Ahad, Februari 20, 2011

Laporan Gerak Kerja Keseluruhan MPP Ili

Sumber : Blog MPP Ili


Alhamdulillah,tugasan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar UKM telah pun berakhir pada 17 Januari 2011 yang lepas dan secara rasminya akan diambil alih oleh pimpinan PMUKM selepas berakhirnya Pilihanraya Kampus pada 22 Februari 2011. Berikut adalah antara gerak kerja yang berjaya dilaksanakan:


BIL

ISU

TINDAKAN

1

Kerusi rosak di tempat duduk di sebelah U-Mart

Kerusi yang tertanggal telah dilekatkan kembali dan ada juga yang telah ditanggalkan terus bagi mengelakkan sebarang kecelakaan kepada pelajar

2

Mesin ATM di Kampus KL

Proses pengubahsuaian di TIBE sedang dilakukan yang mana akan menempatkan kaunter Jabatan Bendahari dan ATM CIMB akan dibina dalam masa terdekat, dalam semester ini juga. Pembinaan bank ATM BIMB dijangka berjalan pada sesi depan.

Mohon kerjasama rakan-rakan mahasiswa untuk memahami bahawa proses mewujudkan bank ATM bukanlah mudah, ia perlu melalui pelbagai proses yang agak memakan masa.

Kini,perjalanan perancangan pembinaan bank ATM CIMB sedang dalam fasa terakhir, nantikan!!

3

Isu Pengurusan Kafeteria Fakulti

Pihak pengurusan fakulti telah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Kafeteria:telah membuat lawatan mengejut dan memberi amaran keras terhadap pihak kafeteria untuk melakukan penambahbaikan. Kini,harga dan kepelbagaian lauk ditambah baik dan telah diwujudkan gerai tambahan bagi mempelbagaikan pilihan pelajar

Terkini : Tender baru di Jabatan Bendahari telah dibuka pada mana-mana pengusaha yang berminat.

4

Isu kecurian di tempat menyimpan beg perpustakaan

Pemasangan CCTV telah dilakukan di bilik menyimpan beg perpustakaan

5

Isu pengangkutan ke Bangunan Yayasan Selangor.

Jadual bas telah dipinda yang mana pemandu bas perlu melalui Bangunan Yayasan Selangor dan pemandu shuttle turut diminta untuk membantu perjalanan pelajar.Kualiti perkhidmatan bas secara keseluruhan dipertingkatkan

Laporan masalah-masalah pengangkutan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kuala Lumpur telah diserahkan kepada pihak pengurusan kampus untuk perhatian

6

Isu staf lelaki masuk ke blok mahasiswi sesuka hati.

Aduan dan cadangan penambahbaikan sistem telah diajukan kepada pihak pengetua. Respons oleh pihak pentadbiran telah diperolehi dan perubahan telah dilakukan yang mana pekerja-pekera lelaki hanya boleh memasuki blok mahasiswi pada masa-masa tertentu sahaja.

7

Cadangan pembinaan susur gajah untuk mahasiswi ke surau D

Cadangan telah diajukan ke pihak pengetua, menerima respons positif

8

Mengurus borang-borang kebajikan mahasiswa.

Tindakan yang telah dibuat :

Menguruskan kes-kes seperti pelajar yang mengalami kemalangan dan kecederaan, kemasukan ke hospital

9

Isu JPA dan PTPTN

Mengambil langkah menyalurkan informasi terkini kepada pelajar dan memberi alternatif lain untuk pelajar dalam jangka masa pendek

10

Isu Hama di KTSN 5

Aduan sudah diajukan ke pengetua dan diambil perhatian serius. Pelajar yang masih mengalami masalah ini diminta untuk melaporkan terus ke pihak pengurusan kolej dan menyatakan sekali nombor bilik anda agar tindakan dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

11

Isu Subjek HX

Borang soal selidik berkenaan respons pelajar dan kajian mengenai hal ini telah dilakukan (kesesuaian jam kredit pelajar, jadaul kuliah, lain-lain) dan telah diserahkan sendiri kepada Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar di UKM,Bangi.

Atas suara bersama MPP dan mahasiswa, akhirnya pihak pentadbiran memutuskan subjek HX dimansuhkan dan digantikan dengan subjek baru,HC yang lebih baik perlaksanaannya

12

Kes keracunan makanan pelajar-pelajar bioperubatan di kafetaria PPUKM

Kes yang berlaku pada 31 Disember 2010 ini telah diajukan terus kepada Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim, Pengarah Pusat perubatan UKM merangkap Dekan Fakulti Perubatan. Siasatan berhubung hal ini telah dijalankan dan mendapat perhatian serius oleh pihak pentadbiran PPUKM.





Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang menjalankan tugas. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan. Ramai yang mengatakan tidak nampak gerak kerja MPP, maka inilah gerak kerja yang telah dijalankan. Tidak kurang juga ada yang menyatakan pihak kami riya' (menunjuk-nunjuk) apabila memaparkan kerja-kerja kami di sesawang internet dan papan kenyataan, ingin saya jelaskan di sini, jikalau perkara-perkara ini tidak kami paparkan, maka ia akan membawa kepada fitnah kepada kami. kerana tidak memaklumkan kepada mahasiswa gerak kerja yang telah dijalankan Ia juga merupakan hak ANDA mahasiswa untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang gerak kerja MPP di kampus Kuala Lumpur.

Haru rasanya melepaskan jawatan apabila dirasakan banyak lagi perkara yang menjadi tanggungjawab tidak dapat diselesaikan. Mohon maaf atas segala salah silap dan kekurangan sepanjang menjalankan tugas. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan sahabat-sahabat. Setinggi penghargaan kepada En Fairuz, Penolong Pendaftar Kampus KL atas segala tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan untuk menyelesaikan isu-isu di kampus Kuala Lumpur. Penghargaan juga buat Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib , bonda pengetua Kolej Tun Syed Nasir, atas sokongan kepada kami. Tidak lupa juga kepada pihak-pihak pentadbiran Kampus KL dan KTSN atas kerjasama yang telah diberikan, dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan mahasiswa/i atas sokongan dan dorongan. Jasa anda semua amat kami hargai:) :): ) Mohon maaf sekali lagi atas segala kekurangan. Terima kasih! Sekian, mohon pelepasan mandat:)

p/s : Sekalipun jawatan telah dilepaskan,Program Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia akan tetap diteruskan di bawah pantauan saya,nantikan!!:)

Nur Ili Mohamad Tarmizi
Mantan Majlis Perwakilan Pelajar
Wakil Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) Sesi 2009/2010
Universiti Kebangsaan Malaysia