMED yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Mohd Fauzi Jani untuk meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Semoga CESMED terus maju untuk memberi kesedaran terhadap mahasiswa tentang kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara.

“ Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti ”

Nurazidah Binti Mashan
Bendahari Kehormat dan Pengerusi Biro Keusahawanan dan Kerjaya
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2010/2011