Sabtu, September 29, 2012

INFO #1 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara

Ia telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia pada pertengahan tahun ini.

Menurut Timbalan perdana menteri, kad tersebut akan memberikan manfaat kepada lebih 1.5 penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kadar diskaun antara lima hingga 60 peratus.



Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan lebih 51 buah syarikat terpilih tertakluk kepada kadar, terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian tersebut.

Ia diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Kelebihan KDS1M
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dijangka bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. Ini sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Menariknya Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) juga akan diberi kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah.

Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan diri (MyKAD).

Permohonan kad ini tidak perlu dibuat kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada Kementerian dan Bank Rakyat. Fasa pertama KADS1M akan diedarkan kepada pihak IPT pada pertengahan bulan September 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

En. Abdul Majid bin Abdul Rahim - 03 8882 5889 / 019 802 1668 / abdulmajid@kpdnkk.gov.my
En. Ahmad Nasrullah bin Abdul Halim - 03 8882 5972 / 019 986 9775 / nasrullah@kpdnkk.gov.my

Info lain dari Bank Rakyat (http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/kadsiswa)
  • Pemegang kad layak menerima diskaun daripada Rakan Dagang terpilih.
  • Tarikh tamat tempoh kad adalah selari dengan tempoh pengajian seseorang pelajar.
  • Sekiranya pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, pelajar tersebut dikehendaki membuat permohonan kad baru.

Fi Dan Caj
  • Yuran pendaftaran dikecualikan kepada pelajar warganegara Malaysia.
  • Yuran pendaftaran sebanyak RM5 dikenakan kepada pelajar bukan warganegara Malaysia.
  • Caj gantian kad jika berlaku kehilangan dan kerosakan kad ialah sebanyak RM2.
  • Penggantian kad boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Rakyat.

Untuk maklumat lanjut boleh diajukan ke mana-mana cawangan Bank Rakyat atau hubungi Pusat Khidmat Bank Rakyat tele-Rakyat di 1-300-88-1BANK (12265).