Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt ddan Salam Sejahtera Alhamdulillah PRK untuk pemilihan MPP UKM bagi sesi 2010/2011 sedang berlangsung. Dari pihak kami, mantan MPP Mahasiswa UKM KL, kami telah memenangi 3 kerusi dari 5 kerusi di UKM KL pada sesi lepas. Sekarang kami kedengaran pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang kami memegang jawatan ini. Justeru itu, kami ingin membuat beberapa kenyataan untuk menjelaskan semula isu yang diutarakan. - 2 mesin ATM akan dibina BIMB dan CIMB - Pengubahsuaian di sebelah surau TIBE adalah untuk memindahkan Jabatan Bendahari dari tingkat 5 ke tingkat 1 dan seterusnya menempatkanBIMB di sebelah Jabatan Bendahari tersebut. - Bank ATM masih belum dibina dan hanya tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk pemasangan. 4. Isu pengangkutan ke BYS. Alhamdulillah MPP ILI telah berjaya mengusahakan perjalanan bas ke bangunan tersebut bagi kemudahan pelajar yang belaja di sana. 5. Kami juga telah berjaya melunaskan hampir 99% manifesto kami. 6. Kami membawa suara-suara mahasiswa/i ke pihak atasan sehinggalah ke Naib Canselor. Misalnya isu HE dan HX, kami telah mengedarkan borang kajian dan setelah membuat analisa kami telah menyampaikan suara-suara atau masalah-masalah yang mahasiswa/i hadapi di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti bertarikh 14/10/2010, di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselor,i UKM. dan bersyukur ke hadrat Ilahi, pihak atasan mengambil prihatin isu ini. 7. Isu kafeteria fakulti telah diberi perhatian pihak Pengurusan UKM KL dan mereka telah membuka sebutharga baru untuk mana-mana pengurus kafeteria baru menguruskan kafe fakulti. 8. Kami juga tidak menyekat kebebasan mahasiswa/i. Setiap idea dan kreatviti siswa/i dalam melaksanakan program, kami tidak pernah membantah. 9. Kami memperjuangkan hak dan isu kebajikan anda. Kami tidak pernah memperlekehkan walau sekecil-kecil aduan yang kami terima. Ini adalah di antara isu-isu yang kami dengar dikeluarkan dari pihak yang tidak bertangungjawab. Untuk mengetahui perkembangan lanjut gerak kerja kami bolehlah layari blog-blog kami iaituhttp://ilimppfskb.blogspot.com/, http://mariahzakaria.blogspot.com/,http://nasihamppfper.blogspot.com/. Anda adalah keutamaan kami. Kerana anda mengundi kami, maka terlantiklah kami menjadi wakil anda. Justeru itu, tiada hak kami untuk menghalang kebebasan bersuara anda. Malahan kami mewakili anda menyuarakan suara anda ke pihak atasan. Percayalah, anda keutamaan kami. Oleh itu, kami mohon, sekiranya masih ada kekeliruan atau suara-suara yang tidak pasti kesahihan sumbernya, silalah rujuk kami bertiga. Kami bersedia menjawab setiap pertanyaan. InsyaAllah. Sumber : Mariah Zakaria
Ahad, Februari 20, 2011
Kenyataan MPP Mahasiswa UKM KL Sesi 2009/2010
00:49
Persatuan Mahasiswa UKM Sesi 2014/2015