Jumaat, Februari 18, 2011

GMUKM menang 3 kerusi

Berbeza dengan tempat lain, kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendahului lawannya apabila menang tanpa bertanding di tiga daripada 37 kerusi dalam pilihan raya kampus.

NONE
Mereka memenangi dua kerusi siswazah dan satu kerusi Fakulti Pengajian Islam selepas proses penamaan calon yang hari ini selepas pasukan lawan Pro-Aspirasi (pro-A) tidak menghantar calon di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, pro-A menang satu kerusi tanpa bertanding di fakulti pergigian.

Menurut jurucakap pro-M, Ahmad Firdaus Ahmad Azam keputusan itu diumumkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Ir Othman Karim di pusat kegiatan pelajar Pusaneka kira-kira jam 1 petang tadi.

NONE
Kumpulan pro-M meletakkan 36 calon yang merangkumi 12 kerusi umum, 21 fakulti dan tiga kerusi siswazah. Mereka tidak bertanding satu kerusi di Fakulti Pergigian kerana tidak mempunyai calon.

Tahun lalu, kumpulan yang sering dilabel kritikal pada pentadbiran kampus itu mendapat 15 daripada 35 kerusi yang berbanding pro-Aspirasi yang memenangi 19 kerusi. Calon bebas mendapat 1 kerusi.

Sebelum ini, pro-M dilapor yakin bahawa mereka akan memenangi 21 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 21 Februari ini.

NONE
Ahli majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia GMUKM berkata Mohd Hilman Idham berkata, ini kerana kedudukan semasa di kampus berkenaan kini memihak kepada mereka.

Selain UKM, empat lagi universiti mengadakan penamaan calon untuk pilihan raya kampus masing-masing.

Universiti itu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).



Sumber : Malaysia Kini