SUMBER : GMUKM-KKL
Mencuri sedikit masa siswa/i tahun 1, iaitu dari jam 4.45 petang sehingga 5.15 petang pada hari Jumaat, 13 Ogos 2010, MPP FSKB, saudari Ili binti Mohd Tarmizi bersama-sama dengan saudari Mariah Zakaria, MPP FFAR, telah bergerak membuat tinjauan pendapat dan pandangan siswa/i tahun1 berkenaan subjek HX. Ini berikutan aduan-aduan yang diterima agak banyak. Borang-borang tinjauan berkenaan subjek ini diedarkan kepada setiap siswa/i dan dalam masa yang sama saudari Ili juga mengambil kesempatan ini memberi penerangan cara-cara untuk membuat aduan di Sistem Maklum Balas dan Aduan Dalaman Pelajar di http://smp.ukm.my/sadp/ . Sesi kali ini difokuskan kepada siswa/i FSKB. Tindakan lanjut di Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan akan dilaksanakan sendiri oleh MPP Fakulti Tersebut. Selepas membuat penganalisaan terhadap borang-borang ini, maklumat ini akan disuarakan kepada pihak atasan. Ikuti perkembangan lanjut MPP Mahasiswa dalam memperjuang kebajikan anda sehingga suara anda didengari.

Suara Anda Suara Kami
Seorang siswi berani tampil ke depan bertanyakan soalan |
Siswa/i sedang tekun mendengar Saudari Ili sedang memberi penjelasan cara-cara membuat sistem aduan dalaman |