12 Ogos - Dari PPUKM ke IJN (Institut Jantung Negara), 2 orang MPP Mahasiswa, saudari Alia Suzana (MPP Umum) dan saudari Farih Najihah (MPP Fakulti Perubatan) meluangkan masa menziarahi mahasiswi Fakulti Perubatan Tahun 3, saudari Wong Yi Lian.
Difahamkan bahawa saudari Yi Lian telah didiagnos Atrioventricular Nodal Re-entract Tachycardia (AVNRT) dan menjalani jenis pembedahan Atrial Fibrillation with Radifrequency Ablation (RFA) yang menelan belanja hampir RM25, 000.
MPP Mahasiswa berusaha sedaya upaya untuk sama-sama membantu bagi meringankan beban kos perubatan mahal yang terpaksa ditanggung oleh pesakit. Sebelum ini, MPP Alia telah membawa isu ini ke peringkat atasan dan alhamdulillah, isu ini mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.
Turut sama hadir melawat saudari Yi Lian ialah saudara Zaim, MPP Fakulti
Pengajian Islam bersama SUK nya.
Barisan MPP Mahasiswa mengucapkan salam takziah kepada saudari Yi Lian dan berharap agar beliau sabar dan tabah menghadapi ujian hidup. Tahniah dan ucapan terima kasih juga atas keprihatinan pihak atasan dalam menjaga kebajikan mahasiswa.
Diharap agar mana-mana mahasiswa/i yang mengalami masalah kebajikan seperti kewangan, kemalangan, kematian, sakit kronik dan sebagainya sudi menghubungi barisan MPP Mahasiswa. Kebajikan anda tanggungjawab kami.
"Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan"