Oleh Nur Azimah Mahmood
Foto oleh Ikwan Hashim, Penerbit
KLANG, 28 Feb. 2011 - Pasukan kriket Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti yang dijangka menjuarai Kejohanan Kriket 2020 Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia 2011 selepas menewaskan pasukan kriket Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini petang semalam dengan kelebihan 10 wicket.
Foto oleh Ikwan Hashim, Penerbit
KLANG, 28 Feb. 2011 - Pasukan kriket Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti yang dijangka menjuarai Kejohanan Kriket 2020 Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia 2011 selepas menewaskan pasukan kriket Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini petang semalam dengan kelebihan 10 wicket.
Kejohanan anjuran bersama UKM, Kementerian Pengajian Tinggi dan Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu berlangsung selama enam hari, menemukan tujuh pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Mereka terdiri dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), University College Technology & Innovation (UCTI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Multimedia University (MMU) dan tuan rumah UKM.
Pasukan kriket UKM membolot keseluruhan anugerah yang ditawarkan termasuk pemain terbaik perlawanan akhir yang dirangkul oleh Aliman Ahmad dengan kejayaan pengambilan tiga wicket. Pemain terbaik kejohanan disandang oleh Mohd Syafiq Sharif juga dari UKM dengan pukulan 158 larian dengan dua kali tidak dapat dimatikan (not out); 3 tangkapan dan 83 stump.
Pasukan UKM sebagai johan menerima piala pusingan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, wang tunai RM3000, trofi, medal dan sijil manakala Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM1500, RM750 serta medal dan sijil. Tempat ketiga disandang oleh pasukan dari University College Technology & Innovation.
Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Abdul Rahim Md. Noor. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Tan Sri Dr. Mazlan Ahmad dan Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.