GRADUAN KELAS TERSENDIRI
Oleh : Muhammad Sallehudin Bin Khalid, Naib YDP PMUKM 13/14
1. Graduan
Universiti Kebangsaan Malaysia perlu mempunyai kelas yang tersendiri, yakni
mempamerkan kualiti-kualiti yang menonjolkan keintelektualan serta kehebatan
seorang mahasiswa lepasan universiti terkemuka dalam negara. Banyaknya
persaingan dalam dunia globalisasi kali ini membuatkan masyarakat tidak lagi
memandang pada pencapaian akademik semata, tetapi nilai-nilai tambah yang
ditampilkan oleh seseorang graduan itu sendiri. Graduan UKM perlu lebih bijak
bersaing bagi memastikan survival dalam menongkah arus dunia realiti yang
semakin mencabar hari demi hari. Kemahiran berkomunikasi, keluasan ilmu
pengetahuan, serta kepelbagaian soft-skill yang ada merupakan antara elemen
yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa sehingga akhirnya masyarakat akan
mengenali graduan lepasan UKM sebagai individu yang sudah pasti mempunyai
ciri-ciri yang diperlukan ini.
2.
Universiti Kebangsaan
Malaysia sebagai salah satu universiti terbaik di Malaysia, seharusnya berperanan melahirkan graduan yang
bukan sahaja bergerak dalam lapangan kampus semata-mata, bahkan mampu turun ke
medan masyarakat. Mahasiswa lepasan UKM sewajarnya
menjadi agen universiti yang profesional bersama penonjolan keintelektualan selari dengan gelaran graduan
UKM yang dipegang. Masyarakat pada hakikatnya sangat menantikan generasi muda
yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan ini sebagai golongan yang akan turut
menyemarakkan pembudayaan ilmu di luar kampus . Maka seharusnya golongan graduan ini mampu
berinteraksi dengan masyarakat secara
kolektif melalui perkhidmatan yang mampu ditawarkan kepada masyarakat mengikut
kemahiran peribadi masing-masing. Bahkan dalam kerangka kemelut yang melanda
masyarakat saat ini, graduan UKM harus
mampu menjadi rujukan dalam menjelaskan sesuatu isu atau masalah yang berlaku.
Kita tidak mahu menghasilkan golongan graduan universiti yang lesu isu dan kaku
tindakan terhadap masalah-masalah yang melanda masyarakat kita pada hari ini.
Kita mahu anak muda yang cakna terhadap keperluan dan isu-isu masyarakat
walaupun sedang berperang dengan dunia baru yang lebih mencabar.
3.
Dalam konteks
kampus UKM, PMUKM meletakkan graduan
kelas tersendiri ini sebagai salah satu paksi pada sesi kepimpinan kali ini.
Kami melihat kepada kepentingan agenda ini untuk terus dibawa bersama warga
mahasiswa/I UKM demi membawa lepasan graduan daripada universiti ini menjadi “kegilaan” semua
syarikat industri dalam negara mahupun luar negara.
4.
Antara langkah
perlaksanaan kearah mencapai graduan kelas tersendiri :
Ø
elemen seperti keusahawanan
dan perlaksanaan hasil pembelajaran (HP) untuk menghasilkan mahasiswa
self-govern dan melatih pemikiran kritikal.
Ø
melahirkan graduan
UKM sejagat melalui kursus persediaan melengkapkan set profession
masing-masing.
Ø
penyertaan pelajar
UKM dalam pertandingan berimpak tinggi dalm membina karakter diri termasuk
menaikkan nama universiti.
Antara pertandingan yang disertai :
1 ) SUKIPT 2014
2 ) PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA A-STAR
3 ) SHELL ECO-MARATHON 2014
4 ) PERODUA ECO-CHALLENGE 2014
5. Teguran dan pendapat pelajar bedasarkan fakta. "Mahasiswa kini jika mahu turun ke jalanan bukan sekadar membawa mainan dan tiupan emosi, kami turun dengan fakta. Ada yang melihat tindakan kami ini sebagai tidak selantang kepimpinan terdahulu." Saudara Mustapha Kamil Husen Abdul Kadir, YDP PMUKM.
6. Salah satu inisiatif dari PMUKM dalam usaha melahirkan graduan kelas tersendiri ialah melalui persediaan dan peluang kepada pelajar dalam bidang industri. Oleh itu, secara bekerjasama dengan PEMATRA, Pusat Hubungan Industri (PHI), PERTAMA serta PMFST, satu program iaitu Hari Kerjaya Bersepadu (HARKEB) akan diadakan. PMUKM melihat ini merupakan salah satu langkah awal untuk menguatkan lagi "engagement" antara pelajar bersama pihak industri. Kami menjemput dan mengalu-alukan kepada seluruh mahasiswa/i untuk turut serta sebagai AJK pelaksana.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
MUHAMMAD SALLEHUDIN BIN KHALID
di talian 017-6865412
7. Tahniah diucapkan kepada Team Pantun UKM yang kembali merangkul Johan Pesta Pantun Bestari IPT 2014
"Setelah mengalami musim kegemilangan dengan menjuarai pesta pantun bestari hatrik bermula dari 2008-2010. Kemudian mengalami musim kemarau yang mana ketika itu tewas di pusingan pertama, seterusnya, hanya sampai ke suku akhir pada tahun berikutnya, kemudiannya mendapat tempat ketiga pada tahun lepas, kini UKM sudah berjaya menamatkan musim kemarau dengan merangkul kembali Piala Pusingan Pesta Pantun Bestari 2014. Tahniah diucapkan kepada pemantun,alumni,komposer (Sanggar Mestika)"
8. Tahniah UKM ( Zaki shukor, Alex Choo, Dr Faridah, Lilian Lee, Aisha Nazura )
IASLA moot team has won at Peringkat Asia. They will represent Asia pasific on June in Paris.
The name of the moot is IASLA Space Law Moot 2014 (Asia Pacific)
9. Ahmad Ammar adalah seorang anak muda satu dalam sejuta. Kisahnya hidupnya, menjadi inspirasi kepada generasi muda masa kini. Fenomenanya, membuatkan ramai anak muda terutamanya mahasiswa lebih cenderung kepada program-program ilmu. Saya mewakili pihak penganjur program, memohon maaf jika ada kekurangan dan kelemahan semasa program. segala yang baik dan lemah itu datangnya daripada Allah yang disandarkan kepada diri kami sendiri.
10. Salah satu paksi pembawakan PMUKM pada sesi 2013/2014 adalah keintelektualan dengan meletakkan fakulti sebagai pusat kegiatan kecemerlangan. PMUKM berusaha bekerjasama dengan persatuan mahasiswa fakulti dan kelab-kelab pengajian dalam menjalankan program berorientasikan akademik dan wacana ilmu. Penganjuran Simposium seperti ini merupakan salah satu langkah mewujudkan mahasiswa/I UKM yang mampu melontarkan idea-idea dalam ruang disiplin ilmu masing-masing. Apa yang lebih penting, usaha murni ini merupakan salah satu langkah mahasiswa bagi menyelesaikan masalah-masalah dan isu yang berlegar di sekitar masyarakat.
Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti