PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Isnin, Mac 17, 2014

REGARDLESS OF OUR RELIGIONS, MH370 NEED OUR PRAYERS




13 Mac 2014, UKM Bangi - PMUKM  di bawah Biro Sukan Dan Perpaduan, telah berjaya melaksanakan satu program khas bagi mengekspresikan rasa tanggungjawab mereka kepada mangsa- mangsa kejadian MH370. Program yang diberi nama PMU4MH370 ini telah diadakan di ruang legar Pusanika bermula jam 7.00 malam. Objektif utama program tersebut ialah untuk memberi ruang kepada semua agama yang terdapat di UKM bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penumpang pesawat MH370.

PMU4MH370 ini telah berjaya mengumpulkan kira-kira 60 orang mahasiswa UKM dari pelbagai agama. Dalam program ini, setiap agama diminta untuk  melakukan proses  doa mmengikut cara masing-masing.  Daripada acara tersebut, setiap peserta dapat mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat  terhadap agama lain. Selain itu, program ini turut Berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar antarabangsa yang berasal dari Negara China. Beliau turut diberikan masa untuk  sesi  “sharing moment” bersama peserta lain.

















Program ini diakhiri dengan acara simbolik bagi  menunjukkan keprihatinan mahasiswa terhadap mangsa-mangsa MH370 dengan menulis kata-kata harapan dan semangat di atas sehelai  kain putih.  Program ini turut dihadiri dan dilawati oleh Naib Canselor,  Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan TNC HEPA, Prof Datin Noor Aziah.  Mereka juga turut menyertai acara simbolik tersebut. NC turut memberi pujian atas program yang dijalankan kerana berjaya memupuk  sifat perpaduan dalam setiap warga UKM.


Jason Ng Thien Yong
MPP Fakulti Undang-undang
Biro Sukan dan Kebudayan Sesi PMUKM 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Khamis, Mac 13, 2014

USUL DEWAN MAHASISWA II : SEWAAN DECTAR TIDAK RELEVAN UNTUK PELAJAR

10 Mac 2014, UKM Bangi -  MPP Muhammad Sallehudin dan MPP Syed Najib telah membuat satu pertemuan bersama Ketua Pusat Kebudayaan, Dato ‘ Rafie untuk membincangkan satu solusi bagi menyelesaikan masalah bebanan sewaan Dectar. Masalah sewaan Dectar ini telah menjadi usul pertama dalam Dewan Mahasiswa kali kedua yang dijalankan pada 26 Februari 2013 yang lalu.



                Dalam pertemuan tersebut, MPP Sallehudin memulakan perbincangan dengan menjelaskan permasalahan yang timbul berikutan dari sewaan Dectar yang dikenakan kepada mahasiswa UKM khususnya. Seperti yang kita sedia maklum, bermula semester 2 pada sesi kali ini, bayaran yang dikenakan kepada pelajar untuk menggunakan Dectar adalah sebanyak RM 3500 sehari. Respon yang diterima dari Dato’ Rafie  mendapati  beliau sendiri tidak pasti dengan perlaksanaan bayaran tersebut. Beliau turut menjelaskan bahawa seharusnya  fungsi utama  dewan tersebut  perlu dinilai dan dilihat kembali sebagai satu kemudahan universiti untuk program pelajar. Oleh itu, beliau memberi saranan agar perkara ini dibawa dan dibentang kepada pihak Bendahari UKM.



                Sedikit perbincangan tambahan mengenai perkembangan program kebudayaan di UKM dilontarkan oleh MPP Syed Najib. Beliau merespon ringkas bahawa pihak Pusat Kebudayaan mengharapkan agar segala program berbentuk kebudayaan dirujuk terlebih dahulu kepada mereka. Tidak kira program di peringkat kolej mahupun fakulti. Hal ini disebabkan perlunya pemantauan dari pihak mereka untuk beberapa jenis program kebudayaan yang mengandungi etika atau protokol tertentu. 


                Untuk perkembangan seterusnya, MPP Sallehudin dan MPP Syed Najib akan mengadakan satu sesi pertemuan bersama pihak Bendahari UKM untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 





Muhammad Sallehudin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
Naib YDP PMUKM Sesi 13/14





Syed Najib bin Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan 
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Isnin, Mac 10, 2014

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN : MENCARI SOLUSI TERBAIK





26 Februari 2014, UKM Bangi - Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM telah mengadakan satu perjumpaan bersama Ketua Pengarah Keselamatan Wisma Aman Universiti Kebangsaan Malaysia, LT KOL(B) JURY, Penolong Pegawai Keselamatan,En. Nasir Hamid dan Cik Ain. Pertemuan ini bertujuan bagi mewujudkan kerjasama serta perkongsian idea berkaitan isu-isu keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Disamping itu, kami juga turut memaklumkan tentang program keselamatan yang akan di adakan oleh PMUKM. Pelbagai penambahbaikan idea serta pekongsian maklumat berkaitan program tersebut turut dikemukakan bersama.

Selain itu, kes-kes kecurian terutama kecurian komputer riba yang semakin membimbangkan yang berlaku kepada mahasiswa/i juga turut dibincangkan agar solusi yang terbaik dapat dilaksanakan bagi usaha mengurangkan kejadian kes tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak Wisma Aman menasihati warga Mahasiswa/I supaya segera menghubungi pihak mereka jika mengalami sebarang kes-kes kecurian serta sebarang masalah bagi memudahkan tindakan bagi pihak mereka untuk mengatasi masalah tersebut.





Nurul Syifa' Mohd Shukri

MPP Fakulti Sains Teknoogi Tahun 1/2
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM sesi 13/14







Hasyimah Ibrahim
MPP Umu Tahun 1/2
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM sesi 13/14







::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

INTERNATIONAL WOMEN'S DAY : EMPOWERING WOMEN

 “Education is one of the most important means of empowering women with the knowledge, skills and self confidence necessary to participate fully in the development process”


Setiap wanita itu mempunyai daya pemikiran dan keistimewaan yang pelbagai untuk disumbangkan kepada masyarakat. Keistimewaan itu termasuklah dari aspek ilmu dan bakat selain sifat positif yang mesti dibina dalam diri setiap wanita. Perluasan ilmu sentiasa dikaitkan dengan memperkasakan bidang pendidikan untuk dinikmati oleh setiap individu tanpa jurang ekonomi serta kasta. Pemerkasaan wanita sangat penting bagi pembinaan sebuah generasi harapan pada masa hadapan.Hal ini ditegaskan oleh Prof Che Husna Azhari iaitu pensyarah wanita di UKM yang menekankan bahawa pemerkasaan wanita dalam pendidikan adalah komponen utama dalam membentuk sebuah masyarakat.


 

Shabana Basij-Rasikh, seorang tokoh wanita dari Afghanistan mengemukakan pendapat yang sama mengenai pemerkasaan wanita melalui pendidikan. Beliau berkongsi tentang keperluan setiap manusia untuk memiliki kebebasan dan ilmu terutamanya bagi golongan wanita di Afghanistan yang sering ditindas dan tergugat. Shabana menyelitkan kata-kata hikmah dari ayah beliau yang sering menyokong proses perkembangan pendidikannya, “There was greater risk for not educating his children”. Seterusnya, Shabana bertindak untuk merealisasikan impiannya dengan membina sebuah sekolah khas untuk wanita di Afghanistan. Pendidikan yang diterapkan bukan hanya helaian buku semata-mata tetapi berdasarkan ilmu yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seseorang individu.



Harapan yang dibawa oleh Shabana mestilah didokong dan disokong pihak-pihak yang berautoriti dari segenap pelosok dunia bagi meneruskan usaha murni dalam memberikan pendidikan kepada setiap insan.



Hasyimah binti Ibrahim
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Sabtu, Mac 08, 2014

DEWAN MAHASISWA II



Video Teaser : Persidangan Mahasiswa II

26 Februari 2014, UKM Bangi - Dewan Mahasiswa II telah bersidang di Bilik Persidangan FST. Persidangan kali ini membawa sedikit kelainan dengan menjemput mahasiswa/i UKM untuk menjadi pemerhati bebas semasa persidangan.

Persidangan dimulakan dengan ucapan pembukaan YDP PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen.

Kemudian diikuti dengan pembentangan gerak kerja usul Persidangan Dewan Mahasiswa I oleh Saudari Fatin Zulaikha atas usul mengkaji semula HP. Boleh rujuk di PERJUANG USUL DEWAN MAHASISWA : MESYUARAT BERSAMA PAP.

Pembentangan tentang usul kedua mengenai Dialog antara agama telah dibentang oleh Saudara Jason Ng Thien Yong. Boleh rujuk USUL DEWAN MAHASISWA I : PERSEFAHAMAN AGAMA BERSAMA MENCAPAI WAWASAN.

Pembentangan gerak kerja setiap biro sepanjang semester pertama.
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial     - Saudari Syifa' Mohd Syukri
Biro Sukan dan Kebudayaan              - Saudara Syed Najib Syed Yahya
Biro Pembangunan Mahasiswa           - Saudari Fatin Zulaikha Hamdan
Biro Perhubungan dan Antarabangsa   - Saudara Mustapha



Penerangan gerak kerja Seketeriat Pesta Konvo Ke-41 oleh Saudara Saufi berkenaan bajet seperti yang diminta pada Dewan Mahasiswa I yang lepas. Saudara Mustapha mengambil kesempatan memperkenalkan organisasi Seketeriat Pesta Konvo ke-42 yang akan bergerak di bawah PMUKM.

Minit Persidangan Dewan Mahasiswa II

USUL 1

Hapuskan bayaran yang dikenakan untuk sewaan di DECTAR. Jika dikatakan program tahunan dikecualikan dari sewa, program pesta Angpow juga merupakan program tahunan. Jadi saya berharap sewa yang dikenakan dihapuskan. Sewa yang dikatakan ialah sebanyak RM1000 sehari.

Tindakan MPP untuk menyelesaikan usul : USUL DEWAN MAHASISWA II : SEWAN DECTAR TIDAK RELEVAN

USUL 3
Seperti yang berlaku baru baru ini, tarikh minggu pengenalan persatuan (M3P) kepada pelajar baru adalah agak lewat. Hal ini menyebabkan kurang penglibatan pelajar dalam persatuan anak negeri kerana mereka telah memasuki banyak program.

Usul 1 dan 3 telah diterima. 




Saudara Shahrul Akmal, Perwakilan Permaj memberi cadangan usul

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::