26 Ogos 2010- Seperti yang telah diperbincangkan pada pertemuan sebelum ini,sekali lagi satu pertemuan bersama penolong pendaftar kampus KL, En. Fairuz Mohd Rafdzi telah diadakan bagi mendapatkan pencerahan berkenaan isu pengangkutan ke pelajar yang menghadiri kuliah di Bangunan Yayasan Selangor (BYS). Berbeza dengan pertemuan pada kali ini, seorang pelajar Terapi Cara Kerja,Nur Aimi Syakirah turut hadir untuk membantu perbincangan kami. Perbincangan ringkas awal telah diadakan antara saya,aimi serta Teh Nurliyana(kursus Fisioterapi) sebelum ini bagi memikirkan langkah-langkah penyelesaian bagi isu ini.
Seperti yang semua telah sedia maklum para pelajar kursus Fisioterapi, Terapi Cara Kerja dan pelajar Sains Persekitaran(Tahun 3) perlu berulang-alik dari Bangunan Yayasan Selangor dan Kampus Kuala Lumpur untuk menghadiri kuliah. Keadaan yang melelahkan ini mendapat perhatian daripada pihak pentadbiran dan Majlis Perwakilan Mahasiswa sendiri.
Dalam perbincangan kami ini, En Fairuz menerangkan bahawa sebelum ini, terdapat 3 bas Eltabina yang berulang-alik daripada kampus Kuala Lumpur-KTSN. Bas-bas ini akan berulang-alik sebanyak '16 trip atau lebih' pada setiap hari bagi menampung jumlah pelajar kampus KL yang ramai dari KTSN 1-Kampus KL pada masa-masa yang berbeza. Terdapat juga satu bas lama UKM yang turut berulang-alik dari kampus KL-KTSN dan juga BYS pada waktu pagi kerana pada waktu itu merupakan 'peak hour' para pelajar ke kelas.
Namun, para pelajar BYS perlu berjalan kaki dari kampus KL ke BYS selepas waktu tersebut kerana ketiadaan bas ke sana dan pada masa-masa tertentu para pelajar turut mendapatkan bantuan pengangkutan daripada 'shuttle' yang berulang-alik daripada KTSN 4-Kampus KL. Pemandu-pemandu shuttle/bas yang prihatin juga turut berinteraksi sesama mereka melalui 'walkie-talkie' untuk membantu para pelajar untuk bergerak dari BYS-Kampus KL walaupun dalam kontrak mereka tidak tercatat bahawa mereka perjalanan perlu dilakukan ke BYS. Namun, keadaan ini berlaku tanpa sistem yang teratur yang membebankan kedua-dua belah pihak. Maka, pihak pentadbiran akhirnya telah mengambil satu solusi baru di mana:
- Selepas 16 Ogos 2010 kampus KL diberikan bas sewa sementara dengan 27 tempat duduk penumpang menjadikan jumlah bas sebanyak 4 buah bas- Dalam jangkaan, bas baru akan dibekalkan oleh Eltabina sebagai perkhidmatan kepada kampus KL pada pertengahan September
- Jadual baru bagi perjalanan bas telah diwujudkan yang mana setiap bas akan berulang alik dari KTSN 1-Kampus KL-BYS-KTSN 1. Tindakan ini telahpun berkuatkuasa pada 16 Ogos 2010 yang lepas.*Sekiranya bas ari kampus KL telah penuh,bas akan terus bergerak ke Kampus KL kerana sekalipun bas melalui BYS untuk ke KTSN 1, tiada pelajar yang akan dapat menaiki bas tersebut.
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pelajar yang perlu bergerak dari BYS ke Kampus KL, mereka perlu menaiki bas yang akan ke KTSN 1 dahulu dan barulah akan bergerak ke Kampus KL (BYS-KTSN 1-Kampus KL). Disebabkan perjalanan ini akan memakan masa pelajar yang perlu ke kelas di kampus KL, kami menyarankan agar :
- Pelajar di BYS dibenarkan untuk menghubungi pemandu 'shuttle' bagi mengambil mereka di sana seterusnya membawa mereka ke kampus KL. Walau bagaimanapun, para pelajar tertentu sahaja yang diberikan kuasa (autoriti) bagi menghubungi pemandu 'shuttle' agar tiada pertindahan permintaan yang berlaku.
Jadual baru perjalanan bas yang berkuatkuasa pada 16 Ogos 2010. Sila rujuk jadual ini papan kenyataan KTSN 1 di tempat menunggu bas dan juga papan kenyataan pentadbiran kampus KL di tempat menunggu bas TIBE.
Setinggi penghargaan kepada En Fairuz dan pihak pentadbiran kampus KL di atas inisiatif prihatin yang telah dijalankan. Penghargaan turut diberikan kepada pemandu bas/shuttle yang berkhidmat untuk kami, warga kampus KL. Semoga kebajikan dan hal ehwal pelajar akan terus terjaga di bawah tampuk pimpinan yang cekap ini:)
Bergerak Seiring Melakukan Perubahan