Rabu, Ogos 18, 2010

MPP Syafiq Selamat Pulang Ke Malaysia

Setibanya anggota konvoi di bahagian ketibaan KLIA

Sepang- Kira-kira jam 7.30mlm, Mohd Syafiq Abd Aziz, MPP Umum selamat pulang ke Malaysia bersama anggota konvoi yang menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Beliau dan anggota konvoi disambut oleh ahli keluarga dan wartawan media yang telah menunggu sejak awal lagi.

Sebaik sahaja bertemu dengan wakil MPP dan mahasiswa/i UKM, beliau menyatakan rasa sedihnya kerana mendapat berita kawan yang banyak membantunya di Palestin telah kembali ke rahmatullah akibat bedilan tentera Israel.

"Saya bersyukur kerana urusan konvoi kami dipermudahkan walaupun terpaksa melalui sangat-sangat yang sukar. Banyak peristiwa yang menyentuh perasaan sepanjang berada di sana. Penderitaan umat Palestin tidak berpenghujung, setiap hari mereka diancam dan terpaksa berdepan dengan keganasan rejim Israel", katanya lagi.

Syafiq juga berkata, misi bantuan susulan akan dilakukan oleh MAPIM pada masa akan datang sebagai kesinambungan usaha membantu meringankan beban umat Palestin.

Syafiq bersama Mohd Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi), Setiausaha MAPIM