MPP Mahasiswa mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan al-Mubarak yang kini sudi menghadirkan diri buat umat Islam seantero. Menjengah SMS-SMS yang bertalu-talu sampai, membuat diri bermonolog sementara. Bermuhasabah dan bersyukur, masih ramai yang menghargai ketibaan Ramadhan. Sebagai perkongsian antara SMS yang tiba ;
" Sy Ramadhan ingin mgjugi kamu, pnrima msj ni.Sy ingin btamu slma 30hr dgn kamu, wlau d mna anda b'ada. Sy dtg bsma is3 sy,iaitu Rezeki dgn ank2 iaitu Rahmat, Berkat & Magfirah. Kami akn plg pd hr ke-30,dgn Eid Airlines.Hrp kamu dpt raikan kmi skluarga."
(Saya RAMADHAN ingin mengunjungi kamu, penerima mesej ini. Saya ingin bertamu selama 30 hari dengan anda, walau di mana saja kamu berada. Saya datang bersama isteri saya, iaitu REZEKI dan anak-anak iaitu RAHMAT, BERKAT & MAGHFIRAH. Kami akan pulang pada hari ke-30, dengan EID AIRLINES. Harap kamu dapat raikan kami sekeluarga.)
Merujuk Wikipedia, Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.
Justeru, MPP Mahasiswa menyeru kepada semua mahasiswa UKM khususnya dan umat Islam seantero umumnya supaya menjadikan bulan Ramadan ini sebagai masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H