PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, Julai 30, 2011

Membudaya Intelektual : Bengkel Perundangan & Forum Mahasiswa

Bengkel

Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) dengan kerjasama PMUKM telah menganjurkan satu bengkel perundangan pada tarikh 16 Julai 2011 yang bertempat di Puri Pujangga UKM yang dihadiri sekitar 50 orang peserta. Bengkel ini dihadiri oleh panel yang sangat berpengalaman dan pakar perundangan yang juga sebagai pensyarah perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Prof Dr Aziz Bari. 

Prof Dr Aziz Bari, Pakar Undang-Undang

Tuan Speaker PMUKM, Saudara Mohd Arif bin Misrol telah diberikan kepercayaan untuk menjadi moderator bengkel tersebut. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada golongan mahasiswa dan masyarakat berkaitan undang-undang negara. Langkah ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada masyarakat agar tahu dan mengambil berat terhadap perjalanan dan perkembangan terbaru yang berkaitan dengan Perlembagaan Negara.

Tuan Speaker, Mohd Arif bin Misrol

Usaha pihak penganjur perlu dilihat secara positif bagi melahirkan masyarakat yang celik undang-undang. Antara pokok utama perbincangan adalah hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dalam hal ini, Malaysia sebuah negara yang menggunakan konsep kerajaan federal perlu menghormati dan melaksanakan hak-hak kerajaan negeri. Sebagai contoh, hak kerajaan negei untuk menerima royalti petroleum. Kedua, kupasan berkaitan peruntukan perlembagaan seperti hak istimewa bumiputera, bidang kuasa sultan, konsep kerajaan sebagai badan eksekutif perlembagaan yang jujur dan konsisten. Ketiga adalah isu-isu semasa perundangan yang berlaku dalam negara ini. 


“Insyaallah, dengan kemampuan yang ada, kita akan terus memberikan sokongan dan berusaha menganjurkan bengkel-bengkel sebegini bagi memberi kefahaman kepada kemasyarakat”, ujar saudara Arif bin Misrol.

Tuan Presiden
Presiden PMUKM, Leftenan Muda Ahmad Muzzammil bin Mohd Hairi berkata,“kita menggagaskan dasar keintelektualan bukan sebagai penyedap ucapan bahkan kita memang bersungguh dalam melaksanakan dasar ini. Hal ini dibuktikan dengan usaha PMUKM memperbanyak siri-siri diskusi ilmiah dan wacana ilmu. Kami berharap usaha ini mampu memperkasa agenda pembudayaan ilmu di kampus”   

Pada waktu berlainan, Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff selaku Timbalan Presiden turut diundang menjadi ahli panel dalam forum Mahasiswa Merencana Pembangunan Ummah” di Melaka Tropical Fruit Farm. Forum ini berlangsung pada 3 Julai 2011. Antara yang turut bersama menjadi panelis ialah wakil NGO, dan Timbalan Presiden Uniten. Forum ini adalah sebahagian dari kursus bengkel calon Majlis Perwakilan Pelajar Uniten yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar Uniten.
 
Forum ini memberi fokus berkaitan gagasan kefungsian mahasiswa dalam memberi peranan dan manfaat kepada masyarakat sekeliling. Selain itu, ahli panel juga turut berkongsi mekanisma untuk menjaga kebajikan masyarakat kampus dan dasar-dasar yang dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar.

Saudara Mohamad menerima cenderamata dari Presiden Uniten

Forum sebegini mampu memberi percambahan idea dan melatih pemimpin pelajar untuk terkehadapan dalam melontarkan idea dan kritikan. Forum, wacana dan bengkel ilmiah patut diperbanyak di kalangan mahasiswa dan ia juga selari dengan saranan Dato’ Saifuddin Abdullah, selaku Timbalan Menteri Pengajian yang mahukan universiti dan sekolah mengiatkan lagi program berbentuk debat ( dan seumpamanya ). Ini satu proses melahirkan mahasiswa yang mempunyai budaya ilmu bukanya budaya “tingkahlaku emosi” dan “pak turut”. PMUKM bersedia menyahut budaya ilmu dan meluaskan kepada seluruh warga kampus.

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti” 

Khamis, Julai 28, 2011

Nilaian Sebuah Seminar Transformasi Ramadhan


PMUKM berasa sangat berbesar hati melihat kelancaran program Seminar Transformasi Ramadhan yang dianjurkan Biro Kerohanian & Pembangunan Insan PMUKM bersama Akademi Sinergi yang menggabungkan tiga buah konsultan terkemuka negara iaitu Sinergi Training & Consultancy, Infitah Training & Consultancy dan Total Success Training & Consultancy pada 24 Julai 2011 di Dewan Kuliah Kompleks Tun Abdullah Mohamad Salleh (KTAMS).

Meskipun mahasiswa UKM berada dalam keadaan (mode) cuti, ia tidak menghalang beberapa mahasiswa mewakili PMUKM untuk bersama Akademi Sinergi menganjurkan seminar ini. MPP yang terlibat sama menjadi ahli jawatankuasa adalah MPP Noriah Abdul Rahman dan MPP Aida Rahayu. Sambutan yang menggalakkan sehingga mencecah lebih 370 orang membuatkan PMUKM cukup yakin dengan pembawakan KEINTELEKTUALAN sebagai paksi  perjuangan selain KEBAJIKAN, PERPADUAN dan KEADILAN SOSIAL.

"Seminar ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan sampaikanlah isi seminar ini kepada orang lain walau satu ayat. Manfaat ini perlu dikongsikan bersama agar Ramadhan kali ini walaupun bulan yang sama pada tahun-tahun sebelumnya namun natijahnya kepada kita berbeza malah lebih baik lagi," kata Ahmad Muzzammil Muhd Hairi, Presiden PMUKM dalam ucapannya di awal program.

Pengisian hebat dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berkaitan Transformasi Ramadhan dari segi spiritual dan emosi, Tuan Fazrul Ismail pula menerangkan transformasi dari sudut keintelektualan dan Dr. Mahathir Mohamed pula berhujah mengenai transformasi dari sudut fizikal telah mengujakan hadirin yang hadir.

PMUKM ingin berkongsi sedikit sebanyak input seminar di blog ini. Ucapan terima kasih buat Saudari Mahirah Jazlan, mahasiswi tahun 2 FST yang menjadi salah seorang peserta seminar kerana sudi mengizinkan penulisan beliau untuk dipaparkan.

SLOT 1 :: 'Ramadhan dan Transformasi Intelektual' oleh Tuan Fazrul Ismail

Berikut merupakan petikan dari Surah Al-Baqarah (183-197) yang mengkhusus kepada puasa / amalan di bulan Ramadhan ; 
"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." (2 : 183) 
"(Puasa yang diwajibkan itu) beberapa hari tertentu. Sesiapa antara kamu sakit atau musafir (haruslah berbuka) dan wajib digantikannya pada hari-hari yang lain. . Orang yang tidak berdaya berpuasa , wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan  kepada orang miskin. Sesiapa yang bersukarela melakukan kebajikan (membayar fidyah lebih daripada yang ditentukan) maka itu lebih baik baginya , dan jika kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (2 : 184) 
"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (2 : 185) 
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran." (2 : 186) 
"Kamu dihalalkan bersetubuh dengan isteri kamu pada malam puasa. Mereka sebagai pakaian kamu dan kamu pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri kamu dan Allah menerima taubat dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu  dan carilah apa-apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kamu. Makan dan minumlah sehingga nyata kepada kamu garis putih daripada garis hitam pada waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga ke malam (maghrib). Janganlah kamu setubuhi mereka (isteri-isteri) ketika beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu hampir. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayatnya (peraturan-peraturan) kepada manusia. Semoga mereka bertaqwa." (2 : 187)
- Puasa boleh menjadi perisai bagi orang mukmin - "Asy-Syahadatain" - ketahanan fizikal & intelek, emosi serta spiritual
*tak sempat salin banyak dari beliau*

SLOT 2 :: 'Transformasi Fizikal' oleh Dr. Mahathir Mohamed (err, bukan yang ex-PM ya)

Dr. Mahathir Mohamed sedang menyampaikan ilmu kedoktoran
Objektif

  • mengingati kebesaran Allah
  • mengenalpasti masalah sewaktu berpuasa dan cara mengatasinya
  • mengetahui kesan positif pada sistem badan
  • mengetahui teknik terbaik transformasi fizikal pada bulan Ramadhan

"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 183~
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? " ~Surah Fusshilat, Ayat 53~
Kesan positif puasa pada tubuh ;

  • menurunkan berat badan dan tekanan darah
  • menstabilkan paras gula dalam darah
  • meningkatkan sensitiviti pada insulin
  • merehatkan dan membaikpulih usus (sistem penghadaman)
  • meningkatkan proses nyahtoksik hati
  • menambah jangka hayat

*Organ Hati penting kerana ia organ pertama yang menerima kesan selepas makan

Masalah fizikal ketika puasa (dan penyelesaian) ;

  1. Kembung perut > elakkan makan berlebihan / banyak dalam satu masa!
  2. Sembelit > minum air lebih sewaktu berbuka dan lebihkan pengambilan serat dalam hidangan
  3. Sakit kepala > kurangkan kebergantungan pada air kopi (elak ketagih / caffein shortage)
  4. Kejang otot > lebihkan pengambilan Kalsium, Magnesium dan Potassium (banyak dalam sayur & buah-buahan)
  5. Gastrik > kurangkan makanan berasid, baiki rutin pemakanan
  6. Letih / lesu
  7. Kurang kandungan gula

Struktur Perut ;

  • makanan dihadamkan sepenuhnya dalam tempoh 4 jam
  • nilai keasidan sekitar 2-3 pH (Subhanallah, paras asid yang begitu tinggi namun tak pernah perut itu rosak, kerana adanya lapisan mukosa yang melindungi dinding perut daripada terhakis. Namun kekurangan mukosa yang disebabkan oleh rutin pemakanan tak seimbang boleh menjadi punca seseorang menghidapi gastrik)
  • gastrik terjadi apabila terlalu banyak makan pada waktu tertentu, atau sudah biasa makan pada waktu tertentu (setiap kali makanan masuk dalam perut, asid akan terus dirembeskan. Tetapi apabila sudah biasa makan pada waktu tertentu dan pada suatu hari kita tak makan waktu itu, asid tetap keluar dan itu yang buat sakit gastrik - menghakis dinding perut)
  • gastrik jika dibiarkan (tak dirawat) akan menjadi ulser

Obesiti ;

  • sinonim dengan penyakit-penyakit seperti sakit jantung, strok, diabetes, sakit lutut dan pinggang

"Belanjakan (harta kamu) untuk jalan Allah dan janganlah kamu menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan. Buatlah kebaikan, sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berbuat baik." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 195~

  • proses merawat :
    • DECIDE + PLAN ---> COMMIT ---> SUCCEED (INSYAALLAH)
  • Langkah 1 : Kenalpasti Masalah..
    • kira BMI (body mass index) = berat (kg) / tinggi (m)²
      • normal = 20 - 25
      • overweight = 26 - 30
      • obes = 31 - 36 atau lebih
    • kira % lemak badan
    • lakukan 'waist to hip ratio' (ukuran keliling pusat bahagi dengan ukuran keliling pinggang). Ratio yang seimbang ialah <0.8
    • dapatkan ujian darah untuk uji kolestrol (orang kurus / normal pun perlu cek, tak semestinya kurus tu sihat juga)
  • Langkah 2 : Faham Bagaimana Badan Berfungsi..

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas." ~Surah Al-A'raaf, Ayat 31~

  • imbangan tenaga (contoh) ;
    • Keperluan harian = 2000 kcal
    • Pemakanan harian = 4000 kcal
    • maka lebihan tenaga adalah 2000 kcal yang akan disimpan sebagai lemak
  • berat badan dipengaruhi 90% pemakanan dan 10% senaman
  • untuk menghilangkan 1 paun lemak (lbs) = 3500 kcal perlu dibakar
  • cara terbaik adalah mengurangkan kalori dalam makanan sedikit demi sedikit (berjadual)


carta yang dibuat semula menggunakan Lucid Chart
Faedah bersahur & berbuka pada waktunya ;

  • elak 'kebuluran' / kekurangan tenaga
  • elak asid berlebihan dalam perut

Makronutrien penting ;

  1. Protien - dada ayam (tak berkulit), ikan, telur (elakkan makan kuning telur > banyak kalori), daging
  2. Karbohidrat - nasi, roti putih.. > beri glycemic response (beri tenaga dalam masa singkat, namun bila berkurangan, mudah mengantuk)
    1. fokus pada roti bijirin, beras basmathi, sayur + buah-buahan (karbohidrat berbentuk serat)
  3. Lemak
    1. lemak bahaya (tinggi LDL) = lemak trans (banyak dalam makanan bergoreng), marjerin
    2. lemak elok = minyak zaitun, Omega-3, minyak kelapa dara, kekacang

Ilustrasi contoh kadar pengambilan antara 3 makronutrien ini ;
Jika protein sebanyak tapak tangan, karbohidrat sebanyak sepenumbuk dan lemak sebesar ibu jari (sumber gambar google dan diedit)
Senaman bulan Ramadhan ;

  • cara terbaik > senaman 'Core' / statik dalam 10-30 saat sehari > membina ketahanan otot
  • punca tenaga sebenarnya dari otot
  • resistance traning > kekalkan komposisi otot


SLOT 3 :: 'Transformasi Spiritual & Emosi' oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Ustaz Hasrizal~
"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 185~

Sesi dimulakan dengan kisah sejarah, iaitu Presiden pertama Tunisia, Habib Bourguiba yang mengeluarkan pekeliling pada tahun 1961 - tidak membenarkan puasa!

  • Berikut di'paste' sedikit petikan kisah ini dari Khutbah Jumaat Ust. Hasrizal agar tak lari dari maksud asal beliau ;

Sejarah mencatat, pada tahun 1961 umat Islam digemparkan apabila Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai dengan mesej, “kami memaksudkan apa yang kami kata!”
Alasan Habib Bourguiba menghalang puasa di bulan Ramadhan itu ialah, puasa mengurangkan produktiviti negara!
Apa pendirian kita?
Apakah kita bercita-cita untuk melihat ada pemimpin negara ini yang menjejaki polisi Habib Bourguiba? Naudhubillah min Dzaalik!
Kita mungkin marah dengan Habib Bourguiba. Pandangannya itu amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Malah ia menyalahi seluruh catatan sejarah umat Islam. Apakah Habib Bourguiba tidak tahu, bahawa di bulan puasa itulah, umat Islam mencapai kemenangan di dalam Perang Badar? Kota Mekah dibebaskan di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam 700 tahun, berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi juga berlaku di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.
Apakah Habib Bourguiba buta sejarah?
Beliau mungkin buta sejarah. Beliau juga mungkin tidak buta sejarah. Namun apa yang penting ialah, ia adalah SEJARAH. Ia buat semasa. Ia bukan kita. Ia adalah sejarah.
       *untuk baca teks penuh Khutbah ini, klik [sini]

  • namun ada betulnya jika kita katakan produktiviti boleh menurun ketika berpuasa, tetapi bukan puasa dan Islam yang dipersalahkan! Jika seseorang tidak berpuasa dengan cara yang betul maka benarlah produktivitinya akan menurun (salah pada caranya)

1) Betulkan cara pandang pada ibadah puasa ;

  • kesihatan?
  • buat duit?
  • pahala semata-mata?
  • PROSES! (yang hakiki)


Proses yang dibentuk ketika puasa, terbahagi kepada 4 aspek, dan aspek Spiritual adalah yang utama (pengaruhi aspek lain)

Memahami proses ad-deen [klik gambar untuk lihat lebih jelas].. diberi analogi cara membuat kuih baulu. Jika baulu tak sedap, pasti ada yang tak kena pada bahan / prosesnya!

  • Kata beliau lagi ; "Siapa nak jadi baik kena solat, sebab solat dapat baikkan orang (mencegah kemungkaran) dan sesiapa yang bersolat tak semestinya dah baik. Jika masih melakukan kemungkaran maka pasti ada yang tidak kena pada input (niat) dan proses (ketika solat itu)"

2) Mekanisme Puasa ;
"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 183~

Mekanisme puasa dari ayat 183 Surah Al-Baqarah, berdasarkan input, proses dan output

  • Ramadhan mengikut kalendar lunar (berdasarkan bulan), menjadi 10 hari lagi awal pada setiap tahun
  • jika di utara (UK, Canada, Eropah.), Disember adalah musim sejuk (dan ramadhan pada waktu itu lebih 'mudah' dilalui)
  • jika di selatan, mereka diuji dengan cuaca yang panas (siang yang panjang)
  • Malaysia di tengah-tengah (garisan khatulistiwa) maka setiap tahun sama pengalaman dan waktunya..
  • hikmah berlainan = Allah telah tetapkan waktu mengikut kesesuaian penduduk di sesuatu kawasan & fitrahnya..

3) Mencapai Kualiti Taqwa

  • nilai di sisi Allah ---> bukan harta, pangkat dan rupa!
  • jadi, apa nilaian di sisi Allah ? >>

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." ~Surah Al-Hujurat, Ayat 13~

  • ya. nilaian Allah hanyalah TAQWA.
  • implikasi Taqwa pada 4 aspek 'proses' tadi (fizikal, spiritual, emosi, intelektual) akan menyeimbangkan hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan juga dalam pekerjaan kita..

4) Definisi Taqwa ;

  • Umar al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Kaab makna Taqwa :
    • Ubai (jawab dalam bentuk soalan semula) : "Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?"
    • Umar : "Sudah tentu"
    • Ubai : "Apa yang kamu lakukan?"
    • Umar : "Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh hati-hati agar tidak terkena duri."
    • Ubai : "Itulah Taqwa"
  • TAQWA itu ibarat berjalan dengan penuh hati-hati, tidak 'main redah je'
  • ia berkenaan dengan kesedaran (conscious) dan kawalan diri (self control)

5) Cabaran Luar :: Syaitan

  • Rasulullah s.a.w bersabda :

“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada bulan Ramadhan, syaitan dirantai, bukan dibius.. jadi sesiapa yang mendekati tempat kegemaran syaitan / mendekati kemungkaran, dia tetap akan dipengaruhi untuk melakukan maksiat (ibarat mendekati anjing garang yang tertambat)
  • namun bukan semua kejahatan datang dari syaitan, tetapi bergantung juga kepada kawalan diri sendiri (self control)


6) Cabaran Utama :: Diri Sendiri
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? " ~Surah Al-Jatsiah, Ayat 23~

  • 'tuhan palsu' yang dimaksudkan bukanlah dari patung berhala semata-mata, atau pohon / kuburan yang dipuja, namun 'tuhan palsu' itu mungkin juga berada dalam diri kita sendiri, yang jarang disedari > iaitu NAFSU
  • yakni apabila nafsu dijadikan lebih penting dari kehendak / suruhan Allah


7) Formula Perubahan
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." ~Surah Ar-Ra'd, Ayat 11~

  • Siapa pengaruh siapa? (contoh : "Saya bad mood /mencarut bila jalan jem, bila jalan lengang saya berzikir")
  • Itu menunjukkan kita letakkan diri kita dalam keadaan yang kita tak boleh kawal.. contoh lain : bad mood bila cuaca hujan...
  • Itu semua ketentuan Allah, jangan jadikan diri kita terikat / dipengaruhi oleh situasi yang kita tak dapat kawal, ubahlah diri kita dahulu


Circle of Control / No Control - boleh dijadikan panduan berguna (cadangan Ust. Hasrizal)

-----'Transformasi Emosional'-----

  • berupaya membuat pilihan dalam tindakan
  • kegagahan sebenar - mengawal diri ketika marah
  • Sabda Rasulullah SAW;

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Muttafaq ‘alayh]

  • berkait dengan kisah "Who kicks the cat?" > link [Siapa Sepak Kucing Malang Itu - tulisan Ust. Hasrizal]
  • contoh lain : lagu "Bangau Oh Bangau"
  • *salah seorang perlu menghentikan 'kitaran' salah menyalahkan / melepaskan kemarahan itu!*
  • kadang-kadang kemarahan itu perlu contohnya apabila isu seperti Rasulullah SAW dipersendakan melalui karikatur & perkara-perkara yang mencemar nama Islam, bukanlah dengan memaki hamun pihak yang bersalah, tetapi kita perlu berusaha untuk mengubahnya (ubah masalah menjadi peluang menyampaikan yang benar)
  • *ingat 'sendi' kita dalam segala hal = Taqwa*

a) Mekanisma Puasa (tambahan) yang efektif (berkait dengan emosi) :

  • Sabda Rasulullah SAW ;

"Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: "Sesungguhnya aku berpuasa"." [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

  • bukan bermakna jika ada orang mencuri barang kita, kita pun berkata ''Sesungguhnya aku berpuasa" dan membiarkan sahaja. Bukan begitu. Hadis ini lebih kepada soal muamalat / dimarahi ketika berbual, berhujah, dalam organisasi, etc tanda self control

b) Menjadi Manusia Proaktif

  • diselitkan kisah Steven Covey bersama anaknya (di'paste' dari salah satu artikel Ust Hasrizal) ;

..Ketika Covey sampai di pintu rumah, dia diterpa anak kecilnya sambil berkata, “daddy, I am a hardworking man”�
Sandra, isterinya berkata, “tadi semasa saya baru balik kerja, anak kita ini sedang menaburkan bekas-bekas makanan kotor di atas lantai. Kemudian disimbahnya dengan air”�
Oh, itu pengalaman kita semua. Balik kerja, penat-penat, sakit-sakit, tiba-tiba anak buat hal. Apa reaksi anda? Bagaimana reaksi Sandra?
“Saya tahan sabar. Saya tanya anak kita kenapa dia buat begitu?”�, kata Sandra.
“Apa katanya?”�, tanya Stephen.
“Saya nak tolong emak!”�, jawab si anak.
Ya, si anak menyepahkan pinggan mangkuk dengan niat mahu MEMBANTU EMAK.
Bayangkan jika Sadra menampar si anak tadi, apakah pelajaran yang anaknya perolehi?
Hatinya akan berkata, “kalau nak tolong emak, nanti kena tampar!”�
Jangan terkejut jika anak kita akhirnya membesar berat tulang, berat punggung. Kita yang mengajarnya dulu. Jika mahu menolong emak, habuannya penampar!
Apa kata Sandra?
“Oh begitu, kenapa tak basuh di sinki?”�, tanya Sandra kepada anaknya.
“Tak sampai”�, kata si anak kecil.
“Baiklah, lepas ini kalau kamu nak tolong emak, beritahu dahulu, ok? Emak akan ambilkan bangku dan kamu basuh di sinki, boleh?”�, pujuk Sandra.
“Boleh”�, jawab di anak.
“Bagus, you are a hardworking man”�, puji si ibu yang proaktif.
Stephen Covey membuat kesimpulan, “dalam situasi seperti itu, prioritinya bukanlah lantai dapur yang bersih, tetapi anak yang ,mendapat pelajaran yang betul.
Bagaimana Sandra boleh menyabarkan diri untuk menjadi proaktif, tidak melatah dan bertindak melulu mengikut rangsangan? Sandra mengamalkan apa yang kita orang Islam namakan sebagai SABAR!
       *untuk membaca keseluruhan artikel ini, klik [link]
*pentingnya memberi perhatian ketika anak melakukan kebaikan! dan cuba abaikan ketika anak buat peranga.

beza cara Reaktif dan Proaktif.. pilihlah yang Proaktif!
c) Terjemahan Erti SABAR ;
"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan." ~Surah An-Nahl, Ayat 127~
  • 4 jenis sabar ;
    •  Ø§Ù„صبر بااللَّÙ‡ = *terlepas* ada sesiapa faham / boleh bantu?
    •  Ø§Ù„صبر مع اللَّÙ‡ = sabar dengan Allah dalam berbuat amalan
    •  Ø§Ù„صبر Ù„ِÙ„َّÙ‡ = sabar kerana Allah perintahkan
    •  Ø§Ù„صبر عن اللَّÙ‡ = sabar dari Allah (jangan sesekali sabar dengan sabar yang ini)

d) Pakej Ramadhan (kesimpulan umum) ;
Pakej Ramadhan

Hadirin yang hadir


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Selasa, Julai 26, 2011

CCTV : Satu Penjelasan

26 Julai 2011- MPP Mohd Faizal Bin Ahmad bersama MPP Wan Ahmad Fahmi Bin Wan Abd Hamid berjumpa dengan Ustaz Muhammad Hafiz Bin Othman Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM mengenai isu pemasangan CCTV di dalam ruangan solat perempuan.

Hasil daripada perkara yang diusulkan oleh MPP Mohd Faizal Bin Ahmad pada bulan Mac yang lalu, pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) dengan kerjasama Pusat Islam telah membuat keputusan untuk melakukan pemasangan CCTV dengan kelulusan pihak atasan pentadbiran UKM. Pemasangan CCTV ini dilakukan berikutan kes  kecurian yang sering kali berlaku di dalam Masjid UKM yang menyebabkan banyak kehilangan barangan berharga seperti komputer riba, dompet duit dan sebagainya.

Justeru pemasangan CCTV ini diharapkan dapat menjadi faktor pengurangan masalah kecurian yang berlaku di dalam masjid UKM dengan pemantauan yang berkala dilakukan oleh pihak Pusat Islam. Menjadi perbincangan semasa oleh warga UKM  tentang  pemasangan sebuah CCTV  di dalam ruangan solat perempuan?

MPP Mohd Faizal Bin Ahmad bersama MPP Wan Ahmad Fahmi Bin Wan Abd Hamid berkesempatan meminta penjelasan daripada pegawai Pusat Islam. Hasil daripada penjelasan tersebut, perkara pokok yang perlu diketahui oleh seluruh warga UKM adalah, notis telah ditampal di dinding masjid UKM supaya berhati-hati dan menjaga aurat. Ruang diluar pengawasan CCTV adalah ruang solat di sebelah kiri wanita dan bilik persalinan.


Bagi kaum perempuan yang ingin memakai kain telekung di dalam masjid, disarankan supaya menukar pakaian di bilik persalinan yang telah disediakan bagi mengelakkan  sebarang kecurigaan. Persolan yang ke-2 pula siapakah pemantau bagi CCTV tersebut? Pemantau bagi CCTV pusat Islam terdiri daripada seorang pegawai lelaki dan perempuan. Untuk pengetahuan, paparan CCTV di dalam ruangan solat perempuan tidak akan dipaparkan kepada “monitor utama”, ianya akan dipaparkan oleh pegawai pusat islam sekiranya terdapat laporan mengenai isu kecurian dan sebagainya di dalam ruangan solat tersebut. Yang akan dipaparkan pada “monitor utama” adalah bahagian ruang solat lelaki.

Pihak PMUKM 2010/2011 mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mengenai  pemasangan CCTV ini dari segi cadangan, tenaga, masa dan sebagainya bagi bersama-sama untuk mengurangkan kecurian yang berlaku di dalam masjid UKM.

“BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"

Khamis, Julai 21, 2011

PMUKM Anjur Seminar Transformasi Ramadhan


24 Julai 2011 (Ahad) | Dewan Kuliah 43.101 Kompleks Tun Abdullah Mohamad Salleh (KTAMS) UKM Bangi | 8.00 am - 2.00 pm

Menampilkan panelis hebat seperti

Tuan Fazrul Ismail (TOTAL SUCCESS TRAINING & CONSULTANCY) : "RAMADHAN DAN TRANSFORMASI INTELEKTUAL"
 

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY) : "RAMADHAN DAN TRANSFORMASI EMOSIONAL DAN SPIRITUAL"
 

Dr. Mahathir Mohamed (TIMELESS CLINIC) : "RAMADHAN DAN TRANSFORMASI FIZIKAL"

Anjuran Bersama Akademi Sinergi & Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan PMUKM




Yuran penyertaan : RM50
berminat? Hubungi :

Syamimi Shaari 013 2265625
Mohd Afiq Ahmad 013 4920747


--------------------------------------------------------------------------------------
Sedikit info tentang panelis:

1) Tuan Fazrul Ismail
(Penulis buku: Pemikiran Sistemik (2003) & Hidup Zero Alasan (2006)

2) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
(Penulis buku : Aku Terima Nikahnya (2008), Murabbi Cinta (2010) & TRANSFORMASI RAMADAN (2010)

3) Dr. Mahathir Mohamed
Board Certified Physician,
American Board of Anti-Aging/Regenerative Medicine (ABAARM)

Bonus yang akan Tuan/Puan perolehi :

1) Hasil kajian yang dijalankan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengenai Ramadan selama 2 TAHUN.
2) Buku kerja (workbook) Transformasi Ramadan yang boleh digunakan sebagai buku catatan dan pemeriksaan (checkbook) amalan sepanjang Ramadan.
3) Keahlian eksklusif mytazkirah.com yang boleh digunakan untuk mendapat panduan dan tazkirah berkala sepanjang Ramadan.
4) Peluang mendapatkan buku Transformasi Ramadan yang ditulis sendiri oleh Ustaz Hasrizal pada harga RM15.00! (harga pasaran RM18.00)



SUBURKAN KEINTELEKTUALISME VARSITI
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

[MPP Siswazah] Laporan Lawatan MPP Siswazah ke Urusetia Pengajian Siswazah FPI

Pada 13 Julai (Rabu) yang lepas, MPP Siswazah telah mengadakan pertemuan dengan pihak pentadbiran Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM sempena lawatan ramah mesra MPP Siswazah ke seluruh fakulti di UKM. Pihak MPP Siswazah diwakili oleh Saudara Arif Misrol, Saudara Abdul Musyrif serta Saudari Noriah manakala pihak pentadbiran FPI diwakili oleh Pengarah Program Siswazah, Prof Madya Dr. Zainab, Penolong Pendaftar FPI, Puan Raznita Dato’ Abdul Razak serta 2 orang Pembantu Tadbir, Puan Rohimah Borhan dan Cik Sharifah




Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan agenda kebajikan pelajar-pelajar siswazah FPI. Di antara isu-isu yang telah dibangkitkan adalah isu penetapan tarikh viva yang agak lambat, peluang memperolehi geran penyelidikan dan biasiswa, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di FPI, serta cadangan pemansuhan viva bagi program “Sarjana Kerja Kursus Dan Disertasi”.

Pihak fakulti menyatakan bahawa tarikh viva tersebut adalah sangat bergantung kepada kelapangan waktu pensyarah-pensyarah (pemeriksa dalam dan luar) yang terlibat dengan viva seseorang pelajar tersebut. Berkenaan dengan geran penyelidikan dan biasiswa, ianya sebenarnya ditawarkan oleh pihak CRIM bagi pelajar-pelajar yang menjalankan pengajian Phd dan Sarjana secara penyelidikan sahaja. Akan tetapipelajar Sarjana secara Kerja Kursus Dan Disertasi juga berpeluang memperolehi ‘claim’ sebanyak maksima RM 1000 yang di sediakan oleh pihak PPS. Mengenai peluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi di FPI bukan berlatar belakangkan Pengajian Islam (seperti sains dan sastera), mereka menyatakan bahawa FPI akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak PPS dan Senat. Selain tu, permasalahan berkenaan cadangan pemansuhan viva bagi program Kerja Kursus Dan Disertasi, pihak FPI menyatakan bahawa pengenalan viva untuk pelajar sarjana (tesis) telah dibuat semenjak tahun 1990 atas garis panduan yang telah ditetapkan oleh PPS Pusat bertujuan bagi meningkatkan kualiti pelajar lepasan Sarjana FPI UKM. Hujah yang sama diberikan oleh  Prof Madya Dr. Zainab.

Selain itu, hal ehwal berkaitan pembangunan pelajar siswazah juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat ini diantaranya mengenai perlaksanaan program pengantarabangsaan pelajar dan kursus-kursus skill penulisan Tesis dan Disertasi. Prof.Madya Dr. Zainab juga turut menasihatkan pelajar agar:

1. Memperkasa siri-siri seminar, sama ada dianjurkan oleh fakulti atau persatuan siswazah fakulti;
2. Berusaha meningkatkan skill penulisan bagi menghasilkan kertas penulisan yang berkualiti. seperti aplikasi perisian SPSS dan Nvivo;
3. Menghasilkan penulisan jurnal berkualiti, terutama dalam jurnal berimpak tinggi seperti ISI dan Scopus. 



Pertemuan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada  Prof Madya Dr. Zainab oleh Saudari Noriah


Sdra Musyrif berkata, "Selepas pertemuan dengan semua urusetia-urusetia pengajian siswazah fakulti, kita bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan siswazah fakulti dan antarabangsa pula. Kita harap perkara ini boleh diselesaikan sebelum Hari Raya akan datang ini".


Pihak MPP Siswazah mengalu-alukan sebarang penambahbaikan berkaitan perjalanan MPP Siswazah UKM yang memberikan manfaat kepada semua pihak.


Akan datang: Lawatan MPP Siswazah UKM ke Urusetia Pengajian Siswazah FSSK!!!

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”

Isnin, Julai 18, 2011

Masyarakat Prihatin Bersama OKU & Anak Yatim


HARI MASYARAKAT PRIHATIN yang telah berlangsung semalam, 17 Julai 2011 di Taman Tasik Cempaka berlangsung dengan sambutan masyarakat Bandar Baru Bangi dengan meriah. Program ini merupakan program Pra-Pesta Konvokesyen yang bakal diadakan pada 22 Julai - 27 Julai 2011 yang mana Saudara Ezzul sebagai Ketua Pengarah program ini. 


Bermula dengan senamrobik yang diselia oleh MPKj sebagai pembuka tirai disertai oleh masyarakat Bangi seramai 80 orang. Majlis perasmian oleh YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi berlangsung pada jam 10.30 pagi serentak dengan pertandingan mewarna  kanak-kanak yang disertai 100 orang kanak-kanak berumur 5 tahun - 10 tahun. Persembahan dari Persatuan Sindrom Down Malaysia berjaya mencuit hati para pengunjung. Urusetia program juga turut meraikan kanak-kanak istimewa SK Jalan Enam dan kanak-kanak down sindrom dengan sukaneka yang diadakan khas buat mereka. Pertandingan pertunjukan fesyen kanak-kanak memeriahkan suasana. Pada sebelah petang pula, explore race bersama anak-anak yatim Darul Izzah dan sukan rakyat berlangsung dengan meriah.


Respon positif daripada masyarakat yang hadir cukup memberansangkan. Objektif program ini iaitu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat dengan golongan OKU terlaksana. Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada semua yang terlibat.













MAHASISWA PENCETUS KEPRIHATINAN MASYARAKAT
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI