Selasa, Ogos 10, 2010

Laluan Berbumbung : Harapan Warga PPUKM


KL,10 Ogos - Dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) ke Menara Tun Razak menggenggam sebuah harapan mahasiswa Fakulti Perubatan akan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung dari asrama luar mahasiswa (Laman Midah dan Prisma) ke PPUKM (Pusat Perubatan UKM).

Walaupun perjuangan manifesto ini amat mencabar kerana karenah birokrasi, ianya tetap diteruskan dalam usaha menjaga kebajikan mahasiswa/i Fakulti Perubatan dan juga kakitangan UKM yang tinggal di luar kawasan PPUKM.

Bermula dari semester lepas, gerak kerja telah bermula dengan Fasa 1 mengambil kira suara dan aduan daripada mahasiswa betapa pentingnya proposal laluan pejalan kaki berbumbung ini dibina.

Masalah PALING UTAMA yang dikenal pasti ialah :

Hujan - mahasiswa mahupun staff UKM yang berjalan kaki mengadu basah dan amat sukar untuk berulang alik dari PPUKM apabila hujan.
Gelap - laluan ini dikenalpasti tiada sumber pencahayaan lampu pada waktu malam dan amat bahaya pada waktu tengah malam bagi mereka yang "on call".

Fasa 2 dalam peringkat percubaan demi memaknakan suara mahasiswa.
"Bersama Mahasiswa Memimpin Kecemerlangan!"

CONTOH PELAN LALUAN BERBUMBUNG

sebelum pemasangan

setelah pemasangan

siap! laluan berbumbung berlampu!

Sokongan dan doa daripada semua sahabat terutamanya dari Fakulti Perubatan dan Kejururawatan amatlah diharapkan. Kertas kerja dan pelan tindakan akan menyusul selepas ini buat rujukan dan tatapan mahasiswa.