Isnin, Ogos 30, 2010

MPP Syafiq Kongsi Pengalaman di Gaza


KL - MPP Umum, Muhammad Syafiq b Abdul Aziz yang baru pulang daripada Misi Keamanan Palestin baru-baru ini berkesempatan untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah tarawih di Surau D, Kolej Tun Syed Nasir.

Tazkirah yang disampaikan menyentuh berkenaan motivasi sempena peperiksaan pertengahan semester FSKB dan Farmasi,tidak kurang juga sebagai motivasi kepada pelajar Fakulti Perubatan dan Pergigian.

Di dalam tazkirahnya, beliau menjadikan pengalaman beliau ke Palestin baru-baru ini sebagai 'stimulator' motivasi terbaik kepada para jemaah. Beliau menceritakan tentang keperitan hidup rakyat palestin, kesungguhan dan semangat mereka yang sangat kental sehinggakan orang yang buta sekalipun sanggup duduk di Tebing Negara mempertahankan Palestin serta kekejaman tentera yahudi kepada rakyat Palestin.

Diceritakan, mereka akan mengebom dan mengepung sesuatu kampung,kemudian tidak membenarkan sebarang bantuan ke dalam kampung tersebut,tanpa memberi makanan, membiarkan orang-orang kampung yang cedera dan akhirnya setelah 3 hari,mereka akan keluar begitu sahaja dari kampung tersebut.


MPP Syafiq turut mengajak jemaah untuk berusaha menolong saudara kita di Palestin dengan apa jua cara sekalipun. Tambah beliau lagi, niat untuk belajar harus dibetulkan kerana Allah, insya-Allah sekiranya niat kerana Allah dan untuk mencari keredhaan Allah,kita bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga.



Jemaah surau fokus mendengar tazkirah yang disampaikan

Sekalung penghargaan sekali lagi buat MPP Syafiq yang sudi bertandang ke sini sekalipun kini sibuk dengan tuntutan kerja sekembalinya beliau ke Malaysia.